Tuesday, December 20, 2011

random #5

bismillah

Hari ini hari yang indah bukan...seawal 2.24am baru melelapkan mata (alah perkara biasa bagi seorang pelajar..bukan ke?) tapi jarang bagi saya mungkin...sebabnya kalau dimasa-masa exam saya lebih prefer untuk tidur seperti biasa dan bangun seawal pagi, jadi boleh buat banyak benda dalam satu masa. Errrmm dalam kata  mudah 3 dalam 1 dan mungkin juga boleh lebih! terpulang! Tidur lambat nie hanya akan dibuat dimasa-masa nak menghantar assignment dan presentation je. Sebabnya, dah menjadi kebiasaan buat kerja last minute (jangan tiru ye!..he). Owh saya sambung, bangun macam biasa dan terus mengadap aset terchenta (laptop) semua gara-gara nak menyiapkan teks toxicology debate yang akan berlansung pada petangnya selepas presentation yang akan dibentangkan oleh coursemate yang lain, alah tak ramai pon sebab kami memang dari tahun satu sehinggalah sekarang end of semester 1 tahun 3 seramai itu sahajalah 20 orang (specialkan ^.^ ). Owh bukan ke sepatutnya dah siap dan tinggal nak berlatih sahaja...hehe ermm its just happen like that! mungkin juga saya tak berusaha untuk mengubahnya, tapi bila sahaja saya nak buat satu2 kerja sebelum tarikh tamat, the idea just degil untuk keluar (ok, mungkin mindset salah, please take note ye tuan badan). Melangkah ke pondok bas dan ke bilik kuliah dengan teks yang separa lengkap, berjumpa dengan rakan seangkatan yang akan sama-sama berdebat sekali, owh buat diri rasa "apakah?? Ko teks pon tak settle lagi!!" But I have confident, mungkin itu kelebihan yang Allah campakkan dalam diri saya (Thank You Allah ^.^ ). Selepas 8 tahun tak berdebat ikut protokol (Form 1 je berdebat..he), buat diri jadi nervous tak tentu pasal tapi suka sebab memang minat berdebat, lagipun volunteer kan. haha. Satu demi satu presentation berlalu, they were good, and honestly realy good!! Untuk persediaan, buka tab laman web je banyak tapi jarang sangat dapat fokus pada satu2 perkara tu lama-lama, tapi untuk debate kali ni nak tak nak kena all out la jawabnya but alhamdulillah I succeed even though last minute (I'm not encouraging others outside untuk ikut saya!). Oh tajuk debate tadi "Chemical warfare is more dangerous than biological warfare" dan saya as a second speaker of the affirmative team.

Sambil-sambil saya ber"bom" "bam" "bom" "bam" kat depan berdebat bagai, seorang dari kawan saya khusyuk menulis "warkah" (eyt tu nak kata debate aku boring la tu ek?? heehe) ... dan warkah tu untuk saya sebab kertas tu kertas conteng saya yang saya tinggalkan atas meja. Baca sahaja dari huruf  pertama hinggalah ke noktah terakhir "warkah" tu bibir saya tak berhenti tersengih dan pada sesetengah bahagian saya gelak. Bahagia bila dapat "warkah" macam tu. Antara ayat yang buat saya rasa adeyhh (Fatihah!! U should be a really thankful servant to your Creator, He gave you everything, but what you give as a reply to Him?)..ermm kawan saya kata "I know u're the magical student. hahaha. Baca dua mukasurat je da boleh jawab 100 mukasurat" Wawa, that realy hiperbola ye!! Alhamdulillah lah kalau la dapat buat macam tu :). Tapi, I feel great, bukan sebab kena puji or sebagainya, tapi sebab saya ada kawan-kawan yang macam-macam. Walaupun kadang-kadang saya rasa sorang dan tercari-cari siapalah yang boleh saya bercerita dan berborak tapi bila tiba satu masa, look there, they are all your sincere friends >,< The first and formost alhamdulillah to Allah yang dah bagi kebahagiaan kepada saya tak kira dari sudut mana sekalipon, waima ianya satu kesukaran bagi saya.

Urrmmm, kalau perasan saya tak pernah bincangkan atau borak-borak pasal kahwin secara terang-terangan kan. Asyik guna bahasa kiasan je (tu pun kalau ada yang faham). Huhu. InsyaAllah bila dah ada kekuatan nak borak-borak pasal calon bakal suami ke, pasal kahwin ke, nanti saya buat post khas. Hehe. Sebabnya macam dah jadi fenomena plak orang buat video tunang, kahwin, pra kahwin n macam-macam lagi la. Ok, saya nampak pelik kan bila bukak cerita tentang bait muslim ni. Ok we off story, tunggu lah bila dah bersedia nanti, tak pun tunggulah bila dah ada pengalaman nanti. Huhu.

ps : post ni cuma sekadar catatan biasa, buat kenangan masa akan datang :)
pss : panjang la pulak kan...maaf ye!!
pss : "with that, I rest my case!" :P

as salam alayk

Thursday, December 15, 2011

random #4

bismillah

update di tengah pagi yang hening

alhamdulillah, selesai mengemailkan assignemnt n pembetulan assignment yang contribute markah yang sangat banyak bagi exam final akan datang. Fuhhh, dengan lafaz basmallah n sekali klik je, assignment tu dah pon sampai kepada Dr. Harapnya Dr terima dengan lapang dada + "belas ihsan Dr amat kami harapkan" itu phrase bodek yang paling penting tu bak kata Aton @ Kak Ton :P (citernye, before kena buat pembetulan hari tu saya hantar lambat assignment tu, then email la pada Dr kata jangan tolak markah bagai etc...."belas ihsan Dr. amat kami harapkan". Lepas 2 minggu Dr reply kepada sume orang yang hantar assignment tu + markah n pembetulan sekali, n nak jadi ceritanya markah yang kumpulan saya dapat agak tinggi dari kumpulan Kak Ton nie, then die kata, nie mesti sebab ayat bodek "belas ihsan" dapat markah macam tu haha..lol). Tapi masa hantar tu tak fikir nak bodek ke apa ke, just cuak je la kan mana la tahu kene tolak markah ke kan. But anyhow alhamdulillah dengan berkat pagi yang hening nie dah pon selamat mengemailkan pembetulan tu dengan harapan, full mark menjadi milik kumpulan kami..hoho + kump. lain jugak ^,^.

kata melayu lama, patah tumbuh hilang berganti, owh kami memang sangat ber"nasib baik". hantar je 3 assignment tadi, assignment lain dah beratur tunggu turn sementara kaunter masih tak ditutup. 4 report + 1 presentation & toxicology debate menanti.


Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : ‘Aku berada di
dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya
ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada
dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia
menyebutKu di depan orang ramai, maka Aku menyebutnya
di depan orang yang keadaan mereka lebih baik daripada
diri mereka.’

jadi, jom kita bersangka baik dengan Allah
berfikirlah yang baik-baik, semoga apa yang berlaku mendatang adalah yang baik-baik juga
^.^

ps untuk fatih!! : siapkan those assignment within this week if possible!!
1. report mini project 
2. report fieldtrip - JKM
3. Report fieldtrip - JAS
4. Presentation + debate - Toxicology
5. report fieldtrip - KKP
+
personal things..ngeeee

Tuesday, December 13, 2011

random #3

bismillah

mak nak nie n  nie boleh??
hehe

ketam masak lemak cili padi


udang masak lemak cili padi
waahhh kecur liur nie jadik nye!!

Saturday, December 10, 2011

random #2

bismillah

bila kita terlalu mengharapkan pujian dan perhatian dari manusia yang tak sempurna, dan akhirnya ianya hanya akan berakhir dengan satu kekecewaan 

tapi, bila kita mengharapkan perhatian dari Pencipta kita yang sempurna, yang padanya terdapat 99 nama-nama indah, tidak sedikit pon rasa kecewa akan hadir dalam jiwa kita, bahkan selangkah kita rapat pada-Dia, seribu langkah Dia rapat pada kita.

itulah Allah.


ps : aku cuma insan yg lemah T_T


as salam alaik


random #1

bismillah



Sunday, November 27, 2011

mixer

bismillah

lately diri dah rasa lain...erkkk membawa budak kah??eh..eh ada plak ke laut...

selalu orang sebut, rambut sama hitam, hati lain-lain :))
yes!! betapa agungnya ciptaan Allah nie, Dia ciptakan setiap manusia nie dengan ber'variasi' rupa, tinggi, lebar, berat (opss), hati, perasaan, etc...
waima kembar sekalipon pasti akan ada kelainan atau perbezaan sesama mereka, apatah lagi yang tak kembar.
Kelainan atau perbezaan ini lah yang sebenarnya, pada pandangan saya warna-warna yang mencorakkan kanvas dunia nie.

mungkin pemikiran saya berbeza dengan pemikiran korang semua, Kerana pemikiran kita dibentuk oleh persekitaran kita jatuh dan bangun, persekitaran kita menangis dan ketawa, etc. Therefore, celebrate ours differences :). Nice right!!

Macam tu juga dengan penerimaan kita tentang sesuatu perkara, setiap orang menerima sesuatu cerita atau keadaan itu dalam pelbagai sudut pandang. Contoh yang paling mudah yang selalu kita dengar ialah tentang gelas yang diisi dengan separuh air dan bagaimana kita menerangkan keadaan gelas dan air itu sama ada gelas itu separuh penuh atau gelas itu separuh kosong. Sudut pandang yang berbeza akan melahirkan tindakan yang berbeza, dan dalam hal ini bagi saya tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. Semua orang berhak untuk meyuarakan rasa dan pemikiran masing-masing.
"no door is wrong door" [Dr. Jaseema]

*******************************************
gambar tak ada kaitan dengan penceritaan..heee

bila dah insert picture nie (picture pembahagian tugas untuk assignemnt KKP) teringat kuliah patologi bersama dengan Dato' Prof. Dr. Jamaludin, dalam kuliah tu beliau menunjukkan antara hasil nota yang pernah beliau buat semasa belajar dulu dan juga transperancy pertama yang digunakan semasa beliau mengajar sebaik je habis belajar dulu... :))

pada saya benda-benda macam tu sangat, sangat, sangat indah untuk dikenang dan dikongsi dengan orang lain....kita sama la Prof. hehe....
salah satu ayat yang keluar dari mulut beliau was "saya saja nak tunjuk dengan kamu..." :D
dan satu lagi ayat beliau yang....aisy..haha " sebagai rakyat Malaysia, semua wajib tahu benda nie (sambil merujuk kepada salah satu struktur kimia satu bahan dengan seriusnye).." semua masa tu satu kuliah tercengang. Dalam fikiran saya nie, adeyh macam mana mak, wan, atuk saya tahu ke pasal struktur kimia tu? haha. Rupa-rupanya itu merujuk kepada struktur kimia minyak kelapa sawit yang menjadi antara sumber utama ekonomi negara. Prof memang hebat!!! Tq Prof. dari situ minat saya dengan patologi dah bertambah, haha alhamdulillah :).

*************************************

semasa lawatan ke JKKP WPKL

oh, Dr. Jaseema merupakan Penolong Pengarah bagi Penyakit dan Keracunan Pekerjaan di JKKP. She is a great woman you know. Admire her a lot. Tq Dr. walaupun cuma dapat jumpa sekejap. :)

ps : rasanya saya menaip terlalu banyak kali nie.. hmm
pss : insyaAllah in process of becoming a better person for a better future
psss : takziah kepada Wan Eric al-Fatah sekeluarga atas pemergian babah beliau, semoga roh arwah bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah. To Eric : be strong ok brother!! :)

Salam Maal Hijrah 1433H
semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya
^.^

as salam alaik ~

Wednesday, November 23, 2011

I need U

Bismillahirrahmanirrahim..


