Sunday, December 30, 2012

13 : 50.

bismillah

**Nota remeh -- buat jiwa yang lemah.

Hati kita (aku) ini ada macam-macam rasa yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu untuk tafsir. Agak-agak kenapa? Padahal hati kita ini ada dalam jasad kita yang ada setiap masa dengan kita meski dalam senang atau susah. Sedarlah kita yang sebenarnya, hati kita ini malah jasad yang kita ada ini adalah milik Allah. Hati yang sentiasa ada dalam jasad kita ini kita tak dapat untuk tafsir apatah lagi masa depan yang sentiasa ada di hadapan kita, makanya tidak akan kita pernah tahu sehinggalah kita melaluinya. Allah!

Allah! Payah rupanya untuk tafsir hati ini.

--

Monolog kosong I

"Tett!" Mesej masuk.

"Along, pinjam baju muslimah bawa balik sekolah!"

"Baju apakah? Yang mana satu?"

"Yang mana-mana je la."

"Bawa la. :) ..."

Senyum terus saja menguntum tanpa dipaksa. Ikhlas. :) Moga ini permulaan untuk yang seterusnya. Amiin. Senyum.


--


Monolog kosong II

27 Dec 2012

Lokasi : Luar Makmal Bioserasi
Masa : 5++ pm

Tett...tett...tett telefon Kak De untuk update kerja sekolah sebelum balik asrama pada 28 Dec 2012. Telefon diangkat dan terus diberi pada mak.

Mak : "Kak De pengsan tadi."
Saya : "Erkkkk...kenapa?"
Mak : "Tak tahulah, dia tengah duduk lipat baju, lepas tu terus terbaring pengsan..."
Saya : "Erkkkkkk (semakin pelik)...macam mana boleh pengsan padahal tengah duduk?"
Mak : "Ntah la Kak De aok tu, tengok darah pun da boleh pengsan...(cerita ini berlarutan)"

Adik yang satu ini, Allah, moga Allah pelihara Kak De dan kuatkan dia!

--

Monolog kosong III

Dua tiga menjak sejak menjadi pelajar tahun akhir ini, sejak bercinta dengan En. SK, berteman dengan SV yang "hebat-hebat" ini, rasanya sungguh banyak aku merungut. Allah, astaghfirullah. Pernahkah satu hari aku bebas dari merungut. Allah. T_T. Menyesal rasanya dengan apa yang telah keluar dari mulut ini. Padahal ini lah takdir dari-Nya. Mulutku, tak henti mengatakan perancanganNya yang terhebat, tapi dengan mulut ini juga aku berkeluh kesah dengan rancangan yang ditetapkannya. Allah. Panas mata rasanya. Allah, Allah, Allah. Jauh aku rasakan diri ini dariMu. Allahuakbar. Sedarlah diri Allah sedang menduga. Moga tiada lagi keluh kesah selepas ini malah yang ada hanya rasa syukur dan senyum walau sukar dan susah sekalipun. Cukuplah hampir satu semester hanyut dalam perasaan-perasaan negatif dengan apa yang berlaku. Moga 5-6 bulan yang berbaki penuh dengan hati yang sarat dengan rasa keinsafan dan kesyukuran.

*Eh, berbaki sehari sebelum tahun baru, mungkin boleh masuk sekali dalam azam. Amiin...amiin...amiin.
**Moga di'teguh'kan hati!.

--

Monolog kosong IV

Punya hati dan "rasa" itu satu nikmat besar kan!
Nikmat besar yang akan jadi madu bila disisip dengan iman!
Nikmat besar yang akan jadi hempedu bila dijamah oleh satan dan nafsu!

hmm.

"Kita sebenarnya masih bertuah kerana merasakan kekosongan, kerana kita sekurangnya tahu ada sesuatu yang 'tidak kena'. Mungkin ada orang berada dalam kekosongan tanpa menyedarinya, sebab tidak pernah pun ia keluar dari 'kekosongan'.

Apa yang membezakan manusia?
Impiannya? Cintanya?
Deritanya? Tanggungjawabnya?

'Ada orang ke mana-mana mencari kebahagiaan diri,
ada orang yang ke manapun ia pergi, menimbulkan kebahagiaan.'

Mungkin kita harus berhenti mencari, dan mula memberi.

Tuan sendiri tahu kan bagaimana perasaannya tiba-tiba hilang rasa. Dan tuan tahu juga bagaimana perasaanya melihat orang lain memaksa dirinya, lalu hasilnya tersangkak.
Lalu tiba-tiba, helai-helai kosong itu menjadi lebih arif." --Tepianmuara.

Kosong, bahagia, berhenti mencari, memberi, rasa!!!

__________________

"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Yusuf: 53)


Wassalam. 

##Melangkah ke makmal di hujung minggu dengan senyum! Kerana rasa diri istimewa~ :)


Thursday, December 13, 2012

12 : 13

bismillah

Pilihlah al-Quran dan sunnah sebagai talimu, agar sampai ke destinasi akhir mu, syurga.
Meski payah dan sering kali goyah dengan angin yang melintang,
Yakinlah, tali ini yang akan membawamu ke sana.


Terkadang kita diuji untuk kita kembali semula ke jalan yang benar.
Jalan yang bakal membawa kita syurga.

O Allah, yang membolak balikkan hati.
Tetapkan hatiku untuk tetap berada di jalan juang-Mu.

Jauhkan aku dari sesuatu yang menyebabkan aku jauh dari-Mu.