Assalamualaikum..
terdetik untuk berkongsi pengisian antara maghrib n isya tadi di laman ini...isu perang, jihad..dan yang berkaitan la kan.. isu Palestin sudah pasti menjadi isu pertama-tama yang dibincangkan.. tanpa menunggu lama seorang sahabat telah mengeluarkan satu kisah..mengenai nabi Ibrahim A.S..bagaimana seekor burung yang teramat kecil telah berusaha untuk mengambil air dari sumber air berdekatan untuk memadamkan api yang marak membakar nabi Ibrahim A.S.. kalau difikir secara logik akal bagaimana air yang sedikit itu dapat membantu memadamkan api yang memang sangat marak tu kan.. apabila ditanya pada burung tersebut "kenapa engkau berbuat demikian??"..kemudian burung itu menjawab.."aku takut diakhirat kelak..apabila aku disoal kelak apa yang aku telah lakukan untuk membantu nabi Allah dihadapan Allah..maka sekurang-kurangnya usahaku ini dapat membantuku.."..<ermm lebih kurang macam tu la..hee..maaf> cuba kita renung balik..apakah sumbangan kita terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang?? ..... boikot... adakah kita benar-benar menjalankan boikot ini??? saya amat terkesan apabila seorang dari sahabat saya bertanyakan hal ini... apakah yang akan kita bawa sebagai bukti diakhirat kelak atas apa yang telah kita sumbangkan ini??..
kemudian sahabat saya yang lain menambah..yahudi tidak mahukan kita keluar dari Islam..cukuplah sekadar kita jauh dengan rahmat Allah... secara tak lansung kita sedang berperang dengan pemikiran-pemikiran yang dibawa yahudi..pemakaian, makanan, sukan dan bermacam-macam lagi... tanpa kita sedari kita juga termasuk dalam sasaran israel..adakah pemuda pemudi Islam kita mampu untuk mempertahankan Islam suatu hari nanti???..
insyaAllah setakat ini sahaja yang mampu saya huraikan..terlalu banyak sebenarnya isu yang dibincangkan... soal lah diri kita..apa sumbangan kita untuk Islam?? Palestin tidak memerlukan kita turun bersama-sama mereka ke medan perang..tetapi apa sumbangan kita sebagai saudara sesama Islam..
p/s : Islam tidak memerlukan kita sebagai penganutnya..tetapi kita yang memerlukan Islam sebagai landasan hidup kita..
" Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad(keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lrmah lembut terhadap orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (pemberiannya), Maha Mengetahui."
(al-Maidah 5 : 54)