Tatkala hati terasa kosong…
Manusia mula mencari sesuatu untuk mengisinya…
Bermula dari teman, hingga ke hiburan..
Takkan pernah berhenti mengisinya..
Namun, hati mereka tetap di dalam kekosongan..

Lalu mereka mula mengeluh..
“Wahai tuhan, mengapa kau kosongkan hatiku ini?”
Dan mereka terus mengeluh..
“Kalaulah aku ada teman yang lebih baik..”
“kalaulah ada hiburan yang mampu mengisi kekosongan hati ini..”
“kalau lah ada itu....kalau lah ada ni..….”
Dan terus mengeluh tanpa henti…

Lalu mereka diingatkan tentang suatu perkara..
“hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..”

Ting!!

Mereka tersedar buat seketika..
Kembali menyusun langkah kepada-Nya..
Timbul rasa malu kepada-Nya…
Lantaran melupakan pencipta hati mereka..

Namun itu cuma seketika..
Pabila diliputi kenikamatan semula..
Lantas ia melupakan pencipta…

Sedikit demi sedikit..
Hati mereka kosong semula…

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepada-Mu dan janganlah Engkau palingkan hati kami dari mengingati-Mu..”

sumber semua di atas : sini

####################################

semua yang di atas tu adalah realiti..mungkin bukan bagi orang lain, tapi bagi saya ye!!...and that's realy nocked my heart

dalam proses mencari dan mencari itu mungkin ada tika kita akan berputus asa dan akan mencari sesuatu yang lebih mudah untuk kita dapat
tapi my little sis
good things are not easy
yang indah-indah itu mahal harganya
banyak likunya

then I realise
"memang susah nak dapat barang yang cantik, berkualiti, tertutup, di jaga dengan rapi...ada!! tapi mahal harganya...ianya menuntut pengorbanan yang sangat banyak!!"
but worth to sacrifice for it
that's practicable!!!

and 
that is al-Firdaus

sahabat, kawan-kawan
saya perlukan kamoo untuk bantoo saya!!!
saya perlukan kamoo untuk tegur saya!!!
saya perlukan kamoo untuk nasihatkan saya!!!
saya perlukan kamoo untuk sokong saya!!!
saya betul-betul perlukan kamoo!!!

as salam alaik~


Tuesday, November 22, 2011

I wish I could...

bismillah

i always wish for something yang kadang-kadang bila orang dengar..
"te'ah jangan merapu la!!"
"bile ko nak pergi??"
"ada duit??"

wahh berderet wish yg tak tertunai..adeyhh
sedeyh..haha ada la sikit
regret..hmm mungkin
maybe bukan masanya lagi
but insyaAllah one day i will dengan izin Allah

right now...
i wish i could play in the rain
melepaskan semua rasa yang ada

I wish I could


"bila mungkin ada luka, cuba tersenyumlah.
Bila mungkin tawa, cuba bersabarlah.
Kerana air mata tak abadi, akan hilang dan berganti.
Bila mungkin hidup hampa dirasa,
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga"
[Takdir; Opick]


oh ye, kawan-kawan, sahabat handai
yang keruh kalau selalu dilalukan dengan air yang jernih, insyaAllah satu hari nanti ia akan turut jernih

hilang nye saya bersebab
maaf kalau itu membebankan


ps : I wish I could.....

as salam alaik~

Tuesday, November 15, 2011

budak-budak lagi

bismillah

through blog post seorang kawan, buat rasa
"oh that's the reason why the other friend of mine describe me like that"

imbas semula apa yang sorang kawan nie pernah describe about myself
dia kata sambil gelak-gelak la kan..huhu " ....bukan orang yang sesuai untuk cerita tentang hati @ perasaan (dalam kontek relationship between man & woman) because of ... bla bla bla " and the rest is history...

masa tu, saya just laugh, laugh n laugh...haha.. dan tetap jugak nak korek tentang rahsia dia...walaupun dia refused untuk jawab...

time by time keep going, selepas tiga tahun after that baru dia bagi tahu, dan masa tu dia tetap tak nak bagi tahu...tapi sebab buat muka satu sen dalam YM, end up dia bagi tahu..hehe

ermm...that blog post betul-betul buat rasa diri..
"Ya Allah, oh itu hikmah atas apa yang Allah dah plan untuk aku selama nie, sebab hakikat sebenarnya aku tak bersedia untuk sesuatu yang macam tu"
"yup...betul that thing is something yang semua orang impi dan harapkan, and do i...hati dah macam musim bunga..haha (hiperbola je lebih) but honestly i noe who i'm"

adeyhhhhhh...
tiba-tiba terasa diri nie memang budak kecik yang tak tahu apa-apa tentang bab-bab relationship nie...haha
but then, saya tetap mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri saya...eventhough...



oh..buat sis "dina" tahniah buat kamu...hehe..jangan tunggu lama-lama...tak elok barang yang cantik dan baik dibiarkan lama-lama kat luar...takut kurang kualitinye nanti...hehe

n ampun sebab rasanya my act are realy annoying kot bile bab2 macam nie...asyik nak buat main-main je...semua benda nak buat gelak (dah terhantuk esok baru nak sedar memang tak ada guna la kan)
but then, thats me...will try untuk ubah, insyaAllah...tapi rasa macam tak jadi diri sendiri la plak kan bile kene serius je tiap2 masa...heeeee

tapi...itulah namanya pengorbanan kan...korbankan yang buruk untuk sesuatu yang lebih baik...tak terlambat lagi rasanya nak wish HAPPY EID ADHA :))

n to sis te'ah----> now u noe, who u are in this chapter, jadi sedar-sedar la diri tu ye....ye awak tu dah 21, tapi umur bukan segalanya...hahaha...dushhhh.. (He noe best!!!)...

now 1754...jam loceng dalam stomach dah berbunyi...siapa boleh tolong volunteer belikan makanan???

ps : eh, tomorrow will go back home for good, doakan yang terbaik...hehe

as salam alaik~


Wednesday, November 2, 2011

necrosis?

