Monday, January 25, 2010

suka tak???~~suka3!!

BISMILLAH

terfikir pasal 'ambil berat'. semua orang mahukan seseorang yang ambil berat tentang diri mereka kan. rasa-rasanya sebab apa ya? insyaAllah masing-masing ada jawapan dan alasan sendirikan. biarlah ianya jadi rahsia masing-masing. kadang-kadang ada perkara yang lebih baik kita simpan sendiri daripada berkongsi. boleh jadi tindakan ambil berat kita mendatangkan mudarat untuk diri kita, tak kiralah secara sedar atau tidak malah lebih teruk sekiranya ianya mendatangkan fitnah buat agama yang kita sayangi, nauzubillah. faham tak dengan apa yang saya katakan 'mendatangkan fitnah buat agama'??~saya bagi contoh...ada satu pasangan yang statusnya "teman tapi mesra"..mereka tidak melabelkan diri mereka couple tetapi tindakan terlalu 'ambil berat' mereka yang boleh mendatangkan fitnah pada agama~~ ya Allah jauhkanlah aku dari penyakit hati yang satu itu!!
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah: 216)

Di sinilah, Allah mengatakan kepada kita bahwa suatu peristiwa yang dianggap baik oleh seseorang dapat mengakibatkan kekecewaan, baik di dunia ini maupun di akhirat. Begitu juga sesuatu yang ingin benar-benar dihindarkan-karena diyakini merugikan-mungkin dapat menyebabkan kebahagiaan dan kedamaian baginya. Nilai hakiki peristiwa apa pun adalah pengetahuan mutlak Allah. Segala hal, apakah rupa yang buruk ataukah rupawan, ada sesuai kehendak Allah. Kita hanya menjalani apa yang Allah inginkan untuk kita. Allah mengingatkan kita tentang hal ini, (Harun Yahya)

bagus kan ayat ni, pemujuk terbaik untuk diri sendiri tentang apa yang berlaku, tentang qadha' dan qadar Allah. Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Dia memberi apa yang kita perlu. Allah kita tu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang kan3!! Jadi, dah redha dengan apa yang berlaku??..insyaAllah, alhamdulillah.
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yunus: 107)

sama juga dengan rasa ambil berat, mungkin kita inginkannya tapi tak semestinya tindakan itu mendatangkan kebaikan pada diri kita malah dalam sesetengah perkara mungkin kita tak perlukan nya tapi itu yang terbaik untuk diri kita. Tapi itu tak bermakna saya mengatakan tindakan ambil berat itu salah. Ambil berat adalah akhlak yang sangat mulia jika kita letakkan di tempat yang sepatutnya. Ambil berat tentang keluarga, kawan-kawan, isu semasa, masalah Palestin dan macam-macam lagi. Ambil berat maknanya kita sayang tapi janganlah kita salah gunakan nya!!

bukan mudah untuk mengecap bahagia kalau tidak dirasakan pahitnya. bukan mudah untuk melawan perasaan sendiri jika kita keseorangan. Tapi kita tak berseorangan ingatlah la takhof wa la tahzan, innallah ha ma'ana~jangan takut dan jangan sedih, ada Allah bersama kita.

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."
Al-Baqarah: 186

kita selalu mengharapkan orang lain memahami kita sekaligus ambil berat tentang diri kita. tapi pernah tak kita ambil berat tentang ibadat kita, kasih sayang dan cinta kita pada Pemilik diri kita. pentingkan diri sendirikah aku?? jom kita sama-sama muhasabah, bermujahadah dalam mencari kebaikan~~istiqomah dalam bermujahadah!! ;)
nota kaki 1 : ermm...sebenarnye lebih kepada nasihatkan diri sendiri..dan semoga yang lain dapat manfaat ye...semoga jadi lebih kuat duhai hati!!..chaiyok..chaiyok...chaiyok!!!!!
nota kaki 2 : hati akan tenang kan kalau tiba2 dapat mesej yang membangkitkan semangat~~wheeee..siapa suka?? angkat kaki sekarang..heee

nota kaki 3 : "kekasih pilihan ALLAH dihadiahkan dugaan tanda kasihNYA, tak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah, tapi dihidang keperitan, susah, dan payah yang tak sudah...indahnya menjadi KEKASIH Allah..secuit payah, insyaAllah selamanya di JANNAH..;)(kredit to echa~chomey)

Wednesday, January 20, 2010

rinduku untukmu

bismillahirahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
ya Allah..aku rindu akan kekasihMu..

