Saturday, October 31, 2009

panggil "sayang" ye!!!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


gurl A : "salam, abang ape khabar hari nie??"

boy B : "sihat je..sayang macamana??"


melihatkan kepada dialog kat atas tu..sebenarnya kita sudah dapat menjangkakan apa yang sebenarnya cuba untuk dihuraikan..

penggunaan kata ganti nama yang sudah terlalu biasa dalam kalangan pasangan-pasangan yang hangat dipanah asmara cinta..

mungkin hal ini nampak remeh..tapi sebenarnya ia membawa isu yang besar..

adakah kita memanggil ibu dan ayah kita dengan panggilan sayang sekerap yang diucapkan oleh pasangan-pasangan ini??


malah ada juga yang tidak "couple" tetapi menggunakan kata ganti nama ini sebagai bahan mainan mereka hari-harian..


adakah kita dapat terima hakikat suatu hari kelak suami/isteri kita memanggil lelaki/perempuan bukan mahram mereka dengan panggilan sayang, abang, hubby, dan bermacam-macam lagi yang kadang kala tidak boleh diterima akal...


p/s : fikir-fikirkanlah...
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.........

Wednesday, October 28, 2009

diriku disayangi...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar..
Ia beri kaktus berduri..
aku minta kupu-kupu..
diberi ulat berbulu..
...aku sedih dan kecewa...
namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali..
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik..

itulah jalan Tuhan,
indah pada masanya,
Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..

kadang kita sedih, kecewa, terluka...
tetapi jauh diatas segalanya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..
alhamdulillah..n..
special tanx tu imah..
disaat aku terlalu perlukan sokongan..
Allah dorongkan dirinya untuk menghantar mesej ini..
Allah memang tidak pernah hampakan hambaNya yang meminta pertolongan dariNya..
Ya Allah..hambaMu terlalu lemah..
kuatkanlah diriku menghadapi segala perancanganMu..
sesungguhnya perancanganMu yang paling sempurna untukku..
inni akhofullah

Monday, October 26, 2009

opps..heee

my sis,,erk awat cam tak nak senyum je..he

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



erk...

bersalahnye...

sory ye kak de 4 not picked up da phone pagi tadi....

tidur lena sangat..


as usual..mesti nak bagi tahu something..

walaupun da tahu kak de nak bagi tahu ape..heee

along tetap rasa bersalah la..hmm


by the way..to my sis nur athirah mohd raffik..

all da best for your final exam..

walaupun tahu kak de takkan baca kalau along tak bagi tahu pasal blog nie..

hehe..

tetap nak wish jugak..

huhu..


tingkatkan prestasi..

walaupun tahu kak de tension sekolah kat situ..

but everything has their own hikmah kan..

semoga kuat untuk hadapi semua nie..


miss nak gaduh ngan kak de la...=P

hahaha...




p/s : SEMSAS tetap the best compare to SEMESTA....=P

heeee...jangan marah ye..










hatiku..


bilamana hati manusia di bolak balikkan oleh Allah

segala-galanya nampak salah

dan tak kena..


.......hmmm......

astaghfirullahalazim


Wednesday, October 21, 2009

damai yang hilang



salamullahi alaik


hati terus dilanda resah
dimanakah silapnya
nota anatomy yang ditatap dari pagi
terus menjadi peneman hingga ke lewat malam
namun susah untuk terkesan dihati
di mana silapnya?
adakah kerana kurang minat
atau kerana hati ini sudah terlalu gelap untuk menerima ilmu Allah


bagai menghitung hari
peperiksaan yang bakal menjelang




terlalu payah
sehinggakan terasa terlalu terbeban dengan subjek ini


bersangka baiklah kalian dengan Allah
pujukku di dalam hati
pasti bukan masanya lagi untuk memahami subjek ini lagi


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.

(Al-Hujurat:12)



Allah sebaik-baik perangcang
rancangan Allah yang terbaik
sabarlah wahai diri
teruskanlah usaha dalam kepayahan
sesungguhnya Allah tidak menilai kejayaan
tapi Allah lebih menilai usaha seseorang itu
malah Allah lebih melihat hati mereka


mungkin juga diri terlalu leka dengan dunia
yang tanpa sempadan sekarang
hati terpaut pada perkara yang lagha
membuat hati menjadi gelap

lalu hendak disalahkan pada siapa?
diri sendiri penyebab kepada kemusnahan diri sendiri






