Tuesday, March 30, 2010

A Short Story Of A Man

bismilllah
nak dengar satu cerita tak?

A little bird in the sky,

A man look up,

The bird shit in his eyes,

The man doesn't angry,

The man doesn't cry,

but he said,


"Thank you God the cow cannot fly"

>.<
nota tengah 1 : subhanallah..sangat111 suke *_*
weeeeeeee~~~

tahniah pada yang dapat stay di K1 =)

pada diriku dan yang lain yang ditempatkan di K selain K1 terimalah dengan berlapang dada...yakinlah dengan perancangan-Nya
bersangka baik...mungkin dengan penghijrahan ini mampu meningkatkan apa yang kurang dalam diri kita
^_^

namun aku dan mereka bukanlah robot yang tidak punya hati dan perasaan
bersedihlah kemudian bangkitlah dengan satu semangat yang baru
semangat yang boleh menggegarkan dunia
aja aja fighting!!!!

Melihat Kebaikan Dalam Segala Hal
( 2 : 216)

usahlah diungkit akan segala keringat yang telah engkau curahkan..pulangkanlah segalanya pada Nya...namun hitunglah berapa banyak kesilapan dan khilaf yang telah engkau lakukan...semoga segala keringatmu itu diterima Nya sebagai saham disana nanti
mungkin engkau perlu bersusah-susah disini...agar engkau dapat bersenang-senang disana nanti
^_^

Monday, March 29, 2010

kapal vs sampan

bismillah
anda diberi situasi :

bayangkan anda seorang perempuan mengandung, menaiki kapal bersama sepuluh orang yang lain. Yang mana sepuluh orang tersebut terdiri daripada seorang menteri, seorang ketua polis, seorang ketua hakim, seorang pen. kapten kapal, seorang tua, seorang saudagar minyak, seorang selebriti, seorang pihak pembangkang, seorang doktor dan juga seorang mahasiswa. Dalam suatu keadaan kapal yang anda naiki hampir karam, namun terdapat satu sampan yang hanya boleh dinaiki oleh enam penumpang sahaja. Siapakah yang patut naik ke dalam sampan tersebut????pertahankan kedudukan anda untuk naik atas kapal tersebut
^_^
nota kaki 1 : jeng3...huhu
nota kaki 2 : nilai apakah yang dapat dilihat dalam situasi ini ?_?

Monday, March 22, 2010

T_T

salam alaik
MOHD RAFFIK bin HASHIM anakmu merinduimu
rindu untuk memanggilmu
ABAH... along rindu abah
T_T
semoga rohmu damai disana
Ya Allah
ubatilah rasa rinduku ini
T_T

kun faya kun (",)

bismillah

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
[An Nahl:40]

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Yaasiin:82]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
[Al An'aam:73]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Al Mu'min:68]

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Maryam:35]

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.
[Ali 'Imran:47]

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
[Ali 'Imran:59]
nota kaki 1 : aku ingin jadi seperti AINUL MARDHIAH (",)
nota kaki 2 : kun faya kun ~~~

anda cantik ?_?

bismillah
apa definisi cantik pada saudara-saudari semua ye????
^_^
any idea???
jom kongsi-kongsi..ok..

..........oOo..........

usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,
sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda,
begitulah hebat dan misterinya kehidupan.

ukuran manusia tentang kecantikkan dan ketampanan memang tidak pernah sama,
ada orang mabuk dengan seseorang,
sedangkan menurut pandangan orang lain,
wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

misterinya suara hati memang sukar dibaca,
tidak ada sebarang alat untuk makna cantik atau tampan pada seseorang,
ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seseorang yang lain.

maka itu usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita dipejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikkan ratu itu.
begitu juga munkin ada wanita dikampung kita yang kita rasakan lebih cantik
daripada para model yang popular.

sebab persepsi kecantikkan tidak pernah sama antara manusia,
ada orang anggap hidung mancung sebagai cantik, ada orang tidak,
ada orang anggap rambut yang panjang mengurai sebagai cantik,
ada orang anggap rambut yang tertutup sebagai cantik yang mengatasi.

ada orang mengangap putih melepak itu sebagai cantik,
ada orang yang suka hitam manis,
ada orang mentafsirkan kecantikkan mata yang bundar,
tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti jepun atau cina yang lebih attractive.

