Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

Friday, August 27, 2010

atom-atom itu~~

bismillah
^.^
salam Nuzul Quran
alhamdulillah
sebab apa ye???


saya masih disini

diberi kesempatan untuk menghirup(????) oxygen2 dibumi nie secara PERCUMA

diberi kesempatan untuk terus berada dalam bulan baraqah nie

dilancarkan skecthing English pagi tadi (walaupun masyaAllah...hanya Allah sahaja yang tahu betapa teruk nya saya nie...ampun ya Allah..T_T)

diberi tubuh badan yang insyaAllah masih sihat

anggota yang sempurna

akal yang waras

.

.

.

.
so on..and..so on

subhanallah sangat banyak dan tak terkira

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. 55:13) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::


ada jawapan???

masih lagi nak angkuh diri

rasa diri hebat???

rasa diri kuat??

sesaat je Allah tarik salah satu nikmat

e.g :

keupayaan tangan untuk pegang barang, kesannya tanpa boleh buat apa2 barang tu jatuh macam tu je~

contoh nie kita biasa laluikan!!

cuba bayangkan sekiranya hampir keseluruhan nikmat yang Allah bagi pinjam pada kita Allah tarik

apa yang akan jadi pada diri kita??

positif lagikah kita dengan Allah??

saya pun tak pasti sama ada saya akan tetap positif atau tidak kalau sekiranya sesuatu yang diluar pemikiran berlaku pada saya atau orang2 yang saya sayang...

untuk positif dengan Allah bukan mudah

not only by speak out loud "saya positif!!!!!!!!!!!!"

yes, ia membantu tapi tidak 100%

{{{{{{ iman }}}}}}

yup!!! iman adalah solusinya...

  • Ikrar dengan hati.

  • Pengucapan dengan lisan.

  • Pengamalan dengan anggota badan

macamana???

jadi...jom tambah iman!!!

[ LOVE to Allah ] photo by Deviant Art

subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

^.^

mari banyakkan sedekah

"Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. "
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

^
^
^
Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Islam itu mudah lagi memudahkan

setuju???

^.^

Friday, April 16, 2010

bila kamoo dan saya masuk dewan exam @_@

"kamooo tengok tu..."
"mana???"
bismillah

ini saya dan itu kamoo..

kita sama-sama menapak kedalam dewan peperiksaan..

kemudian kita berpisah..

kamu ketempat kamu

dan saya disinilah..di tempat yang telah ditetapkan untuk saya

kita diberi dengan kertas soalan

tapi saya tak tahu apa soalan kamoo

saya tak pasti sama ada soalan saya sama atau tak dengan soalan kamoo

erm..

saya tilik soalan saya..

warghhh...susahnya..

saya fikir...kamoo mesti kata soalan saya nie mudah je kan

wah..senangnya saya label kamoo macam tu..

heee..sebab saya tahu kamoo rajin ulangkaji..

tak macam saya...

tapi yang sebenarnya..baru saya perasan soalan ditangan kamoo lain dengan soalan ditangan saya

kamoo tersenyum bila saya memandang kamoo...

tapi senyuman tu tak seindah senyuman yang selalu kamoo hadiahkan pada semua orang

hati saya berbisik...

mungkin kerana soalan ditangan kamoo buatkan kamoo jadi begitu...

malah mungkin kalau saya dapat soalan kamoo tu saya tak ada kemampuan untuk berikan senyuman itu...

ohh yaaaa...

baru saya tahu..

pembuat soalan nie da tahu prestasi saya dan kamooo

jadi Dia ciptakan soalan-soalan yang selaras dengan prestasi yang kamoo dan saya ada..

waahhh..

sungguh bijaksana bukan pembuat soalan nie..

kamoo masih mampu tersenyum walaupun dalam kepayahan..

malah saya masih mampu menoleh kearah kamoo dengan soalan ditangan saya ini..

