lately diri dah rasa lain...erkkk membawa budak kah??eh..eh ada plak ke laut...
selalu orang sebut, rambut sama hitam, hati lain-lain :))
yes!! betapa agungnya ciptaan Allah nie, Dia ciptakan setiap manusia nie dengan ber'variasi' rupa, tinggi, lebar, berat (opss), hati, perasaan, etc...
waima kembar sekalipon pasti akan ada kelainan atau perbezaan sesama mereka, apatah lagi yang tak kembar.
Kelainan atau perbezaan ini lah yang sebenarnya, pada pandangan saya warna-warna yang mencorakkan kanvas dunia nie.
mungkin pemikiran saya berbeza dengan pemikiran korang semua, Kerana pemikiran kita dibentuk oleh persekitaran kita jatuh dan bangun, persekitaran kita menangis dan ketawa, etc. Therefore, celebrate ours differences :). Nice right!!
Macam tu juga dengan penerimaan kita tentang sesuatu perkara, setiap orang menerima sesuatu cerita atau keadaan itu dalam pelbagai sudut pandang. Contoh yang paling mudah yang selalu kita dengar ialah tentang gelas yang diisi dengan separuh air dan bagaimana kita menerangkan keadaan gelas dan air itu sama ada gelas itu separuh penuh atau gelas itu separuh kosong. Sudut pandang yang berbeza akan melahirkan tindakan yang berbeza, dan dalam hal ini bagi saya tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah. Semua orang berhak untuk meyuarakan rasa dan pemikiran masing-masing.
"no door is wrong door" [Dr. Jaseema]
*******************************************
gambar tak ada kaitan dengan penceritaan..heee |
bila dah insert picture nie (picture pembahagian tugas untuk assignemnt KKP) teringat kuliah patologi bersama dengan Dato' Prof. Dr. Jamaludin, dalam kuliah tu beliau menunjukkan antara hasil nota yang pernah beliau buat semasa belajar dulu dan juga transperancy pertama yang digunakan semasa beliau mengajar sebaik je habis belajar dulu... :))
pada saya benda-benda macam tu sangat, sangat, sangat indah untuk dikenang dan dikongsi dengan orang lain....kita sama la Prof. hehe....
salah satu ayat yang keluar dari mulut beliau was "saya saja nak tunjuk dengan kamu..." :Dpada saya benda-benda macam tu sangat, sangat, sangat indah untuk dikenang dan dikongsi dengan orang lain....kita sama la Prof. hehe....
dan satu lagi ayat beliau yang....aisy..haha " sebagai rakyat Malaysia, semua wajib tahu benda nie (sambil merujuk kepada salah satu struktur kimia satu bahan dengan seriusnye).." semua masa tu satu kuliah tercengang. Dalam fikiran saya nie, adeyh macam mana mak, wan, atuk saya tahu ke pasal struktur kimia tu? haha. Rupa-rupanya itu merujuk kepada struktur kimia minyak kelapa sawit yang menjadi antara sumber utama ekonomi negara. Prof memang hebat!!! Tq Prof. dari situ minat saya dengan patologi dah bertambah, haha alhamdulillah :).
*************************************
semasa lawatan ke JKKP WPKL |
ps : rasanya saya menaip terlalu banyak kali nie.. hmm
pss : insyaAllah in process of becoming a better person for a better future
psss : takziah kepada Wan Eric al-Fatah sekeluarga atas pemergian babah beliau, semoga roh arwah bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah. To Eric : be strong ok brother!! :)
Salam Maal Hijrah 1433H
semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya
^.^
as salam alaik ~
No comments:
Post a Comment