Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Friday, April 16, 2010

bila kamoo dan saya masuk dewan exam @_@

"kamooo tengok tu..."
"mana???"
bismillah

ini saya dan itu kamoo..

kita sama-sama menapak kedalam dewan peperiksaan..

kemudian kita berpisah..

kamu ketempat kamu

dan saya disinilah..di tempat yang telah ditetapkan untuk saya

kita diberi dengan kertas soalan

tapi saya tak tahu apa soalan kamoo

saya tak pasti sama ada soalan saya sama atau tak dengan soalan kamoo

erm..

saya tilik soalan saya..

warghhh...susahnya..

saya fikir...kamoo mesti kata soalan saya nie mudah je kan

wah..senangnya saya label kamoo macam tu..

heee..sebab saya tahu kamoo rajin ulangkaji..

tak macam saya...

tapi yang sebenarnya..baru saya perasan soalan ditangan kamoo lain dengan soalan ditangan saya

kamoo tersenyum bila saya memandang kamoo...

tapi senyuman tu tak seindah senyuman yang selalu kamoo hadiahkan pada semua orang

hati saya berbisik...

mungkin kerana soalan ditangan kamoo buatkan kamoo jadi begitu...

malah mungkin kalau saya dapat soalan kamoo tu saya tak ada kemampuan untuk berikan senyuman itu...

ohh yaaaa...

baru saya tahu..

pembuat soalan nie da tahu prestasi saya dan kamooo

jadi Dia ciptakan soalan-soalan yang selaras dengan prestasi yang kamoo dan saya ada..

waahhh..

sungguh bijaksana bukan pembuat soalan nie..

kamoo masih mampu tersenyum walaupun dalam kepayahan..

malah saya masih mampu menoleh kearah kamoo dengan soalan ditangan saya ini..

arigato TUAN PEMBUAT SOALAN :)

akan saya dan kamoo usahakan untuk menjawabnya sebaik mungkin

tolong beri saya dan kamoo dengan markah yang tinggi-tinggi ye

ermmm..kalau tak pun belas ihsan Pembuat soalan amatlah diharapkan

^_^

nak rasuah Pembuat soalan dengan baca surat-surat cintaNya lah

kamooo jom ikut sekali

rasuah bab-bab niee tak apa

dont worry my dear kamoo~~~

nota kaki 1 : nieyh soalan open book, open caunsellor, open opinion, open minded, open box, nak open tembikai pun boleh...hik3

nota kaki 2 : kamoooo nak tirooooo boleh???heeee...kena potong markah tak rasa-rasa nya???

wink2~~~

Saturday, April 3, 2010

jom ke masjid

Upsy Daisy - I Look, I See 2 Yusuf Islam, Friends & Children


nota kaki : sangat cumel & sweeeeeettttt ^_^ hehe.....

Tuesday, March 30, 2010

A Short Story Of A Man

bismilllah
nak dengar satu cerita tak?

A little bird in the sky,

A man look up,

The bird shit in his eyes,

The man doesn't angry,

The man doesn't cry,

but he said,


"Thank you God the cow cannot fly"

>.<
nota tengah 1 : subhanallah..sangat111 suke *_*
weeeeeeee~~~

tahniah pada yang dapat stay di K1 =)

pada diriku dan yang lain yang ditempatkan di K selain K1 terimalah dengan berlapang dada...yakinlah dengan perancangan-Nya
bersangka baik...mungkin dengan penghijrahan ini mampu meningkatkan apa yang kurang dalam diri kita
^_^

namun aku dan mereka bukanlah robot yang tidak punya hati dan perasaan
bersedihlah kemudian bangkitlah dengan satu semangat yang baru
semangat yang boleh menggegarkan dunia
aja aja fighting!!!!

Melihat Kebaikan Dalam Segala Hal
( 2 : 216)

usahlah diungkit akan segala keringat yang telah engkau curahkan..pulangkanlah segalanya pada Nya...namun hitunglah berapa banyak kesilapan dan khilaf yang telah engkau lakukan...semoga segala keringatmu itu diterima Nya sebagai saham disana nanti
mungkin engkau perlu bersusah-susah disini...agar engkau dapat bersenang-senang disana nanti
^_^

Monday, March 29, 2010

kapal vs sampan

bismillah
anda diberi situasi :

bayangkan anda seorang perempuan mengandung, menaiki kapal bersama sepuluh orang yang lain. Yang mana sepuluh orang tersebut terdiri daripada seorang menteri, seorang ketua polis, seorang ketua hakim, seorang pen. kapten kapal, seorang tua, seorang saudagar minyak, seorang selebriti, seorang pihak pembangkang, seorang doktor dan juga seorang mahasiswa. Dalam suatu keadaan kapal yang anda naiki hampir karam, namun terdapat satu sampan yang hanya boleh dinaiki oleh enam penumpang sahaja. Siapakah yang patut naik ke dalam sampan tersebut????pertahankan kedudukan anda untuk naik atas kapal tersebut
^_^
nota kaki 1 : jeng3...huhu
nota kaki 2 : nilai apakah yang dapat dilihat dalam situasi ini ?_?

Monday, March 15, 2010

pemuda epal ^_^

bismillah..
nak dengar cerita tak???
semoga bermanfaat ^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

-------------------------------------------------------------------------------------------------not kaki 1 : ermm..faham-faham sendiri la ye... *_*..weee~~

Allahu a’lam bisshawab

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=75.0