Sunday, September 30, 2012

Random #21
















"hati ini rumitnya bagai benang yang bersimpul, namun masih boleh dirungkai dengan kunci iman!" 
-Yang berbolak balik hatinya~

















Thursday, September 27, 2012

Random #20

bismillah walhamdulillah

"Uisy, jauh termenung? Fikir apa tu?" Tegur seorang pak cik sambil beliau mengayun-ayunkan tangannya depan mata. Dalam ramai-ramai orang di kafe tadi, respon spontan pak cik tadi memang me"nyegan"kan. Entah lah, sejak dua menjak ni banyak sangat perkara yang bermain-main dalam minda ni. Baik masalah peribadi, akademik etc. Tanpa sedar yang diri sendiri sebenarnya sedang mengelamun. Tersipu-sipu menidakkan soalan pak cik tadi. Berseorangan memang menambahkan kebarangkalian untuk fikiran jauh melayang entah ke mana. Makan minum memang tak terurus 1-2 minggu ni.

"Aisy, Fatihah! Please be nice to your ownself!"

Tapi, dalam ketidakurusan diri 1-2 minggu ini dengan "aktiviti" yang tak habis-habis, bila tak berjumpa sehari, saya jadi rindu untuk melihat wajah-wajah penenang hati para mujahid. Indah, walau tanpa secalit solekan. Sejuk, sesejuk air dingin yang menghilangkan dahaga di tengah kepanasan. Tenang, setenang air yang mengalir. Sungguh mendamaikan hati. Senyum. Moga kita tetap terus berada dalam jalan "ini". Jalan orang-orang "asing". =). Dan moga juga kita benar-benar menjadi penenang hati para mujahid!.

Kata seorang sahabat, "Besar pengertian 'wajah-wajah penenang hati para mujahid' tu!".
Saya cuma mampu senyum dengan komen itu.

Bila kita baru tersedar masa yang kian pantas berlalu, dan kita baru tersedar yang kita akan merindui saat-saat yang sudah, sedang dan bakal kita lalui, dan kita pula baru mula untuk berdikit-dikit cuba menyimpan kenangan itu dalam bentuk yang paling kita tak akan lupa!


Dengan kasih, kepada kekasih:
Teman, ingatkan aku tika aku lupa,
Nasihatkan aku, saat aku jatuh,
Tegur aku, masa aku salah!
13 : 06
0926272012
Temerloh Road.


Tuesday, September 25, 2012

04 : 51














Konflik jiwa setiap sosok itu berbeda mengikut pada titik kelemahannya.












Sunday, September 23, 2012

23 : 32














Fatihah!
Make a move!













Tuesday, September 18, 2012

Random #19

bismillah

Hari ke hari sepulangnya dari bumi Nipon yang penuh dengan pelajaran, segalanya berjalan seperti yang telah dirancang oleh-Nya. Mungkin juga ada yang berjalan seperti kehendak diri ini, lebih-lebih lagi tentang hal-hal yang kurang baik atau kurang sopan mungkin. Tapi, Allah izinkan sahaja ianya berlaku, seoalah-olah saya rasakan ianya bagai satu ujian yang agak berat bagi saya! Jujur, ianya sangat berat! Benarlah seperti sabda Rasul s.a.w,
“Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang melawan hawa nafsunya.” (HR Abu Nu’aim dan Abu an Najjar dari Abu Dzar r.a.)
Bila rasa lose, dongak ke langit dan kata "daijobu, Allah is with me 24/7!"
[Indah kan? Oh, itu gambar pokok durian belakang rumah! (without editing version) ^^]

Sepertinya, ianya sangat berat dan payah! Jujur juga, memang ia berat dan payah! Jihad di jalan juang ini mungkin menuntut pengorbanan yang sangat besar. Entahlah, sehinggakan saya jadi malas untuk memikirkannya. Tapi, ini soal iman! Bukan sesuatu yang mudah untuk dipertaruhkan apatah lagi dijual beli. Mungkin sahaja, biar bersakit-sakit dahulu, biar cedera sedikit dahulu, dari sengsara di hujungnya, dari jadi barah kerana tidak menghindarnya dari awal. Nekad!.

____________________________________________________________________________
#Post ini mungkin sahaja mengundang banyak salah anggap atau sebagainya. Jujur, berat rasa mahu publish kan. Tapi...

Bahwa hidup harus menerima... penerimaan yang indah
Bahwa hidup harus mengerti... pengertian yang benar
Bahwa hidup harus memahami... pemahaman yang tulus
Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian dan pemahaman itu datang
Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan
Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.
Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya
Biarkan angin merengkuhnya, membawanya pergi entah kemana
Dan kami akan mengerti, kami akan memahami... dan kami akan menerima”

--
Tere Liye, 'Daun yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin’, hlm. 196-197

Ruang untuk diri itu sentiasa ada,
Bagaimana menggunakannya itu yang jadi persoalannya.
09182012
11 : 51pm
Tempat jatuh lagikan dikenang
^_^


##Kan ter'publish' jugak akhirnya~~~ =="






Friday, September 14, 2012

Random #18

bismillah

"Moon - It is sure will show up at the right time, in the right place." :)

Ziarah seorang sahabat lewat petang tadi sebelum bertemu di "taman syurga" insyaAllah, membuka satu ruang fikir yang bukan agak baru, tapi perlu difikirkan dengan lebih kritis dan ianya mendatangkan rasa gerun dalam sudut hati yang dalam ini. Oh ye, Alhamdulillah, secara rasminya saya dah menjadi pelajar tahun akhir! ^_^. Label itu datang dengan seribu satu rasa tentang masa hadapan. Hmmm.  Semakin bertambah usia, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan dengan lebih serius. Bukan kerana masa depan secara peribadinya, tapi yang lebih utama masa depan perjalanan da'wah & tarbiyah dalam "medan" ini.

Aisyy, sahabat... ziarah mu benar-benar buat aku rasa gerun dan mahu kembali semula ke masa mula-mula kita mendaftar diri di sini dulu. ;p

_______________________________________________________________________________
#Mahu bebas dari rasa yang rasanya tidak perlu, tapi khabarnya rasa itu fitrah!
"Cinta yang terbatas ingin memiliki yang dicintai, tapi cinta yang tak terbatas hanya menginginkan cinta itu sendiri."
"Tapi cinta yang dilahirkan dalam pangkuan cakrawala dan diturunkan bersama segala rahsia malam tidak pernah puas dengan apa pun selain Keabadian dan Kelestarian; cinta itu tidak berdiri dengan hormat kepada apa pun kecuali kepada Tuhan." -- Khalil Gibran, Sayap-Sayap Patah.
##Kembali teringat tentang isi kandungan artikel  yang diminta oleh seorang sis. Indeed, it's not as easy as what we imagine!