In the name of Allah,

dont let necrosis occur in your body, if not ur body will die because of severe irreversible injury!!!

klik gambar untuk imej yang lebih jelas.


p/s : Every pictures tells a thousand stories..  :))

as salam alaik~


Monday, October 31, 2011

feel fresh??

In the name of Allah

terfikir "how actually or exactly someone interpret his/ her feeling?"

untuk image yg lebih jelas, sila klik pada gambar!


mode : oh hati yang mudah berbolak balik = ="

as salam alaik~

Sunday, October 30, 2011

tend to...

bismillah

di saat genting nie lah we tend to do something yang akan membuat kita rasa menyesal bila the result come out nanti

di saat genting nie lah we tend to do something useless till when we flashback what we had did, kita akan rasa "ya Allah apa la "pandai" sangat aku time tu!!"

di saat genting nie jugak lah we tend to think something yg sebelum-sebelum nie tak pernah berlegar pon dalam fikiran kite

di saat-saat genting nie lah kite akan sedar semua kesalahan kite yang menyebabkan kite berada dalam saat genting but that doesn't change anything...and again we tend to repeat it again next time...ooowwwhh what a useless person i'm...

and now i'm at that saat-saat genting n ....... aisyhh...

ini lah namanya ujian...

may Him bless...O Allah, most Gracious, most Merciful ... I ask Allah forgiveness = ="

peace be upon you~~~


Monday, October 24, 2011

marah ke?

bismillah

hari nie nak merapu tentang marah

eh..eh..tengah marah ke sekarang nie??

aisyy mana ada laa...
ok je nie

marah nie sebenarnye apa?

erkk nie marah ke tengah bersemangat nie??? :P
ada ke cerita tentang peristiwa marah nie pada zaman Rasulullah dulu?

ini antara peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah :

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

apa sebenarnya marah nie?

kalau tak ada perasaan marah, tak normal la plak kan

tapi macam mana nak manage marah nie sebenarnya?

Di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. ada disebutkan, orang yang sedang marah hendaklah berlindung dari syaitan atau membaca auzubillahi minasyaitanirrajim. Hendaklah pergi berwudhuk, kerana marah itu dari syaitan dan syaitan itu dijadikan dari api, maka api akan padam dengan air. Sekiranya seseorang yang sedang marah itu, sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan sekiranya sedang duduk, maka hendaklah dia berbaring.

hasil daripada perasaan marah nie sebenarnya secara tak lansung akan meransang penghasilan energy yang luar biasa yang kalau kita tak salurkan ke arah yang betul itu yang menyebabkan ada yang lebam biji mata, tarik-tarik rambut, n so on...

every each of us ada cara sendiri untuk menggunakan tenaga luar biasa nie kan

so, why not we use it in appropriate ways

same goes to me

bila rasa marah da meluap-luap tu datang the only and only ways is just keep quite and smile if you can bare with it..
if not, why not if you just distance yourself from that place and use the powerful energy in the correct ways


kalau saya, saya prefer untuk go somewhere else, meaning go to somewhere yang boleh alih tumpuan kita dari perkara yang kita marah tu...such as pergi window shopping alone (baru je buat tadi..huhu) or pergi jalan-jalan melihat alam (yang nie ikut tempat, kalau dekat then, I'll go there..lagipon, i love it :D )

may Allah reward us with what we have done 
insyaAllah

but remember the most and most effective way in order to manage anger is by ask the calmness from Allah, the Most Gracious and The Most Merciful
^.^

ps : all above are just from what I have read and my own opinion, that's might be differ from others...may Him bless

as salam alaik~

Saturday, October 22, 2011

lets start

bismillah...

di mana ada kebersamaan, di situ lah permulaan kepada satu perhubungan

berjalan sambil berpimpin tangan

 as salam alaik~


Sunday, October 16, 2011

up, up n away~


bismillah

ermmm

ermmmmm

ermmmmmmmm

makin lama makin tak tahu macamana nak express the feeling

just dont noe

************************
live life up to the fullest got some messages for me n perhaps I can share this with u'olls (act. got this from rakan blogger.. TQ sis,may Him Bless U )


enjoy this n remember we're here not only to enjoy what we already have but we act. collect n pack everything to bring forward untuk kehidupan selepas kehidupan
kalau baik, maka baiklah kehidupannya
kalau sebaliknya, itulah yg akan kita lalui




dalam proses mencari yg hilang



as salam alaik~~


Friday, August 26, 2011

random

bismillah

when something happen just not like we were planned

a little bit frust, but i trust in Allah

"wamakaru, wamakarallah, wallah hu khoirul makirin"

Allah are the best planner

alhamdulillah


salam alaik~~~



Tuesday, August 9, 2011

ragam

bismillah

semakin jauh kaki mengorak langkah, semakin banyak yang dapat diperhati baik dari segi zahir atau batin, dari segi tersurat atau tersirat

terpulang pada siapa atau bagaimana cara pemikiran kita

belajar dari sekeliling is the simplest thing ever!!
tapi hanya untuk orang-orang yang nak mengambil pelajaran je la...

saya selalu pesan pada diri sendiri yang bahawasanya "setiap apa yg berlaku ada hikmah atau pelajarannya yang tersendiri, cuma yang menentukan hikmah tu adalah terpulang pada cara diri sendiri interpret things yang happen"

PP have teach me a lot of things yang tak pernah terlintas pon dalam benak yang...
"oh, macam tu pon boleh berlaku ek"
"wah, dunia luar sangat-sangat mencabar"
"erkk, because of money, khinzir pon boleh ditelan hidup-hidup (just analogy)"
"pergh, apakah? kenapa laa boleh jadi macam nie?? kat mana la silapnya???"
"masyaAllah, betapa orang-orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya tu sangat-sangat diperlukan kat mana-mana dan setiap masa"
"waahhhh, bolehke aku lalui hidup yang macam nie dengan bahagianya?"


