Saturday, December 28, 2013

21 : 11

Bismillahi walhamdulillah

Lama sungguh rasanya tak menjengah ke sini, apatah lagi mencurah post-post random yang entah ke berapa kali.

Idea mencurah-curah, hasrat untuk kembali mencurah post-post random sudah lama ada dibenak. Pergi kerja (oh, alhamdulillah saya sudah berkerjaya) dengan niat pulang dari kerja untuk kongsi sesuatu disini, tapi (aisyy...maafkan saya hamba yang hanya mampu merancang).

*********

People meet, enganged and married. It seems like easy in the eyes of us, but beyond its, it's all Allah's will.

Barakallah to friend of mine (mata masuk habuk). May last long till jannatul firdaus. May 'dapat lahirkan anak2 cilik soleh solehah'. ^_^

*********

We only could plan, after all, Allah's plan is the best, couldn't agree more.

Ps : tak tahu kenapa rasa sebak...muahahaha.

Thursday, July 4, 2013

18 : 10.

bismillah

Jalan yang kita lalu, mungkin sama. Tapi onak dan durinya berbeza.
Tujuan hidup kita, mungkin sama. Tapi jalan menujunya berbeza.
Kita masing-masing punya "kasut" yang berbeza.

Menangis hingga ke hujung. Hanya mengorak senyum sedikit di bibir tanda syukur. Paling tidak, walaupun tak menjadi orang yang paling bahagia, sedar, ada orang yang sedang mengerang kesakitan dan rasa lebih sengsara lebih dari diri ini.

Ayat itu, sekian kalinya walau cuba dibuang jauh-jauh, realitinya, masih berbekas. Kita mungkin tak akan akrab seperti dulu. Trauma mungkin. Takut juga mungkin. Takut berlebih-lebihan dalam menyoal. Ah! Kurang selesa dengan rasa ini.

Rindu. Rindu saat sama-sama meluah rasa. Fatihah, engkau pemula dan ini natijahnya! Allah sedang beri pelajaran dan terimalah dengan hati yang terbuka, seperti cawan yang kosong, dan engkau (saya) pasti akan dapat hikmahnya. Allah (sekian kalinya hujan membasahi bumi).

#Jadilah seperti hujan, yang turunnya didoa supaya menjadi yang "bermanfaat"!

Teratak II sem bersama,
Jalan Temerloh.
070413

Wednesday, July 3, 2013

02 : 00 - 12 : 50.

bismillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... :)

Tengok page "jiran sebelah" semalam. Dah tak ada blog post "berkenaan". Harapnya, tanda itu menunjukkan bahawa hatinya telah memaafkan, paling tidak, telah reda. Eheh.

Selamat ber'aksi' dalam beberapa jam dari sekarang.
Moga sahaja berezeki.


Working is not the cause of rizq, for example you can work hard all day in your business and make no money, on the other hand you could be sitting at home and inherit a million pounds or receive a gift from a friend. Allah Tala says:
اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Allah makes the provision wide for whom He will of His bondmen, and straitens it for whom (he will). Lo1 Allah is aware of all things.” [Al-‘Ankaboot: 62]

Subhanallah. Allah is the Most Gracious and the Most Merciful.  ^_^
Ganbatte neeeii. :)

Friday, June 28, 2013

21 : 05.

bismillah


Jiwa yang lemah, dalam saki baki masa
Terima kasih pada kasih yang tertumpah
Maaf atas sikap yang tak sempurna
<crying inside out>



______________________________________
# terlajak perahu, masih boleh diundur. Terlajak kata .... T_T
## Ucap maaf dan tahniah atas segalanya.