arigato TUAN PEMBUAT SOALAN :)

akan saya dan kamoo usahakan untuk menjawabnya sebaik mungkin

tolong beri saya dan kamoo dengan markah yang tinggi-tinggi ye

ermmm..kalau tak pun belas ihsan Pembuat soalan amatlah diharapkan

^_^

nak rasuah Pembuat soalan dengan baca surat-surat cintaNya lah

kamooo jom ikut sekali

rasuah bab-bab niee tak apa

dont worry my dear kamoo~~~

nota kaki 1 : nieyh soalan open book, open caunsellor, open opinion, open minded, open box, nak open tembikai pun boleh...hik3

nota kaki 2 : kamoooo nak tirooooo boleh???heeee...kena potong markah tak rasa-rasa nya???

wink2~~~

Tuesday, March 30, 2010

A Short Story Of A Man

bismilllah
nak dengar satu cerita tak?

A little bird in the sky,

A man look up,

The bird shit in his eyes,

The man doesn't angry,

The man doesn't cry,

but he said,


"Thank you God the cow cannot fly"

>.<
nota tengah 1 : subhanallah..sangat111 suke *_*
weeeeeeee~~~

tahniah pada yang dapat stay di K1 =)

pada diriku dan yang lain yang ditempatkan di K selain K1 terimalah dengan berlapang dada...yakinlah dengan perancangan-Nya
bersangka baik...mungkin dengan penghijrahan ini mampu meningkatkan apa yang kurang dalam diri kita
^_^

namun aku dan mereka bukanlah robot yang tidak punya hati dan perasaan
bersedihlah kemudian bangkitlah dengan satu semangat yang baru
semangat yang boleh menggegarkan dunia
aja aja fighting!!!!

Melihat Kebaikan Dalam Segala Hal
( 2 : 216)

usahlah diungkit akan segala keringat yang telah engkau curahkan..pulangkanlah segalanya pada Nya...namun hitunglah berapa banyak kesilapan dan khilaf yang telah engkau lakukan...semoga segala keringatmu itu diterima Nya sebagai saham disana nanti
mungkin engkau perlu bersusah-susah disini...agar engkau dapat bersenang-senang disana nanti
^_^

Monday, March 29, 2010

kapal vs sampan

bismillah
anda diberi situasi :

bayangkan anda seorang perempuan mengandung, menaiki kapal bersama sepuluh orang yang lain. Yang mana sepuluh orang tersebut terdiri daripada seorang menteri, seorang ketua polis, seorang ketua hakim, seorang pen. kapten kapal, seorang tua, seorang saudagar minyak, seorang selebriti, seorang pihak pembangkang, seorang doktor dan juga seorang mahasiswa. Dalam suatu keadaan kapal yang anda naiki hampir karam, namun terdapat satu sampan yang hanya boleh dinaiki oleh enam penumpang sahaja. Siapakah yang patut naik ke dalam sampan tersebut????pertahankan kedudukan anda untuk naik atas kapal tersebut
^_^
nota kaki 1 : jeng3...huhu
nota kaki 2 : nilai apakah yang dapat dilihat dalam situasi ini ?_?

Sunday, February 28, 2010

gula oh gula

bismillah
awak pernah makan gula tak?
pernah, pernah
manis tak?
manis, manis...
~_~
awak, saya nak gula tu boleh?
supaya saya boleh maniskan hati saya ni.
awak, hati saya tawar.
awak tolong saya ye.
saya rasa nak nangis,
tapi saya tak tahu kenapa,
awak, jangan pujuk saya,
nanti saya lagi nangis...
('',)
biar saya pujuk diri saya sendiri,
biar saya pujuk dengan kata2 dari Kekasih kita,
biarkan saya macam ni,
tinggalkan saya macam ni,
tinggalkan saya dengan gula tu,
saya tak perlukan yang lain,
saya nak gula tu,
saya nak rasa,
saya nak sentiasa rasa manisnya,
jangan tinggalkan saya tanpa tinggalkan gula tu bersama saya.
...
...
...
('',)

Sunday, February 21, 2010

~adik-adikku...insyaAllah boleh!!

Assalamualaikkum w.b.t

Apa khabar semua? tujuan hidup. APA? SIAPA? Dan BAGAIMANA? Tujuan saya berdiri dihadapan ini adalah untuk menyampaikan…….