*******************
updated on 15th ramadhan

termasuk hari nie dah hampir 15 hari operasi pendaftaran program 6P berlansung
no matter what or no matter how
banyak orang, banyak lah ragam kan
anyhow
untuk being together in a team, pemikiran positif terhadap satu antara lain tu sangat2 la perlu
then baru la kefahaman antara satu sama lain will come out
tapi
tak semua apa yang kita fikir, orang lain akan fikir
macam kata-kata orang senior
rambut sama hitam, hati lain-lain

~~~~~~~~~~

ps: ya Allah isikan kekosongan dalam hati ni dengan nur kasih Mu :'(((


Sunday, July 31, 2011

random

bismillah

erm kalau ada orang kata anda ust/ustzh dan anda rasa panas dengan kata-kata tersebut, kenapa agaknya ya?

curious
@.@



Thursday, June 30, 2011

mix

bismillah

dalam sibuk-sibuk cari kerja kecaknaan tentang isu2 semasa ni pon bertambah

tak sedar yang sebenarnya banyak benda berlaku each second di sekeliling kita dalam satu masa

nak kata, betapa hebat nya perancangan yang Allah da tetapkan dalam hidup manusia sehinggakan semuanya berjalan tanpa ada satu pon yang cela, masyaAllah. Dalam sedar atau tak, sedang negara tengah hebat dengan aura B_____ 2.0 dalam masa yang sama fasa pemutihan dan pengampunan dilancarkan. Sedar tak korang???


*****************

apa yang penting, semuanya kita kena pulangkan pada Allah dan akur dengan perancangan Nya. Tapi itu tak bermaksud kita boleh menyerahkan segala-galanya pada Allah tanpa ada sedikit pon usaha. Usaha is usaha, tawakkal is tawakkal. Tawakkal takkan mendatangkan apa-apa kalau tanpa usaha dan istilah redha buka perkataan yang boleh dimain-mainkan. After all had being done and comes to the result and keputusannya tulah yang kena kita kena redha sama ada pada pandangan kita baik atau sebaliknya yang penting kita tahu it's good for us pada perancangan Allah.

() ()
( ^.^)
(") (")

bila da lama sangat tak type yang something..erm something la..rasa macam waaahhh

bila banyak benda nak kena fikir --> umur, iman, amal, sumbangan, dunia, rumah, result, berUANG (ditahap kritikal sekarang!!..aisy), k.de kat ER (harap dia tak apa2), kerja (alhamdulillah ^.^) sampai hampir terlupa untuk bersyukur (astaghfirullah)
ya Allah---> bismillah walhamdulillah atas semua, semua, semua, semuanya!!!

ps: tolong doakan aingah n k.de tak apa2 n semoga dieorang cepat sembuh!!!..amiinn
pss: teringat semalam k.de tepon, happy je bunyi sebab dapat balik sabtu nie ke rumah...tiba2 end up sekarang kat ER (ya Allah selamatkanlah dia)--->pasti ada hikmah sebalik semua nie.
psss: alhamdulillah

as salam alaik~~

Sunday, June 26, 2011

tha day


bismillah

hari nie la harinya :)

terima kasih mak, wan n atok sebab da didik aku sampai sekarang n sampai bila-bila

nothing much to say on this day

maklum la dok sorang2

thanx kepada yang ingat n pada yang tak ingat no big deal (its just a day, tak ada beza pon dengan hari-hari lain)

ermm most thankful to Allah, alhamdulillah untuk segala-galanya yang aku nikmati sampai hari ni dan untuk yang seterusnya

semoga dengan bertambahnya saat demi saat dalam hidup aku, bertambah jugak lah iman aku pada Nya.

wish myself semoga sentiasa dalam rahmat n rahim Allah, sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala bala dan bencana n so on :)

got to prepare my self untuk ke Gombak sekejap lagi.

ps: have to be more matured after this...:0 still got long journey to go!!

as salam alaik ~~

Friday, June 24, 2011

last

bismillah

last day kerja kat situ~~

happy??? sedih??? both can be accepted!!!

sebab???


“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.”
(al-Mu’minun: ayat 115-116)

**semua yang berlaku bukannya sia-sia =)**

ps: rahsia alam sangat luas----> berjalan dan mengembaralah dan anda akan lebih memahaminya!!! (insyaAllah kalau ada rezeki lain I will...amiin ^.^)

salam alaik~



Thursday, June 16, 2011

ragam homo sapien

bismillah

ragam manusia, ada macam-macam

aisy kelakar tengok

"awak, awak mak saya tak bagi pakai kasut panjang-panjang macam nie, kambing pun boleh muat" [hahhahahhahaha] maaf encik sebab saya gelak :P

"adik baru lepas SPM ke?"
"eh, tak ada la..semester break :)" tersengih-sengih jawab.
"oh, tak ada la nampak macam baru lepas SPM" erk..[hahahahahha] apakah???


”Hai Manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal.”
(QS. Al-Hujurat 49:13)

hidup bukan untuk menghukum, cukuplah sekadar yang baik ambil jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

amar ma'aruf nahi munkar---->perlu dilaksanakan (moga diberi kekuatan)

may Him bless

as salam alaik =)


Monday, June 13, 2011

senandung hati

bismillah

as the time passed by, there are billion of things happen and might happen

may Him bless anyway

>.<

"hanya pada mu kami sembah dan pada Mu kami mohon pertolongan"

"tunjukanlah kami ke jalan yang lurus"

salam alaik~





Sunday, June 12, 2011

hujan emas vs hujan batu

bismillah

mode: thankful, Alhamdulillah


hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

indah lagi di negeri sendiri.

"for each and every single action has its own consequences"


************************

People who have finished their breakfast and made themselves ready expect to have various challenges in their work places, schools and other areas. Most people have things they need to accomplish before the end of the day. Allah describes this situation in the Qur'an:

In the daytime much of your time is taken up by business matters. (Surat al-Muzzammil: 7)

… He made the day a time for rising. (Surat al-Furqan: 47)