jadikanlah dia kekasihku yang abadi..
kasihnya padaku amat teguh
umpama benteng yang kukuh
namun bagaimana pula kasihku padanya
sungguh, aku rindu padanya
sampaikanlah cintaku, rinduku, kasihku padanya
ingin sekali aku kecapi kasihnya
namun, aku hamba yang lemah
hamba yang naif
hamba yang lalai
hamba yang alpa dengan kesenangan dunia
layakkah aku untuk menggapai cintanya???
aku takut ya Allah
aku mahukan syafaatnya
aku gentar ya Allah
aku sedih ya Allah
sungguh kerdil diriku ini
layakkah aku untuk terima syafaatnya??
layakkah aku???
layakkah aku???
layakkah aku???

ya Rasulullah..aku rindu kan Mu..sungguh aku amat rindukan Mu!!!!!!!!
aku rindukan Mu ya Rasulullah...ubatkanlah rasa rinduku ini Ya Allah... (T_T)

Sunday, January 17, 2010

~tinta buat bakal suami ku~

salam alaik..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

hmm kata orang, sharing is caring, caring is loving kan??...ye ke??relevan ke phrase tu??

fatih pun tak pasti...yang pasti fatih nak kongsi dengan semua apa yang fatih baca nie...dari blog seorang sahabat...yang mana sahabat nie juga ambil dari ILI...

buat bakal suamiku dan suami kamu...baca dan hayati...kerana tidak semua ar-rijal Allah bagi kesempatan untuk membaca dan hayati apa yang tersirat dari bakal isterimu... =)

Tinta Buat Bakal Suamiku

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.



Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu..


nota kaki 1 : Pesan Nabi SAW, "Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, makan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas"
(Riwayat Tirmizi)
nota kaki 2 : ketika cinta bertasbih..masyaAllah..fatih bagi 10 bintang!!erk ada ke??...xpe ada2kan je ea.. ;)

Saturday, January 9, 2010

Insha Allah~ ;)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
salam alaik semua...ape khabar jasmani, rohani kita??awal-awal pagi lagi fatih da menghadap laptop nie..hee..cume mahu berkongsi lagu yang menjadi kegemaran fatih sekarang...lagu yang banyak bantu memberi semangat pada fatih..dan sekarang fatih nak kongsi dengan semua..semoga dapat manfaat ye.. ;) jazakallahu khoiran..


INSHA ALLAH
by MAHER ZAIN
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Friday, January 8, 2010

bicara hatiku

kasih sayang sangat abstrak kan...
kasih sayang Allah yang paling agung...
fatih mahukan cinta Allah...
kenapa kita diuji???
yep..akhirnya fatih tahu kenapa..
alhamdulillah..kerana Allah sayangkan fatih...
dalam tangis akhirnya fatih tersenyum...=)
ye!!...fatih betul-betul tersenyum..
subhanallah...Allah ilhamkan fatih dengan jawapan itu..
kerana apa???..kerana Allah sayangkan fatih...

sekarang apa yang fatih perlu lakukan??
hadapi ujian Allah itu dengan hati yang tabah...
ye..fatih harus tabah..
ada Allah disamping fatih...
ye ada Allah..
fatih cintakan Allah..cintakan Rasulullah..cintakan mak n abah..cintakan wan n atuk..cintakan angah,k.de n adik..fatih cintakan semua..

"cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" (al-Imran : 173)

"verily after each difficulty there is a relief" (al-insyirah : 5)

~ayat-ayat cinta~

dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.
[ad-Duha: 4 & 5]
p/s: bersyukur & khusnuzhon.. ;)
sesungguhnya Allah itu apa yang kita sangkakan..

Monday, January 4, 2010

whheeeee~~

alhamdulillah...
segala puji bagi Kekasihku dan juga Kekasih kamu....
indah bukan hidup dalam ukhuwah islamiah...
tak dapat digambarkan dengan kata-kata...
manis yang sedikit sama dijamah...
walaupun sedikit namun kemanisannya dikongsi bersama...
yang sedikit itu akan jadi manisan sepanjang hayat...
semoga manisan ini akan sentiasa manis disisi Kekasihku dan juga Kekasih kamu..;)

Sunday, January 3, 2010

pakaian iman~

salam alaik
ape khabar iman kita pada hari ini???
persoalan demi persoalan muncul...
tapi penyelesaian nye..tak tahu dimana....
adakah cara pakaian melambangkan ilmu seseorang itu??
hmmmm....


p/s:hanya Allah yang tahu sejauh mana ilmu kita...
banyak mana ilmu pon kalau tidak digunakan lillah hi ta'ala, tidak membawa sebarang faedah...