Tuesday, June 18, 2013

09 : 15.

bismillah

sepulang dari bengkel semalam, terngiang-ngiang kata seorang sahabat. entah dia sedar atau tidak maksud kata-katanya. maksud katanya kurang lebih begini;

"perasaan kita (persepsi) terhadap SV mungkin atas sebab kerajinan dan komitmen kita pada semua kerja kita"

sentap seketika. tak tahu nak kata apa.

tak tahu sama ada hati ingin membela diri sendiri atau sengaja mencari helah. mungkin juga mencari helah atas apa yang berlaku. di fikir-fikir, wujud kah golongan yang mahu perkara yang tak diingini berlaku dalam hidupnya?!

iyelah,

siapalah yang mahu hasil kajian makmalnya dapat lambat?
siapalah yang mahu perancangannya untuk tidak tidur dan mahu siapkan penulisannya siap dan akhirnya dia tertidur, bangkit pada paginya dengan rasa serba tak kena?
siapalah yang sudah merancang urusan makmalnya, dan akhirnya dalam sekelip mata semua lesap dalam sekelip mata?
siapalah yang mahu dimarahi atas sebab yang dia sendiri tak mahu ianya berlaku?
siapalah yang mahu penulisan tesisnya siap lambat dan di potong markah?
siapalah yang mahu di mesej oleh SV bertanyakan tesisnya sudah dihantar atau belum pada hakikatnya dia sudah terlewat menghantarnya?
siapalah yang dengan sengaja wujudkan "masalah" sengan SV?
siapalah yang mahu tarikh VIVA nya dilewatkan?
siapalah...?
siapalah...?
siapalah...?

entahlah, jauh dari sudut hati ini, tiada satu pun menginginkan perkara negatif berlaku, apatah lagi mahu cari masalah dengan SV sendiri.

semuanya, semuanya, berlaku atas izin Allah dan betul juga atas kafarah semua dosa dan silap saya selama ini dan mungkin juga sebagai pelajaran yang jarang-jarang orang lain tempuh!

syukurlah sahabat-sahabat jika punya SV memahami. kerana itu rahmat dan rahim Allah. ini juga tanda rahmat dan rahim Allah.

______________________________________

#yakin dengan apa yang berlaku punya hikmah. cepat atau lambat itu wallahu'alam.
##belajar, belajar dan terus belajar. Allah beri peluang untuk belajar.
###kata seorang sahabat, "ini semua dunia". moga yang dunia ini jadi jambatan akhirat. inshaaAllah.
####orang yang berjaya, adalah orang yang sabar apabila ditimpa ujian kepadanya. Allahu. :')


Friday, June 7, 2013

12 : 24.

bismillah

when there are a (most of) time you (I) feel like want to rebel by not doing anything.
and the only and only choice you (I) have is only to try the best that you (I) can do.
and the rest is beyond your (my) power.
the rest is only Him will decide.

"My success is only by HIM"
#believe#havingfaith

___________________________
#esok; 07062013 ---> tarikh hantar final write up thesis
##esok; 07062013 ----> exam 1st
###both are still not in a ready mode.
####the only hope I have is Allah. Only Allah! Robbi yassir wala tu'assir~

Wednesday, May 15, 2013

03 : 49.

bismillah

sedar atau tidak;

Allah sedang buka (beri) ruang untuk kita (aku) untuk berada (kembali) dalam 'dakapan' kasih-Nya.
Allah. benarlah pada zahirnya kita (aku) celik, tapi pada hakikatnya kita (aku) buta dari melihat peluang cinta & kasih yang ditawarkan-Nya. :'(

it's never too late till your (my) last breath!

FOKUS.

robbi yassir wala tu'assir, robbi tammim bikhoir.

Sunday, April 21, 2013

08 : 55.

bismillah

Cerita jiwa entah siapa...

***


“kau terluka? sangat?”

“hmm?”

“tadi, waktu menangis kau sentuh rapat, di sini.”

di dada, sebelah rusuk kiri.

kemudian, dia capai buku. dan tuliskan sesuatu;
 

sejak itu, aku mula percaya; hati sensor terkuat. baik buruk, halal haram, dosa pahala. sepadanlah dengan mafhum hadis; "mintalah fatwa dari hatimu. kebajikan itu adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan menenangkan hati, dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya". (hr ahmad darimi, hadis hasan)

 "the heart senses what the mind cannot understand" - yasmin mogahed.
 
hati-hati, hati.