A believer sees the day before him as an opportunity to win Allah's love and approval and to attain the Garden for which he needs to strive to do good works. No matter how busy he is, he is careful never to forget to seek Allah's approval. He takes as his example Sulayman (as)'s prayer, as recounted in the 19th verse of Surat an- Naml, desiring that our Lord will inspire him in the things he will do in the course of the day:

"My Lord, keep me thankful for the blessing You have bestowed on me and on my parents, and keep me acting rightly, pleasing You, and admit me, by Your mercy, among Your slaves who are right-acting." (Surat an-Naml: 19)

Everyone who leaves home on the way to school or work encounters many people, things and events to think about. Everything a person sees exists in Allah's knowledge and has come to be by His will and happens for a definite reason.

[Harun Yahya; 24 Hours In The Life of Muslims]


may Him bless ~

salam alaik =)

Thursday, June 9, 2011

mereka dan dia

bismillah

mentari dah pon menampakkan wajahnya, bersinar memberi sejuta harapan. Dalam sedar atau tidak ada insan-insan yang menanti panasnya mentari untuk terus menyambung hidup, mencari sesuap rezeki. Terdiam dia memikirkan hal yang satu itu, kepala terasa serabut ibarat simpulan benang yang halus, sekiranya kasar dalam merungkaikan mungkin saja benang itu akan putus.

Ah cuba pakai kasut mereka, rasakan sendiri apa rasanya. Jangan mudah melempar kata. Mereka juga hamba Dia sama macam kamu, tak ada beza. Yang beza cuma apa yang kamu pilih untuk kelangsungan hidup kamu disini dan disana nanti. Oh baru beberapa tapak menapak sudah terasa kepenatannya sambil mengurut-urut tengkuk yang mungkin sengal akibat terlalu banyak bekerja atau terlau banyak berfikir.


"Mak, bagi la dia peluang untuk rasa penatnya cari duit, susahnya untuk mendapatkan sesuap rezeki." Wah indah dibibir mengungkapkan, macam da faham segala-galanya apa itu hidup. Cukup ke dengan kata-kata?. Rasakan sekarang, erti hidup yang bagaimana yang dia maksudkan? Apa yang terlihat dimata tak sama dengan apa yang dipikul, pepatah melayu dah terlebih dahulu mengajar dia tentang itu, baru sekarang dia tersedar tentang kebenarannya. Dia ibarat budak hingusan yang merengek dikaki sang ibu meminta untuk dibelikan ais krim.

Hari ini dia benar-benar ingin buktikan yang dia boleh, memulakan langkah demi langkah dalam sinaran sang mentari. Indah. Itu yang mampu terluah dari hati dia. Hidup bukan hanya pada buku dan ke kuliah, bukan hanya pada helaian buku fisiologi, anatomi dan toksikologi (sengaja letak subjek "membunuh"). Belajar menapak mencari erti hidupnya yang sebenar, berjalan mencari pengalaman, pengalaman yang tak akan dijumpa dengan hanya membaca.

Setiap dari mereka ada cerita yang tersendiri, baik atau buruk terpulang pada cara mereka tafsirkannya sendiri. Rezeki itu dari Allah bukan dari mereka. Mereka cuma pengantara, ya mereka cuma pengantara antara antara dia dan Dia. Namun mereka jugalah yang berjaya memberi warna dalam hidup dia. Tanpa mereka tak tahu la warna apa yang ada pada kanvas hidup dia. Sehari demi sehari berlalu, sesak nafas memikirkan, apakah penghujungnya nanti? Berhasilkah atau hanya sekadar membiarkan keringat yang mengalir, mengalir tanpa merasa hasilnya? Indah kalau tahu menghargai, indah kalau tahu ada yang memberi ganjarannya nanti, ya akan ada yang memberi ganjaran mungkin bukan sekarang atau disini tapi di tempat yang paling hampir dengan dia, di hati dan di sana, tempat berkumpulnya semua umat manusia.







ps: Tahniah buat mereka =) mereka memang hebat, walaupun mungkin yang berlaku tak seperti yang diharapkan tapi ingatlah mereka, ada lagi yang lebih daif keadaannya. Ingat juga dia walaupun yang berlaku tak pernah sekalipun terlintas di benak dia, ketahuilah Dia lebih tahu yang terbaik untuk dia dan juga mereka.

Situasi dia dan mereka mungkin berbeza, tapi hakikatnya dia dan mereka sama-sama merasa pedihnya.



salam alaik~

Wednesday, June 8, 2011

Dia

bismillah

gundah rasa hati

bila hanya mampu memandang dan mendengar

idea??

banyak, bertimbun!!!

usaha???

aisy!! rasa lemah, longlai...

hey..kau bukan kurang upaya, badan sihat walafiat

rezeki Allah ada kat mana-mana

usaha!!! usaha!!!

mana hilangnya rasa yakin kau??

aisyy..

hanya Dia yang tahu rasa hati nie...

hanya Dia yang tahu disebalik raut nie...

hanya Dia punya kuasa...

ye!! hanya Dia~~


fatih
[110608 0126]



Monday, June 6, 2011

zahir

bismillah


apa yang terzahir kadang-kadang tak seperti hakikat sebenar

hidup bermusafir di bumi Tuhan

kadang2 tersadung, kadang2 tinggi menongkah langit

~may Him bless~

salam alaik





Wednesday, June 1, 2011

cuti

bismillah

cuti @ holiday such a wonderful words

selalunya ditunggu-tunggu oleh siapa2 je

kerja ke, tak kerja ke...sama naik je bila da tiba masa cuti

fuhhhh, berat kepala...


~~moga Allah permudahkan~~

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar
baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari
sumber-sumber yang tidak diduga."
(Surah At-Talaaq: 2 & 3)


salam alaik~





Thursday, May 26, 2011

reemerging viruses

bismillah


erkkk...hati saya dijangkiti virus kah???

day by day cuti berlalu macam tu je, macam jam yang ada bateri sentiasa berdetik...tik, tok, tik, tok...macam air mengalir tapi kalau air dia akan angkut segala bagai yang ada atas laluan die n then semua akan clear!!

wargghhhh identity crisis ke??? da tak berapa nak remaja da rasanya...