pulang kejalan Allah itu yang terbaik

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim





















Monday, October 19, 2009

luahan hati seorang hamba yang terleka

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyanyangi.
Ya Allah
aku bersyukur dengan nikmat Mu
dengan tangisan ku pada malam ini
itu tandanya hatiku masih merindui jalan Mu
masih sensitif dengan perasaanku pada MU
maka kekalkanlah ia
Ya Allah
di kala semuanya lena di ulik mimpi
aku terfikir sendirian
sudah lama aku tidak membuat temu janji dengan Mu
sudah lama aku hanya berada dalam dunia ku sendiri
sudah lama aku lalai
meninggalkanMu
namun Engkau tidak pernah sekalipun meninggalkan ku
malah Engkau hampiri aku demgan cara yang aku sendiri tidak sedar
alhamdulillah aku bersyukur pada Mu
dalam tangisku pada malam ini
semoga tangisan ini tidak hanya terhenti disini
aku masih ingin merasainya
tidak kira dalam gembira atau sedih
dalam sibuk atau lapang
dalam sihat atau sakit
Ya Allah
janganlah Engkau pergi lagi dari diriku
walaupun pada hakikatnya aku yang lari dari Mu
sedarkanlah aku dikala aku lupa
dikala aku lalai
dengan nikmat dunia
yang hanya pinjaman Mu
alhamdulillah
segala puji bagi Mu
dalam aku teraba-raba mencari sesuatu yang hilang dalam diriku
Engkau hadir menjadi penemanku
Engkaulah tuhanku
Engkaulah tempat ku mengadu
Engkaulah sumber kekuatanku
Ya Allah
dikala aku tersalah
perbetulkanlah
dikala aku alpa
ingatkanlah
dikala aku senang
kurniakanlah rasa syukurku padaMU
Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu
maka Ya Allah
sentuhkanlah hatiku ini dengan kasih dan sayang kepadaMu
hadiahkanlah diriku dengan kemanisan iman
permudahkanlah untuk aku bangun
dikala yang lain lena dibuai mimpi
ringankanlah tangan ku
untuk melakukan kebajikan
lembutkanlah lidahku
untuk zikir kepadaMU
Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar
terima kasih Ya Allah
terima kasih Ya Allah
terima kasih Ya Allah
pengharap cinta hakiki
hadirkanlah cintaku padaMu
.......ameen......

Saturday, October 17, 2009

doaku pada-MU

Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya kepada-Mu
agar bertambah kekuatanku untuk
mencintai-Mu
Ya Muhaimin
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu



Ya Allah
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku kedalam
jurang cinta semu.


Ya Rabbi
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu
Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu



Ya Allah
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu




p/s : perkongsian hasil pemberian seorang kawan....
semoga ia pemangkin semangat untuk tidak terjerumus dalam fitnah dunia....insyaAllah

"iyya kana' budu wa iyya kanas ta ien"

hanya kepada Engkaulah yang kami sembah,

dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan








Monday, October 12, 2009

PILIHAN HATI

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



Copy paste from:http://mujahadah.wordpress.com/

Sunday, October 4, 2009

WANITA SOLEHAH


Bersabda Rasulullah SAW:"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."




Perempuan yang aku sayangi

Adalah pencinta agama Tuhannya

Yang mengalir rasa cinta..

takut dan harap

Terus menguasai perjalanan kehidupannya

Dari waktu ke waktu

Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir


Perempuan yang aku rindui

Adalah yang di mata dan wajahnyaTerpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Sentiasa muraqabah

Setiap waktu sibuk membaiki diri

Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah


Perempuan yang aku cintai

Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti

Muhasabatunnafsi dilakukan selalu

Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi


Perempuan yang aku dambai

Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah

Tika aku di sana dilamar duniawi

Hadirnya memperkasa Akhiratku

Sewaktu aku alpa dan leka

Lembut manjanya mentazkirah diri

Di kala aku disapa bahana

Belai kasihnya menginsafkan naluri


Perempuan yang aku kasihi

Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana

Demi kebahagiaan abadi di sana


Perempuan yang aku sukai

Menjadi dian pada dirinya sendiri

Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku

Yang bakal dilahirkan

Untuk menyambung perjuanganku

Menegak kalimah Allah nan qudus

Mendaulat perjuangan suci

Junjungan Mulia


Perempuan yang aku impi

Adalah wanita yang luhur haqiqi

Muslimah yang setia sejati

Mu'minah yang taat pada Ilahi


Saturday, October 3, 2009

raya 2009



salam alaik..


kalau nak diikutkan raya tahun ini meriah..


tetapi disebalik kemeriahan itu terselit pelbagai perasaan orang yang menyambutnya..

tapi....sepupu den sume cam meriah je ...kene marah pon buat macam tak ada apa-apa pon berlaku..

nurin,hazim,irfan,hafiz,hakimi,fahim,adam haikal n haris

hmmm tu la zaman budak-budak..

kalau nak diterjemahkan setiap yang berlaku dalam hidup nie..pasti tidak akan sama dengan apa yang dilalui..

biarlah ia menjadi kenangan dalam diri..

tidak semua orang mampu melahirkan perasaan yang mereka rasa..

itulah den........

alhamdulillah atas takdir dan rezeki yang telah Allah berikan pada den dan ahli keluarga den..

semoga ada lagi kesempatan untuk den kecapinya pada masa akan datang...

insyaAllah..

INNI AKHOFULLAH