Credit to : Sis UmairahShafei

____________________________

#Kecewa, terkilan, sentap, sedih etc itu juga sebenarnya punya hikmah! Belajar untuk diajar dengan emosi.
##"Hati-hati, hati."



Sunday, April 14, 2013

Tirani

bismillah

Mengambil ibrah dari buku-buku yang sedang berdikit-dikit untuk dikhatamkan baca. Sehingga menjadikan S____ sebagai tempat membaca (sambil buat-buat macam tengah tunggu seseorang, padahal tak tunggu siapa-siapa pun) sambil ditemani minuman Each A Cup, sangat mengasyikkan. [Senyum].

--

Melihat kepada sejarah-sejarah dakwah terdahulu, yang menjadi penentang terhebat adalah para-para pemimpin yang merasakan gah dengan kuasanya, yang angkuh dengan harta dan kedudukannya seperti kisah Namrud dan Nabi Ibrahim dan Fir'aun bagi Nabi Musa. Ketika itu juga, ambisi (keinginan/ cita-cita) untuk mencapai puncak kejayaan dan kekuasaan ini juga menyebabkan Fir'aun meluahkan kata-kata yang pada akal manusia ber-Tuhan adalah  sangat tidak masuk akal dan kata-kata ini dipercayai dan menjadi senjata paling hebat untuk menutup kebenaran dan keagungan Allah sebagai Rabb.  

Dan berkata Fir'aun, "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku..." --al-Qashaas : 38
Ambil sahaja contoh-contoh zaman ini, kes-kes nabi palsu,  kerajaan langit, malah menolak hukum Allah dan sebagainya. Bagi yang punya rasa ke-Tuhan-an (Allah) mendengarnya sahaja sudah boleh menyebabkan ledakan gelak tawa, lucu dan lansung tidak masuk akal tapi bagi mereka yang tidak punya ilmu atau imannya cuma ibarat telur dihujung tanduk, mereka inilah yang akhirnya terjebak lantas kumpulan-kumpulan kecil ini akhirnya membesar dan membesar seperti barah yang lewat dikesan. 

Berbalik kepada mereka yang punya kuasa. Kata Lord Acton "Power tends to corrupt" dan "Absolute power corrupts absolutely". Dan hampir nyata itulah yang berlaku kepada Fir'aun dan para tiran Fir'aunis: menginjak, memperbudak, menyeleweng dan mempertuhan diri. Macam familiar bukan, apakah ini yang sedang berlaku kepada sistem kepimpinan negara (Malaysia)? Moga ada sinar perubahan (dari golongan yang jujur mahu menegakkan Islam) nanti. 

"Prinsip Islam untuk membebaskan manusia dari perbudakan para tiran itu disuarakan salah satunya oleh seorang prajurit bertubuh kecil dengan pedang pendek dan pakaian kasar dihadapan Rustum, penguasa de facto Imperium Sassanid Persia. "Kami dibangkitkan untuk mengeluarkan manusia dari penghambaan kepada sesamanya, menuju penghambaan kepada Khaliqnya. Dari kezhaliman agama-agama menuju keadilan Islam!" Rib'i ibn Amir nama prajurit itu. Ia yang mencela betapa menjijikkan jilatan para bawahan Rustum atasannya. Ia yang dicela sebagai anjing Arab oleh para budak Rustum. Dan ia yang dipuji sebagai manusia terhormat oleh Rustum sendiri." --hlmn. 34 & 35; Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim, Salim A. Fillah.

Apakah mampu (saya) untuk menjadi seperi Rib'i ibn Amir yang mampu menyuarakan pendirian dan menegakkan kebenaran dihadapan pemimpin sekali gus memalingkan kiblat daripada penghambaan kepada dunia dan manusia kepada penghambaan kepada Pencipta dunia dan alam ini. 

Allah. 

Dan semoga akhirnya, kita menjadi golongan yang diredhai Allah, dan kita pun redha pada-Nya. 