wah i miss masa2 nak exam...kepala hotak, mata, fikiran, tangan, kaki, IMAN segala-segalanya la macam da berpakat untuk sama2 kerjasama "we got this mission and these are our target, lets move on"..haha...semua yang difikirkan is just aku nak study semua nota yang tinggi macam busut anai-anai tu because of U Allah...berkatkanlah ilmu MU ini...oh aku yakin Allah will help hamba-hambaNya...oh takpe still got time untuk habiskan nota although masa tu 'hey fatih...u got only 7 hours to read, to hadam all the 12 notes yang tebalnya macam buku report lengkap thesis yang dibuat berbulan-bulan tu (bukan revise ye..its different!!)...hebat pergantungan aku pada Allah masa tu...rasa rindu masa2 tu...yeah akan ada next exam...will the situation be the same???


positif yang teramat pemikiran neyh...its good but sometimes its kill u inside and out...

best get to know others problem and helping to give idea to solve it (if HE wills it), but when the probs come to you...fuuhhhh tak taw nak muntahkan pada siapa..at last makan dalam


banyak bende nak buat, tapinye...

chibi bile nak balik??? jom backpacking!!!


dont overjudging me...because perhaps outside doesnt potray what is inside (lupekan..haha)

the rest is makan dalam...:P


"No Muslim is entirely irreproachable, for all Muslims can sin
or make mistakes. Making mistakes out of ignorance, forgetfulness,
or giving in to one's lower-self is a means to attain perfected
faith and spiritual maturity. However, what distinguishes
believers from unbelievers in this matter is that once believers
recognize their mistakes, they abandon them and adopt what is
right. This is revealed in the Qur'an, as follows:

Those who, when they act indecently or wrong themselves,
remember Allah and ask forgiveness for their bad
actions [and who can forgive bad actions except Allah?]
and do not knowingly persist in what they were doing.
(Qur'an, 3:135)"

[Harun Yahya; Answer From The Quran]

as salam alaik

Sunday, May 15, 2011

???

bismillah



hebat sahabat-sahabat saya...

owh sangat kecik rasanya...



bila nak berubah nieyh budak bertuah???






Friday, April 22, 2011

tahajud

bismillah



"If you want something in your life and you aren’t praying tahajud for it then in reality you don’t really want it.”

- Shaykh Yasir Qadh [sini]


jazakallahu khairan kathir

^.^


muslim guy

bismillah


" A Muslim Guy Looks Gorgeous When He Leads A Pray And Read Al-Quran"


as salam alaik~





Tuesday, April 19, 2011

approval

bismillah

"One must
not forget that every morning may
be the beginning of the last day allotted
to one's earthly life. Death may come
at any moment, because of a traffic accident,
an unexpected disease or any one of
countless other causes. In that case, as we
said above, we must think about what we
have to do to spend the day before us so as
to win Allah's approval."

[24 Hours in the Life of a Muslim; Waking in the Morning, 19 by Harun Yahya]
.
.
.
.
so, are everything we did were aim to win Allah's approval???

-.-"

salam alaik~


Saturday, April 16, 2011

rain


bismillah

saya suke hujan

[mode:rasa macam nak join mereka]

dulu pernah tanya kawan "boleh tak main hujan kat kl nie??"

then dia pon jawab " kalau nak rasa di"toxic"kan pergi la!!"

errkkk ok batal niat...

tapi pernah jugak buat sekali!! uhuhu speechless (rasa dunia ini ana yang punya) ehee

the point yang sebenar is I do love rain and I do love toxic (maksud saya toxicology..ehe)

time to make first step for the thousand miles of toxicology!!

usaha [29:69] ------> tak rugi pon!!

as salam

ganbatte kudasai fatih n chibi san!! :D




Thursday, April 14, 2011

give

bismillah

kekuatan kata-kata

pada kita tak rasa apa2

tapi Dia tahu segalanya

hanya pengantara antara kamoo dan Dia

yes...

life is about give and take

the more u give, the more you get

He knows best

;)

Tuesday, April 12, 2011

feel




ln[p/1-p] = a + Bx
.
.
.

hope everything will be fine






Thursday, April 7, 2011

life is miracle


bismillah

life is miracle

everything is possible

year II sem II

there are lot of memory to remember

sedih, suka, marah, bengang, sakit hati, tak puas hati, regret dengan diri sendiri, rasa bersalah, bahagia (bila tengok orang lain bahagia n dapat tengok setiap titis2 hujan yang jatuh mencium bumi), stress, kelam kabut, rasa sendiri (walaupun tak sebenarnya), and lot more...tak terucap dengan kata-kata

[erk asal sebak neyh]

masyaAllah, tue semua rahmat dan rahim Allah

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar

Allah yang telah mencorakkan my life till it become very nice, sweet sampaikan tak terberhenti senyum, ketawa, menangis

Allah kurniakan sahabat-sahabat yang pelbagai, yang every each of them sangat kuat bond nye dalam hati nie

everything happen in our life is consiquences of our choice

kamoo (although dont know kamoo baca or tak) ye kamoo infinity apologize for acting that way towards you..

may Him forgive me for acting that way towards you

****************************************

bawah nie antara yang mampu digambarkan dengan gambar :P

but believe me, deep in my heart there are infinity feels yang
tak boleh digambarkan dengan words

thanks semua...kamoo, kamoo, kamoo semua dah menceriakan kanvas comot saya dengan colours yang sangat cantik :))








let gets move, jadikan hari ini lebih baik dari semalam n hari esok lebih baik dari hari ini

n semester akan datang lebih baik dari semester nie (am I getting older :P)

