
jika itu puncanya
bukanlah Dia memalingkan wajah-Nya
tetapi melihat siapakah yang benar dalam meminta
dengan permintaan yang sebenarnya

pertahankan kedudukan anda untuk naik atas kapal tersebutforgive me when I whine
~AHMED BUKHATIR~
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.
With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.
I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.
With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.
With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
wallahu'alam (peringatan untuk diri sendiri dan juga saudara-saudara semua ^_^)
O Allah forgive us when us whine T_T~~


Pengakhirannya, jangan marah dan jom senyum :)
.WWOOOOOWWWW ada panggung wayang dalam surau..huhu...jangan terkejut..ramai-ramai tengok wayang dalam surau hari ni lepas maghrib tadi (: THE ARRIVAL menjadi mangsa tontonan kami semua hari nie...surau Siti Khadijah menjadi saksi....apa content cerita ni??ermm..boleh kata bukan la cerita sangat pun..tapi more to documentary (memang documentary pun..hee)..pembongkaran tentang KEHADIRAN DAJJAL, FREEMASONRY, ILUMINATI dan kaum kerabat kepada semua tu la. Nauzubillah, saya baru je tengok sampai episod 4 dan ada banyak lagi episod yang lain-lain..walaupun baru sampai episod 4, dah macam-macam perkara yang selama ini kita rasa kebetulan je terjadi tapi sebenarnya sudah dirancang oleh mereka-mereka ni sejak dari zaman Mesir purba lagi. Tapi jangan risau semua. bawa bertenang ok... semua yang mereka rancang tu tak akan berlaku sekiranya tanpa izin kekasih saya dan awakkan (2 ; 102) mesti ada hikmah atas semua yang berlaku nie sebab semua yang berlaku bukannya secara sia-siakan (23 : 115)!!! ....
Hadis di atas sudah terang menyatakan sunnah Rasul untuk sampaikanlah darinya walaupun satu ayat. Semua yang disampaikan Rasulullah S.A.W adalah yang bermanfaat. Rasulullah S.A.W sendiri berdoa dengan doa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat". Apakah yang dikatakan dengan ilmu yang bermanfaat?.
Suatu ketika Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Daud, "Wahai Daud, pelajarilah olehmu ilmu yang bermanfaat".
"Ya, Allah, apakah ilmu yang bermanfaat itu?" tanya Daud. "Ialah ilmu yang bertujuan untuk mengetahui keluhuran, keagungan, kebesaran, dan kesempurnaan kekuasaan-Ku atas segala sesuatu. Inilah yang mendekatkan engkau kepada-Ku".
Maka sudah teranglah dalam kehidupan kita ini, ada kewajipan pada diri kita untuk menyampaikan ilmu tidak kiralah secara formal atau tidak, malah setiap perkataan yang terkeluar dari mulut kita ini akan dipertanggungjawabkan pada diri kita. Semoga dalam setiap ucapan kita sehari-hari memberi manfaat pada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Kesimpulannya, hidup ini saya analogikan ibarat sekumpulan lebah yang mencari madu, madu dan madu kemudian diambil dan dinikmati oleh manusia, madunya bukan sekadar manis malah mendatangkan seribu kebaikan buat manusia begitu juga dalam hidup kita hendaknya kita terus mencari ilmu, ilmu dan ilmu kemudian kita guna dan sampaikan ilmu tersebut pada semua orang, ilmu tersebut bukan sahaja bermanfaat pada semua orang malah menjadi saham untuk kita di sana nanti. Subhanallah alangkah indahnya menjadi seperti lebah bukan?.
nota kaki 1 : rujukan ;1) dari searching yang sangat banyak~ (*_*) nota kaki 2 : feeeeeeeewwwwwwwwwww ....baru dapat rasa macamana pengalaman sebenar menulis dalam erti kata yang agak formal....bukan senang-senang je nak masuk jannah nieyh..haisy..(semoga diberi kekuatan)...
nota kaki 3 : sudah terang lagikan bersuluh..heee..semoga dapat manfaat dari semua nie ye....hah..kalau ada fakta atau penerangan yang tak berapa betul tu harap dapat la tegur ye..(saya budak yang duduk luar pagar..erk..bukan2 saya budak yang baru belajar nie)...
jazakallah (^_^)
nota kaki 1 : ermm...sebenarnye lebih kepada nasihatkan diri sendiri..dan semoga yang lain dapat manfaat ye...semoga jadi lebih kuat duhai hati!!..chaiyok..chaiyok...chaiyok!!!!!
Tinta Buat Bakal Suamiku
Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,
Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,
Bakal isterimu..
nota kaki 1 : Pesan Nabi SAW, "Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, makan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas"
(Riwayat Tirmizi)
nota kaki 2 : ketika cinta bertasbih..masyaAllah..fatih bagi 10 bintang!!erk ada ke??...xpe ada2kan je ea.. ;)
"cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" (al-Imran : 173)
"verily after each difficulty there is a relief" (al-insyirah : 5)
manis yang sedikit sama dijamah...Assalamualaikum..
bismillah
Coretan untuk hari ini….da 4 hari berada di rumah…sempena cuti semester nie….. hari jumaat sepatutnya jumpa k.de..hmmm..geram pon ada..3 jam setengah tunggu..tak jugak datang..last2 ambil keputusan untuk naik bas kol 3.30p.m…..sampai2 je di bandar kecil yg da lama tak penulis jenguk tu..bas nak ke rumah da nak bertolak..tibe2 teringat jagung ayam yang dipesan oleh mak tadi…terpaksa buat keputusan untuk naik bas atau beli jagung ayam n terlepas bas…pikir balik..better for me to buy that thing….rushing to the shop..beli la roti n jagung ayam…berat beban beg yang tergalas dibahu bertambah…kalau tadi ada tiga beg besar sekarang ditambah dengan 2 kilo jagung ayam n sekilo limau…berat2…tergalas kat bahu laptop + buku yang da sememangnye berat…then sebab kena tunggu bas pukul 6p.m….penulis pon decide untuk solat kat masjid kat situ…hmmm..kena la pikul laptop yang berat nie… haaa..teringat waktu tunggu k.de hari tue..terdengar la perbualan antara makcik2 kat situ…
“sekarang laki ke pompuan ke samenye… ada handphone tu habis la”
Then sorang lagi tambah..”bukan salah laki da skang nie…due2 serupe je!!!’”
Hmmm..’conversation’ nie sebenarnya terjadi sebab waktu tu budak2 balik sekolah..then ada la 2 3 pasangan lalu lalang kat situ…pas tu banyak la kelompok2 pelajar yang ada kat stesen bas kecik tu… penulis tak tahu la nak respon ape dengan perbualan makcik2 tu
Pada penulis la kan…teknologi nie sebenarnya masing2 ada pro n kontra..ada baik n buruk… kalau nak kata teknologi nie semua bawa pada keburukan tak jugak..in case of emergency or ada hal yang penting handphone nie la yang jadi pengantara yang paling baik…dan handphone jugak la pengerat ukhuwah n persaudaraan…macam penulis sendiri..penulis lebih senang untuk berborak n bercerita dengan mak by phone…tak suka depan2..rasa kekok…hmmm yang penting kene “pandai guna” ….
Jangan salahkan teknologi kalau kita sendiri yang tak dapat kawal nafsu dalam menggunakan teknologi… Urm itu pendapat penulis…terpulang pada individu untuk fikir macamana….
cerita pada 16 nov 2009.....;)
p/s:mana yg baik ambil jd tauladan...yg buruk jadikan sempadan...semua yg berlaku adalah peringatan bagi orang2 yang tahu dan sedar...(",)