Saturday, December 28, 2013

21 : 11

Bismillahi walhamdulillah

Lama sungguh rasanya tak menjengah ke sini, apatah lagi mencurah post-post random yang entah ke berapa kali.

Idea mencurah-curah, hasrat untuk kembali mencurah post-post random sudah lama ada dibenak. Pergi kerja (oh, alhamdulillah saya sudah berkerjaya) dengan niat pulang dari kerja untuk kongsi sesuatu disini, tapi (aisyy...maafkan saya hamba yang hanya mampu merancang).

*********

People meet, enganged and married. It seems like easy in the eyes of us, but beyond its, it's all Allah's will.

Barakallah to friend of mine (mata masuk habuk). May last long till jannatul firdaus. May 'dapat lahirkan anak2 cilik soleh solehah'. ^_^

*********

We only could plan, after all, Allah's plan is the best, couldn't agree more.

Ps : tak tahu kenapa rasa sebak...muahahaha.

Thursday, July 4, 2013

18 : 10.

bismillah

Jalan yang kita lalu, mungkin sama. Tapi onak dan durinya berbeza.
Tujuan hidup kita, mungkin sama. Tapi jalan menujunya berbeza.
Kita masing-masing punya "kasut" yang berbeza.

Menangis hingga ke hujung. Hanya mengorak senyum sedikit di bibir tanda syukur. Paling tidak, walaupun tak menjadi orang yang paling bahagia, sedar, ada orang yang sedang mengerang kesakitan dan rasa lebih sengsara lebih dari diri ini.

Ayat itu, sekian kalinya walau cuba dibuang jauh-jauh, realitinya, masih berbekas. Kita mungkin tak akan akrab seperti dulu. Trauma mungkin. Takut juga mungkin. Takut berlebih-lebihan dalam menyoal. Ah! Kurang selesa dengan rasa ini.

Rindu. Rindu saat sama-sama meluah rasa. Fatihah, engkau pemula dan ini natijahnya! Allah sedang beri pelajaran dan terimalah dengan hati yang terbuka, seperti cawan yang kosong, dan engkau (saya) pasti akan dapat hikmahnya. Allah (sekian kalinya hujan membasahi bumi).

#Jadilah seperti hujan, yang turunnya didoa supaya menjadi yang "bermanfaat"!

Teratak II sem bersama,
Jalan Temerloh.
070413

Wednesday, July 3, 2013

02 : 00 - 12 : 50.

bismillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... :)

Tengok page "jiran sebelah" semalam. Dah tak ada blog post "berkenaan". Harapnya, tanda itu menunjukkan bahawa hatinya telah memaafkan, paling tidak, telah reda. Eheh.

Selamat ber'aksi' dalam beberapa jam dari sekarang.
Moga sahaja berezeki.


Working is not the cause of rizq, for example you can work hard all day in your business and make no money, on the other hand you could be sitting at home and inherit a million pounds or receive a gift from a friend. Allah Tala says:
اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Allah makes the provision wide for whom He will of His bondmen, and straitens it for whom (he will). Lo1 Allah is aware of all things.” [Al-‘Ankaboot: 62]

Subhanallah. Allah is the Most Gracious and the Most Merciful.  ^_^
Ganbatte neeeii. :)

Friday, June 28, 2013

21 : 05.

bismillah


Jiwa yang lemah, dalam saki baki masa
Terima kasih pada kasih yang tertumpah
Maaf atas sikap yang tak sempurna
<crying inside out>



______________________________________
# terlajak perahu, masih boleh diundur. Terlajak kata .... T_T
## Ucap maaf dan tahniah atas segalanya.





Tuesday, June 18, 2013

09 : 15.

bismillah

sepulang dari bengkel semalam, terngiang-ngiang kata seorang sahabat. entah dia sedar atau tidak maksud kata-katanya. maksud katanya kurang lebih begini;

"perasaan kita (persepsi) terhadap SV mungkin atas sebab kerajinan dan komitmen kita pada semua kerja kita"

sentap seketika. tak tahu nak kata apa.

tak tahu sama ada hati ingin membela diri sendiri atau sengaja mencari helah. mungkin juga mencari helah atas apa yang berlaku. di fikir-fikir, wujud kah golongan yang mahu perkara yang tak diingini berlaku dalam hidupnya?!

iyelah,

siapalah yang mahu hasil kajian makmalnya dapat lambat?
siapalah yang mahu perancangannya untuk tidak tidur dan mahu siapkan penulisannya siap dan akhirnya dia tertidur, bangkit pada paginya dengan rasa serba tak kena?
siapalah yang sudah merancang urusan makmalnya, dan akhirnya dalam sekelip mata semua lesap dalam sekelip mata?
siapalah yang mahu dimarahi atas sebab yang dia sendiri tak mahu ianya berlaku?
siapalah yang mahu penulisan tesisnya siap lambat dan di potong markah?
siapalah yang mahu di mesej oleh SV bertanyakan tesisnya sudah dihantar atau belum pada hakikatnya dia sudah terlewat menghantarnya?
siapalah yang dengan sengaja wujudkan "masalah" sengan SV?
siapalah yang mahu tarikh VIVA nya dilewatkan?
siapalah...?
siapalah...?
siapalah...?

entahlah, jauh dari sudut hati ini, tiada satu pun menginginkan perkara negatif berlaku, apatah lagi mahu cari masalah dengan SV sendiri.

semuanya, semuanya, berlaku atas izin Allah dan betul juga atas kafarah semua dosa dan silap saya selama ini dan mungkin juga sebagai pelajaran yang jarang-jarang orang lain tempuh!

syukurlah sahabat-sahabat jika punya SV memahami. kerana itu rahmat dan rahim Allah. ini juga tanda rahmat dan rahim Allah.

______________________________________

#yakin dengan apa yang berlaku punya hikmah. cepat atau lambat itu wallahu'alam.
##belajar, belajar dan terus belajar. Allah beri peluang untuk belajar.
###kata seorang sahabat, "ini semua dunia". moga yang dunia ini jadi jambatan akhirat. inshaaAllah.
####orang yang berjaya, adalah orang yang sabar apabila ditimpa ujian kepadanya. Allahu. :')


Friday, June 7, 2013

12 : 24.

bismillah

when there are a (most of) time you (I) feel like want to rebel by not doing anything.
and the only and only choice you (I) have is only to try the best that you (I) can do.
and the rest is beyond your (my) power.
the rest is only Him will decide.

"My success is only by HIM"
#believe#havingfaith

___________________________
#esok; 07062013 ---> tarikh hantar final write up thesis
##esok; 07062013 ----> exam 1st
###both are still not in a ready mode.
####the only hope I have is Allah. Only Allah! Robbi yassir wala tu'assir~

Wednesday, May 15, 2013

03 : 49.

bismillah

sedar atau tidak;

Allah sedang buka (beri) ruang untuk kita (aku) untuk berada (kembali) dalam 'dakapan' kasih-Nya.
Allah. benarlah pada zahirnya kita (aku) celik, tapi pada hakikatnya kita (aku) buta dari melihat peluang cinta & kasih yang ditawarkan-Nya. :'(

it's never too late till your (my) last breath!

FOKUS.

robbi yassir wala tu'assir, robbi tammim bikhoir.