may Allah bless each seconds that we already go through, and will go through (errkk macam salah je :P)

infinity maaf dari saya yang banyak kelemahan n kekurangan ni,
yup saya insan biasa2, tapi itu bukan alasan untuk mencipta kesalahan

>.<

MAY ALLAH BLESS

ps:semua gambar dari tabung gambar (k.ella, rab, k.beton, hanna etc...tq to all)

salam alaik~~

oh lupe.....SELAMAT BERCUTI :))

last, last ALAHMDULILLAH wa SYUKRULILLAH :))




Sunday, February 27, 2011

monster

bismillah..


If he went to the soccer field and spent two hours playing there without becoming bored, then why would he become bored from hearing the Qur’an for five minutes? The difference between a short prayer and a long prayer is simply five minutes, so why does he become bored from these five minutes of Qur’an, yet he does not become bored from two hours of soccer? Why does he not get bored from standing for two hours staring at an inflated piece of leather, his heart attached to it?
Because, what stands up to pray is the heart, and what stands up for sports are simply the body and muscles.”
[‘at-Tarbiyah al-Jihadiyyah wal-Bina"; 1/220]

sumber sini ye ^.^


lately nie rasa macam nak jadi monster lepas tu telan diri sendiri hidup2!!!

salam 'alaik~

Wednesday, February 23, 2011

perhaps

bismillah


jangan takut untuk lalui sesuatu yang baru...

perhaps yang baru itu adalah selangkah ke arah hidup yang lebih baik.. :P

Saturday, February 19, 2011

apa pandang-pandang??

bismillah


ramai orang kata kalau nak nilai orang jangan tengok luar je...


yang penting dalam tu elok..


ok...saya plak macam mana???

apa pendirian saya dalam bab nie???




ye...dalam bab nie tak ada juara ye...tak ada siapa yang betol n tak ada yang salah..


masing2 akan kata diri sendiri betol kan...da diri sendiri yang come out dengan statement tu...

takkan tiba2 nak bangkang diri sendiri...split identiti ka??he


ok2....jangan la serius sangat...haha


saya nak kata yang setiap orang ada cara yang tersendiri untuk membuktikan/menunjukkan sokongan atau cadangan atau apa2 je la....


we have to be more rasional dalam melihat perkara nie...
mungkin dia ada sebab sendiri kenapa dia buat macam tu...

jangan cepat melatah dan buat macam2 assuming...that's not good ye..


"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.


tak semua orang macam apa yang kita nilai diri mereka2 semua tu...

kita boleh menilai...tapi kita bukan hakim yang boleh menetukan tindakan mereka salah atau tidak...we're not the judges in this world...even we doesn't have any right pon untuk itu!!


saya pernah kata yang saya tak pernah suka dalam buat pilihan..terutama pilihan yang besar2...yang saya tak pernah terfikir pon akan go through that situation dan terpaksa memilih...

tapi sebenarnya saya baru perasan bila borak2 denga jiran saya yang setia nie miss mila (happy birthday :P...semoga sentiasa dalam rahmat Allah) tentang qada' dan qadar...


ramai yang kata "da memang takdir macam nie, nak buat macam mana"

erkk..ok...takdir!! makna nya still percaya pada qada' dan qadha la kan.. :)

tapi sedar atau tidak, setiap detik yang berlalu dalam hidup kita adalah hasil dari pilihan yang kita buat!!!


Allah sentiasa memberi ruang untuk kita memilih...

ye..memang perjalanan hidup kita sudah tertulis sejak kita belom lahir lagi...


tapi kita tak pernah tahu pun apa akan berlaku next...even masa saya sedang menaip post kali nie, saya tak dapat nak agak pon, apa yang akan berlaku selepas nie...


disebabkan itu, perlunya untuk kita merancang dan berusaha dan memilih yang baik2 supaya yang akan berlaku next will be perkara yang terbaik untuk kita...


****************************************************


ahah....hidayah itu milik Allah....betol2!! rasulullah S.A.W sendiri juga sangat2 berusaha untuk memujuk bapa saudaranya untuk memeluk Islam sehingga la ke saat2 terakhir hidup bapa saudaranya...akhirnya bapa saudara Nabi meninggal dalam keadaan dirinya yang bukan Islam...kan hidayah itu milik Allah....



"Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)". (Al Qashas:56)


tapi jangan lupa pada usaha Nabi...dakwah itu perlu...islah juga perlu sebelum kita berdakwah...


kita boleh masak dan panggil orang makan, tapi bila orang tu da sampai kat rumah kita ...kita da bukan siapa2 nak paksa dia makan...macam nak bagi makan ubat pada baby la kan...kita boleh paksa dia buka mulut untuk bagi makan ubat ....tapi .....apa lagi yang boleh kita buat kalau baby tu tak nak telan ubat tu kan..betul tak???ke tak kena contoh tu...huhu


dalam kita nak sediakan makanan n nak jemput orang tu...kita jangan lupa plak...kita kena ada ilmu untuk memasak..kena ada skill n kreatif untuk ajak orang pergi makan....kat sini la perlunya pada ilmu untuk mengislahkan diri...


erk....nak katanya sebenarnya nak taip sikit je tadi n the point nak cakapnya sebenarnya "saya ada cara saya sendiri dalam buat sesuatu ye!!!"

... then, perkara yang baik jangan ditangguh-tangguh kan...

mana yang baik ambil la ye...korang semua berhak memilih...tapi selalu2 la pilih yang baik2 sebab tak rugi sikit pon malah untung berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda...dan selalu la rebut peluang hidayah yang Allah da bagi...tak selalu peluang datang dalam diri...itu tanda Allah sayang korang semua dan diharapkan saya juga..:) (siapa tak nak Allah sayang die kan...hehe)....yang buruk tu sila2 la tegur ye........




last2.....chibi sila jangan ponteng kelas ye...hik3..


salam alaik~