ada orang mengangap bibir yang nipis itu cantik,
tetapi ada juga orang mengatakan bibir tebal lebih mengancam,
disebuah kawasan terpencil diutar thailand,
terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.

maka para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing,
alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini,
begitu juga sebuah penempatan di afrika,
cantik ditafsirkan mulut yang lebar.

semakin lebar mulut semakin cantik menurut ukuran mereka,
maka para lelaki dan wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat dimulut,
piring ini ditukar ke saiz yang lebih besar dari semasa ke semasa,
begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.

jadi jangan terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik,
anda tetap cantik dimata orang yang mentafsirkan cantik itu bukan sekadar wajah
munkin keseluruhan anda, ini termasuklah gaya jalan anda cara nada bertutur, pendirian dan sikap anda terhadap sesuatu perkara.

jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya,
cuma anda masih belum bertemu orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda,
kalau muka sahaja macam snow white tapi perangai macam tapir.

sebenarnya tiada manusia yang dilahirkan buruk,
lantaran setiap dari kita ini diciptakan oleh tuhan yang maha bijaksana,
masakan ciptaan tuhan itu tidak cantik,
malah dalam islam kecantikkan bukan pada wajah atau keturunan tapi apa yang ada dalam hati.

baik hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan,
agama menilai kecantikkan itu iman yang teguh, kukuh dan padu,
tanpa kita sedari kitalah yang memburukkan diri sendiri,
siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan tuhan,

sudah tentu kita tidak layak tetapi ramai orang mempertikaikan
tuhan setiap kali menghadap cermin,
berkacalah tatkala bercermin, sebab berkaca cermin memberitahu anda apakah anda yang berdiri disitu atau perasaan dan keegoan anda yang menampani,

siapa anda anda sendiri yang menetukan,
pandangan manusia semuanya tidak sama,
sejuta yang mengatakan anda tidak indah,
sepuluh juta munkin mengatakan sebaliknya.

hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu,
itu saja yang membezakan,
pesanan penaja andai hidup punca perpisahan biarlah mati menyambungnya semula,
namun seandainya mati punca perpisahan biarlah hidup ini membawa erti yang nyata..
..........oOo..........
nota kaki 1 : alhamdulillah atas apa tang kita ada...
JZKK
^_^


Monday, March 15, 2010

pemuda epal ^_^

bismillah..
nak dengar cerita tak???
semoga bermanfaat ^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

-------------------------------------------------------------------------------------------------not kaki 1 : ermm..faham-faham sendiri la ye... *_*..weee~~

Allahu a’lam bisshawab

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=75.0

Thursday, March 11, 2010

kisah puan RT & encik M ^_^

bismillah
awin syukran bagi kotak tisu tu ye

^_^

jkk ya habibati (sangat membantu)
fatih tolong senyum sikit boleh?
:))))
haaaaaa...kan manis ^_^ (perasan je nie..huhu)

salah ke menangis nie?
salah ke nak rasa sedih nie?
salah ke rasa stress nie?

haisy siapa kata salah?
tak salah sayang..
hidup tak akan selamanya indah..
hidup juga tak akan selamanya susah..
puan ribut taufan nie akan pergi jugak nanti..
jangan risau ok??
encik mentari plak yang akan take place..
senyum la sikit ye?
:))))

kenapa sedih nie?
kenapa nangis nie?
kenapa stress nie?

awak nampak tak cahaya tu?
mana?
disana..cantik tapi masih samar-samar..
haaaa..saya da nampak..
jom kesana..sudah..kesat air mata tu..
tak maw sedih-sedih..ok?
:)))

nah pegang + peluk erat-erat ayat-ayat cinta nie..
tak maw sedih-sedih da lepas nie..ye?

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu hati kamu menjadi puas .
[ad-dhuha:4&5]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. "
(Surah Ibrahim : ayat 7)

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
( al-Insyirah: 5-6).