"baldatun thoyyibatun, wa rabbun ghofuur"
"negeri yang baik, sedang Tuhanmu Maha Pengampun" --Saba’ : 15



*Tiran : 
1. kekuasaan yg digunakan sewenang-wenang;
2. negara yg diperintah oleh seorang raja atau penguasa yg bertindak sekehendak hatinya.
Sumber sini.

Sumber : Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim. Salim A. Fillah.

________

Ps : Sedang menukar kecintaan daripada yang terkhusus (diri sendiri) kepada yang lebih umum. Bukanlah cinta hamba yang ingin diraih, tapi cinta Maha Pencipta yang lebih utama. Bangkit! INI KALILAH! [Senyum]. ;)


Saturday, April 6, 2013

01 : 22.

Bismillah

I

Pada hari pembentangan kemajuan FYP (2 April 2013), kebas yang teramat pada pinggang, keletihan luar biasa, mungkin disebabkan diri dipaksa untuk duduk atas kerusi dari 8.30am hingga ke 4.30pm. Kaki dipaksa juga melangkah dengan perut yang sangat tak terisi dan pulang ke bilik 9.30pm. Lembek. Suhu badan meningkat dengan sangat mendadak, hanya lelapkan mata untuk dua jam dan selebihnya berperang dengan suhu badan yang semakin meningkat. Allah. Macam-macam perkara merasuk minda. Separa sedar mungkin. Alhamdulillah tiada simptom-simptom perut di gasak angin. 3am gagahkan juga untuk cari segelas air dan ubat untuk meredakan kepanasan. Dan seterusnya, terlelap sehingga ke pagi. Bangun pagi (3 April 2013), eh PEMBUBARAN PARLIMEN untuk membuka ruang kepada PRU13 diumumkan. Demam nak bubar parlimen rupanya. Punya la payah nak umum sampai kena demam panas dulu ye?! [Senyum]. Dan seterusnya, jam-jam, minit-minit kesembuhan dan pengampunan inshaaAllah. Sehingga detik ini, masih!.


APA KATA DUNIA ? 
hari gini tidak bayar pajak 
apa kata dunia? 
hari gini korupsi uang pajak 
apa kata dunia  ? 
ah, keliru 
apa kata Tuhan ? [Makassar, 09 Mei 2010]

 #Cerita tentang BUBAR PARLIMEN sebenarnya. INI KALILAH, eh?!... ;)





Wednesday, March 27, 2013

11 : 45.

Bismillah

The truth will remain the truth, no matter how hard we deny or hide it or think it with the simplest way. It will remain just like what it is suppose to mean. [Smile]

“why didn’t you become close to me?”
“i take precautions. somebody told me you had a wife.”
“errkk? when?”
“in the future.”
“awwww~”
          Adapt from here.


#Congratulation to Ila, Wa & Faz...such an osem opening! ;)

Kata Yang Tersisa

bismillah

Khabarkan pada angin, agar berita yang dikhabarkan hilang~

I

Hanya mampu tersenyum, walaupun sedikit kelat.
Sungguh, takdir Allah itu indah pada waktunya.

II

Kalau ditanya tentang pengalaman. Jujur, saya tak punya banyak pengalaman.
Lebih-lebih lagi tentang hati dan perasaan.
Tapi, saya punya ramai teman yang boleh saya ambil pelajaran.
Kali ini, saya belajar lagi dan rasanya lebih dekat dan terkesan.
Pasti Allah punya perancangan yang indah buat mereka dan sudah semestinya saya juga.

III

Lama bukan saya tak kesini, entah lah. Mungkin sahaja Allah sedang memberi pelajaran.
Dan sesungguhnya, (aku) sedang belajar dan diajar dan mudah-mudahan sahaja (aku) menjadi orang yang punya pelajaran dan beramal dengannya.
Bukan kah hidup ini penuh dengan perkara yang tidak tersangkakan. Allah.
Dan mata pun basah lagi. :')

IV

Serasanya, seperti mahu membawa diri.
Jauh-jauh. Tidak jumpa dengan orang yang kenali malah mengenali.
Mungkin sedikit payah tapi indah inshaaAllah.
Ada yang mahu turut?!