Cut!!...ok3…hahaha… habis sudah lakonan semula saya dari rancangan reality tv Adik-Adikku yang ditayangkan di TV1. Hati sungguh teruja apabila diri ini dihidangkan dengan rancangan reality tv yang sedemikian. Dalam keadaan sesetengah ibubapa kerisauan dengan rencah hiburan yang tidak menentu tika ini seperti b_ _ _ _ _ _ _ k_ _ _ _, hati kembali ditenangkan dengan kemunculan rancangan seperti ini hasil kerjasama banyak pihak yang mana antara tujuannya adalah untuk melahirkan DAI’E yang serba boleh di masa akan datang. Tanpa kita sedari sebenarnya masih ramai yang cakna tentang arus songsang yang berlaku namun lebih ramai yang sedar dan hanyut dalam arus songsang ini daripada yang sedar dan melakukan counterback tentang apa yang berlaku. Sebenarnya ramai adik-adik di luar sana yang sangat berbakat dalam macam-macam kebolehan seperti taranum, tilawah, hafazan, syarahan dan macam-macam lagi. Mungkin sebelum ini tidak disediakan platform untuk mereka menonjolkan bakat serta minat mereka sehingga mereka menggunakan platform yang tidak sepatutnya menyebabkan mereka hanyut dalam arus itu.

suka untuk saya katakan disini sebenarnya setiap orang dianugerahkan dengan kelebihan yang berbeza-beza antara satu sama lain malah jika dilihat pada sepasang kembar mereka juga tidak sama sebenarnya walaupun mungkin pada fizikalnya mereka serupa. Oleh kerana itu dalam sedar atau tidak sebenarnya dalam menyampaikan da’wah atau kerja kelebihan-kelebihan inilah yang patut bersama-sama dalam menjalankan kerja da’wah atau sesuatu kerja ini.Saya analogikan tubuh badan kita sebagai contoh. Dalam satu komuniti organ atau anggota badan; tangan, kaki, jantung, hati…hidup berasingan tanpa memainkan peranan atau anugerah yang telah diberikan oleh pencipta mereka maka tiadalah kita pada hari ini. Analogikan diri kita sebagai kaki, tangan, jantung dan sebagainya. Setiap daripada kita mempunyai fungsinya yang tersendiri dan seharusnya bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja atau perkara.

Saya ambil contoh appendiks yang biasa kita kaitkan dengan masalah kesihatan sebenarnya appendiks ini penting dalam perkara yang berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh, yaitu menghasilkan Immunoglobulin A (IgA). IgA merupakan salah satu immunoglobulin (antibodi) yang sangat efektif melindungi tubuh dari infeksi kuman penyakit. Nah sudah terbukti bukan appendiks yang merupakan organ yang kecil namun mampu memainkan peranannya yang tersendiri yang sudah pasti peranannya ini tidak sama dengan organ yang lain.

Kekadang mungkin kita merasakan diri ini tiada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain namun sebenarnya kelebihan kita itu ada dan perlu diselam dan digilap ibarat sebiji mutiara yang jauh didasar lautan begitulah juga dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Usah merasa diri tidak berguna malah tingkatkan prestasi diri, yakinkan diri setanding dengan orang lain bahkan kita boleh lakukan yang lebih baik. Ini bukan bermakna ingin meninggi diri atau mencari maslahah hati, tanamkan dalam diri, pasakkan dalam jiwa kukuh-kukuh bahawa setiap insan dikurniakan dengan kelebihan masing-masing, tiada salahnya sekiranya kita selami dan gunakan kelebihan itu dijalan yang betul, jalan menegakkan Islam, jalan ke arah amar ma'ruf nahi munkar seperti dalam firman Allah yang bermaksud :

Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

~al-Imran : 110~

apa yang penting adalah setiap yang kita lakukan mestilah berteraskan keikhlasan wa Lillahita'ala.

nota kaki 1 : lusa paper kimia~~wheeee....chaiyok3!!!! semoga dipermudahkan..ameen.. ;)