"..dan jangan kamu berasa lemah dan jangan bersedih kerana kamu adalah yang tertinggi, sekiranya kamu beriman.."
[Ali-Imran ; 139]

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yunus: 107)

“ Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami oleh orang2 terdahulu sebelum kamu”
[2:214]

kesat air mata tu dengan sejadah cinta dariNya ok?
la tahzan yahabibati, innallah ha ma'ana
Kekasih kamu lebih tahu apa yang terbaik untukmu sayang
Wa Makaru Wa Makarallah Wallahu Khairul Makirin..

~Mereka merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..~
(3 : 54)

^_^
nota kaki 1 : semua ini peringatan dan juga kaffarah untuk segala dosa-dosaku selama ini..(",)
Rasulullah –Shallallaahu 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."
(HR. Bukhari dan Muslim).

nota kaki 2 : syukran ya Allah atas segalanya~~
nota kaki 3 : ya Rabb kuatkanlah semangatku, tabahkanlah hatiku, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku, tetapkanlah ibuku, diriku, guru-guruku, ahli keluargaku, sahabat handaiku, muslimin juga mukminat untuk sentiasa berada dijalanMU
amiin (T_T)

Monday, March 8, 2010

forgive me O Allah T_T

bismillah

forgive me when I whine

~AHMED BUKHATIR~

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.

Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine


nota kaki 1 : kita sering mengeluh apabila ditimpa hujan, kita juga mengeluh apabila berpanas, apatah lagi apabila ditimpa kesusahan...segala-galanya membuatkan kita mengeluh. masih ramai yang nasibnya lebih teruk dari kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang...segalanya adalah pinjaman dan bayarannya adalah :


Firman Allah SWT : Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)

wallahu'alam (peringatan untuk diri sendiri dan juga saudara-saudara semua ^_^)

O Allah forgive us when us whine T_T~~

Friday, March 5, 2010

ابتسامة

bismillah ^_^
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar
bibir tidak lekang mengukirkan senyuman. Entah kenapa hati terasa sungguh tenang sambil-sambil melakukan hobi yang entah bila bermula. Memetik kata-kata awin "bagaimana untuk melabel sesuatu sebagai hobi jika selalu sangat ia berakhir tanpa jaga? "erm semoga hobi ini memberi manfaat buat saya dan awak semua juga...~_~

Pejam celik, pejam celik tika ini sudah pun menginjak ke penghujung penghulu segala hari. Tanpa sedar sebenarnya banyak perkara yang berlansung dalam minggu ini, dalam keadaan cuaca yang tak menentu ditambah pula dengan assignment yang semua datelinenya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi di cataliystkan lagi dengan program-program kolej yang menuntut ketanggungjawaban yang akan disoal satu masa nanti!! Dalam itu terselit seribu satu macam ujian untuk hamba-hambaNya yang mengetahui yang mana ujian-ujian itu tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan hamba kepada Pencipta kita Yang Teragung




yeay!!!! itu tanda Allah concern tentang kita kawan-kawan ^_^. Risaulah sekiranya hidup kita terlalu lancar tanpa kita rasa sedikit pun teruji kerana kita bimbang sekiranya Allah sudah tidak pedulikan kita, nauzubillah. Walau dalam kesempitan masa, masih ada ruang-ruang untuk kita topup iman kita, tapi macamana? pulangkan segalanya pada Allah dalam senang dan susah, dalam suka dan duka, dalam sibuk atau lapang. Istighfar itu jalan yang terbaik, tebarkan senyuman dalam apa jua keadaan. Teringat akan perbincangan suatu malam di surau Siti Khadijah, apa penyelesaian TAGHDOB? sebab Rasulullah katakan LA TAGHDOB, LA TAGHDOB, LA TAGHDOB apabila seorang lelaki meminta nasihat ringkas daripada Rasulullah S.A.W. Apa itu LA TAGHDOB? JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH!!! itu nasihat Rasulullah S.A.W pada kita. Apakah kita mampu untuk kawal perasaan marah kita? Seorang sahabat keluar dengan suatu penyelesaian; senyum apabila berhadapan dengan masalah atau sedang marah insyaAllah hati akan turut ikut tersenyum seterusnya insyaAllah penyelesaian juga akan perlahan-perlahan hadir. Nah itu dia kuasa senyum, sedekah yang paling mudah untuk kita lakukan :).

Pengakhirannya, jangan marah dan jom senyum :)