Broga Hill in memory! Wish to go here someday dengan hati dan jiwa yang kaya!
Kredit to Sis Beton ;)


V

Allah, izinkan aku memiliki hati yang indah lagi cantik! :')

VI

Dan (aku) yakin ini ;
"Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita. Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita :)" --QS Al-Hadid : 22-23.
Moga sahaja ia punya hikmah yang indah buat bekalan di mahsyar nanti,
Bukan bala bagai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Allah lindungi (aku). T.T


VII

Kembali senyum. [Senyum]. :)
Terima kasih Allah, aishiteru! :')


#Wawa, there are nothing special here...but I realy do appreciate it! Arigato neee... :)


Thursday, January 31, 2013

10 : 57.

bismillah

Mesej lewat remang petang, berbumbung kan langit, berlantaikan bumi.

"Status" kamoo apa? Beserta beberapa pilihan jawapan.
Di benak, mereka sudah mulakan langkah dan apa yang dijawab akan menentukan apa yang berlaku selepas ini. Akhirnya, pilihan jawapan telah dibuat dan "message received by +60______". Berbaki satu semester in shaa Allah. Yang bakal berlaku (yakin!) Dia telah tetapkan yang terbaik. Dari terus tergantung tanpa usaha untuk melepaskan diri dari pergantungan, elok rasanya merasa nikmat "usaha" walaupun hasilnya mungkin tiada. :)

Jujur, bersihkan niat hanya untuk menggapai redha-Nya. In shaa Allah.

angin--kan gusar resah yang menerjah
mohon bayu terbangkan bawa pergi.
awan biru--kan sesak sebak yang meraja
mohon hati sedamai langit cerah.
mentari--kan gelap mimpi ngeri yang menyinggah
mohon lorong sempit tersimbah walau sedikit cahaya.
-- Heart for the only ONE 
[ehsan]

 Moga sahaja Allah redha~ ;)

Monday, January 28, 2013

15 : 52.

bismillah

"Rasa sedih sering kali mengajarkan lebih banyak hal dibandingkan rasa senang. Sering kali air mata lebih mampu menyembuhkan luka, dibandingkan tawa kosong tanpa makna, Sering kali musibah mendekatkan diri kita kepadaNya, dibandingkan nikmat yang terkufuri…"


"Ukhuwah itu mahal harganya, jika ini bayarannya, maka terimalah"
[hujan dalam hati, tapi mata yang basah]

This is so not Fatihah!



Sunday, January 13, 2013

22 : 13.

Bismillah

It have been almost 4 months after went back from Nihon. Dan hari ini, mata macam masuk habuk yang entah dari mana datangnya. Mungkin dari bumi Nihon. Who knows kan?!


"tika itu, kita ditakdirkan bertemu. Meskipun cuma seketika dan kita kini jauh jaraknya, moga sahaja hati kita tetap dekat hanya kerana-Nya". :')

Sunday, December 30, 2012

13 : 50.

bismillah

**Nota remeh -- buat jiwa yang lemah.

Hati kita (aku) ini ada macam-macam rasa yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu untuk tafsir. Agak-agak kenapa? Padahal hati kita ini ada dalam jasad kita yang ada setiap masa dengan kita meski dalam senang atau susah. Sedarlah kita yang sebenarnya, hati kita ini malah jasad yang kita ada ini adalah milik Allah. Hati yang sentiasa ada dalam jasad kita ini kita tak dapat untuk tafsir apatah lagi masa depan yang sentiasa ada di hadapan kita, makanya tidak akan kita pernah tahu sehinggalah kita melaluinya. Allah!

Allah! Payah rupanya untuk tafsir hati ini.

--

Monolog kosong I

"Tett!" Mesej masuk.

"Along, pinjam baju muslimah bawa balik sekolah!"

"Baju apakah? Yang mana satu?"

"Yang mana-mana je la."

"Bawa la. :) ..."

Senyum terus saja menguntum tanpa dipaksa. Ikhlas. :) Moga ini permulaan untuk yang seterusnya. Amiin. Senyum.


--


Monolog kosong II

27 Dec 2012

Lokasi : Luar Makmal Bioserasi
Masa : 5++ pm

Tett...tett...tett telefon Kak De untuk update kerja sekolah sebelum balik asrama pada 28 Dec 2012. Telefon diangkat dan terus diberi pada mak.

Mak : "Kak De pengsan tadi."
Saya : "Erkkkk...kenapa?"
Mak : "Tak tahulah, dia tengah duduk lipat baju, lepas tu terus terbaring pengsan..."
Saya : "Erkkkkkk (semakin pelik)...macam mana boleh pengsan padahal tengah duduk?"
Mak : "Ntah la Kak De aok tu, tengok darah pun da boleh pengsan...(cerita ini berlarutan)"

Adik yang satu ini, Allah, moga Allah pelihara Kak De dan kuatkan dia!

--

Monolog kosong III

Dua tiga menjak sejak menjadi pelajar tahun akhir ini, sejak bercinta dengan En. SK, berteman dengan SV yang "hebat-hebat" ini, rasanya sungguh banyak aku merungut. Allah, astaghfirullah. Pernahkah satu hari aku bebas dari merungut. Allah. T_T. Menyesal rasanya dengan apa yang telah keluar dari mulut ini. Padahal ini lah takdir dari-Nya. Mulutku, tak henti mengatakan perancanganNya yang terhebat, tapi dengan mulut ini juga aku berkeluh kesah dengan rancangan yang ditetapkannya. Allah. Panas mata rasanya. Allah, Allah, Allah. Jauh aku rasakan diri ini dariMu. Allahuakbar. Sedarlah diri Allah sedang menduga. Moga tiada lagi keluh kesah selepas ini malah yang ada hanya rasa syukur dan senyum walau sukar dan susah sekalipun. Cukuplah hampir satu semester hanyut dalam perasaan-perasaan negatif dengan apa yang berlaku. Moga 5-6 bulan yang berbaki penuh dengan hati yang sarat dengan rasa keinsafan dan kesyukuran.

*Eh, berbaki sehari sebelum tahun baru, mungkin boleh masuk sekali dalam azam. Amiin...amiin...amiin.
**Moga di'teguh'kan hati!.

--

Monolog kosong IV

Punya hati dan "rasa" itu satu nikmat besar kan!
Nikmat besar yang akan jadi madu bila disisip dengan iman!
Nikmat besar yang akan jadi hempedu bila dijamah oleh satan dan nafsu!

hmm.

"Kita sebenarnya masih bertuah kerana merasakan kekosongan, kerana kita sekurangnya tahu ada sesuatu yang 'tidak kena'. Mungkin ada orang berada dalam kekosongan tanpa menyedarinya, sebab tidak pernah pun ia keluar dari 'kekosongan'.

Apa yang membezakan manusia?
Impiannya? Cintanya?
Deritanya? Tanggungjawabnya?

'Ada orang ke mana-mana mencari kebahagiaan diri,
ada orang yang ke manapun ia pergi, menimbulkan kebahagiaan.'

Mungkin kita harus berhenti mencari, dan mula memberi.

Tuan sendiri tahu kan bagaimana perasaannya tiba-tiba hilang rasa. Dan tuan tahu juga bagaimana perasaanya melihat orang lain memaksa dirinya, lalu hasilnya tersangkak.
Lalu tiba-tiba, helai-helai kosong itu menjadi lebih arif." --Tepianmuara.

Kosong, bahagia, berhenti mencari, memberi, rasa!!!

__________________

"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Yusuf: 53)


Wassalam. 

##Melangkah ke makmal di hujung minggu dengan senyum! Kerana rasa diri istimewa~ :)


Thursday, December 13, 2012

12 : 13

bismillah

Pilihlah al-Quran dan sunnah sebagai talimu, agar sampai ke destinasi akhir mu, syurga.
Meski payah dan sering kali goyah dengan angin yang melintang,
Yakinlah, tali ini yang akan membawamu ke sana.


Terkadang kita diuji untuk kita kembali semula ke jalan yang benar.
Jalan yang bakal membawa kita syurga.

O Allah, yang membolak balikkan hati.
Tetapkan hatiku untuk tetap berada di jalan juang-Mu.

Jauhkan aku dari sesuatu yang menyebabkan aku jauh dari-Mu.

Thursday, November 8, 2012

Penyejuk hati; (i)

Bismillah

Antara yang 'tersejuk' di KTSN 1. :)

22 : 30 - 11072012
[syukur punya mata untuk melihat dan punya hati untuk menghayati]

merungkai rasa hati yang pemilik mutlaknya adalah Dia.
Ye, Dia! Yang meletakkan kita ibarat sampan di laut,
menghadapi gelora nya laut bila dilanda badai,
menghayati tenangnya air bila disimbah damai,
kadang kala tersalah arah dan kembali semula,
namun, tujuan kita adalah sama.
Pelabuhan akhir kita sama!
Ye, sama!
:)

08 : 47
11082012
Temerloh Road



Monday, October 15, 2012

05 : 04

Bismillah

Post ke-2 dalam masa satu hari yang cuma berbeza lebih kurang satu jam.

Dalam usaha mencari ketenangan hakiki, ku temui ini :

Allah`s Good Pleasure was on the Believers when they swore Fealty to thee under the Tree: He knew what was in their hearts, and He sent down Tranquillity to them and He rewarded them with a speedy Victory. [Al-Fath : 18]

Sungguhlah Allah itu dekat dan Dia lebih mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-Nya. T_T. Ayat pertama yang diri ini belek dan ini hasilnya. Allah. Jahil, lagha sungguh hamba-Mu ini. Allah, Allah, Allah! Pemujuk hati paling hebat, Dia yang ciptakan diri ini dan Dialah yang lebih mengetahui perihal diri ini. Sesi berdialog dengan Pencipta. Meminta dan merayu segalanya! Sungguh tidak malu hamba-Mu ini. Berbuat salah, tapi tetap meminta kepada-Mu. Allah!. :''(
"Allah, kuatkan, tunjukkan, sabarkan aku dengan apa yang Engkau takdirkan." :"(
___________________________________________________
#Allah dah bagi signal, tak ada alasan lagi untuk aku terus dalam noda! Jangan sampai Allah murka! Nauzubillah!
##Teringat peristiwa pagi semalam (14102012), Allah tegur secara terang yang hambluminannas aku masih kurang (kurang adab mungkin, lebih direct). Akan dibaiki! Allah! Kurniakan aku dengan hati yang sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling ku!
###Terima kasih Allah, tidak biarkan aku terus dalam "dunia" ku sendiri! Terima kasih Allah, tidak tinggalkan aku sendiri! Terima kasih Allah atas "Engkau pilih Aku kali ini!". :'(
####Bila Allah tegur, itu tanda Allah masih sayang! Allahuakbar! :'(


03 : 54

bismillah

[Antara yang "menyejukkan" di K1!]

Izinkan aku untuk rasa nikmat "bahagia"!

________________________________________________________________
#Bahagia = "U'll never feel the happiness until you are the one who bring and create it! If you get it from someone, than it's a bonus for you!" (Ayong, 2012). "The feeling of free from something that burden you day by day (sin etc.)" (Fatih, 2012). 
##Muslimah ----> Mu'minah : "Jadi muslimah ini, hatinya akan selalu teruji! Makin kita jaga, makin Allah uji!" Indeed, tiada penafian!. "Allah akan uji hamba-Nya, pada titik kelemahannya!". T_T


[Ameeen, ameeen Ya Rab! (Sumber)]