Tuesday, December 20, 2011

random #5

bismillah

Hari ini hari yang indah bukan...seawal 2.24am baru melelapkan mata (alah perkara biasa bagi seorang pelajar..bukan ke?) tapi jarang bagi saya mungkin...sebabnya kalau dimasa-masa exam saya lebih prefer untuk tidur seperti biasa dan bangun seawal pagi, jadi boleh buat banyak benda dalam satu masa. Errrmm dalam kata  mudah 3 dalam 1 dan mungkin juga boleh lebih! terpulang! Tidur lambat nie hanya akan dibuat dimasa-masa nak menghantar assignment dan presentation je. Sebabnya, dah menjadi kebiasaan buat kerja last minute (jangan tiru ye!..he). Owh saya sambung, bangun macam biasa dan terus mengadap aset terchenta (laptop) semua gara-gara nak menyiapkan teks toxicology debate yang akan berlansung pada petangnya selepas presentation yang akan dibentangkan oleh coursemate yang lain, alah tak ramai pon sebab kami memang dari tahun satu sehinggalah sekarang end of semester 1 tahun 3 seramai itu sahajalah 20 orang (specialkan ^.^ ). Owh bukan ke sepatutnya dah siap dan tinggal nak berlatih sahaja...hehe ermm its just happen like that! mungkin juga saya tak berusaha untuk mengubahnya, tapi bila sahaja saya nak buat satu2 kerja sebelum tarikh tamat, the idea just degil untuk keluar (ok, mungkin mindset salah, please take note ye tuan badan). Melangkah ke pondok bas dan ke bilik kuliah dengan teks yang separa lengkap, berjumpa dengan rakan seangkatan yang akan sama-sama berdebat sekali, owh buat diri rasa "apakah?? Ko teks pon tak settle lagi!!" But I have confident, mungkin itu kelebihan yang Allah campakkan dalam diri saya (Thank You Allah ^.^ ). Selepas 8 tahun tak berdebat ikut protokol (Form 1 je berdebat..he), buat diri jadi nervous tak tentu pasal tapi suka sebab memang minat berdebat, lagipun volunteer kan. haha. Satu demi satu presentation berlalu, they were good, and honestly realy good!! Untuk persediaan, buka tab laman web je banyak tapi jarang sangat dapat fokus pada satu2 perkara tu lama-lama, tapi untuk debate kali ni nak tak nak kena all out la jawabnya but alhamdulillah I succeed even though last minute (I'm not encouraging others outside untuk ikut saya!). Oh tajuk debate tadi "Chemical warfare is more dangerous than biological warfare" dan saya as a second speaker of the affirmative team.

Sambil-sambil saya ber"bom" "bam" "bom" "bam" kat depan berdebat bagai, seorang dari kawan saya khusyuk menulis "warkah" (eyt tu nak kata debate aku boring la tu ek?? heehe) ... dan warkah tu untuk saya sebab kertas tu kertas conteng saya yang saya tinggalkan atas meja. Baca sahaja dari huruf  pertama hinggalah ke noktah terakhir "warkah" tu bibir saya tak berhenti tersengih dan pada sesetengah bahagian saya gelak. Bahagia bila dapat "warkah" macam tu. Antara ayat yang buat saya rasa adeyhh (Fatihah!! U should be a really thankful servant to your Creator, He gave you everything, but what you give as a reply to Him?)..ermm kawan saya kata "I know u're the magical student. hahaha. Baca dua mukasurat je da boleh jawab 100 mukasurat" Wawa, that realy hiperbola ye!! Alhamdulillah lah kalau la dapat buat macam tu :). Tapi, I feel great, bukan sebab kena puji or sebagainya, tapi sebab saya ada kawan-kawan yang macam-macam. Walaupun kadang-kadang saya rasa sorang dan tercari-cari siapalah yang boleh saya bercerita dan berborak tapi bila tiba satu masa, look there, they are all your sincere friends >,< The first and formost alhamdulillah to Allah yang dah bagi kebahagiaan kepada saya tak kira dari sudut mana sekalipon, waima ianya satu kesukaran bagi saya.

Urrmmm, kalau perasan saya tak pernah bincangkan atau borak-borak pasal kahwin secara terang-terangan kan. Asyik guna bahasa kiasan je (tu pun kalau ada yang faham). Huhu. InsyaAllah bila dah ada kekuatan nak borak-borak pasal calon bakal suami ke, pasal kahwin ke, nanti saya buat post khas. Hehe. Sebabnya macam dah jadi fenomena plak orang buat video tunang, kahwin, pra kahwin n macam-macam lagi la. Ok, saya nampak pelik kan bila bukak cerita tentang bait muslim ni. Ok we off story, tunggu lah bila dah bersedia nanti, tak pun tunggulah bila dah ada pengalaman nanti. Huhu.

ps : post ni cuma sekadar catatan biasa, buat kenangan masa akan datang :)
pss : panjang la pulak kan...maaf ye!!
pss : "with that, I rest my case!" :P

as salam alayk

Thursday, December 15, 2011

random #4

bismillah

update di tengah pagi yang hening

alhamdulillah, selesai mengemailkan assignemnt n pembetulan assignment yang contribute markah yang sangat banyak bagi exam final akan datang. Fuhhh, dengan lafaz basmallah n sekali klik je, assignment tu dah pon sampai kepada Dr. Harapnya Dr terima dengan lapang dada + "belas ihsan Dr amat kami harapkan" itu phrase bodek yang paling penting tu bak kata Aton @ Kak Ton :P (citernye, before kena buat pembetulan hari tu saya hantar lambat assignment tu, then email la pada Dr kata jangan tolak markah bagai etc...."belas ihsan Dr. amat kami harapkan". Lepas 2 minggu Dr reply kepada sume orang yang hantar assignment tu + markah n pembetulan sekali, n nak jadi ceritanya markah yang kumpulan saya dapat agak tinggi dari kumpulan Kak Ton nie, then die kata, nie mesti sebab ayat bodek "belas ihsan" dapat markah macam tu haha..lol). Tapi masa hantar tu tak fikir nak bodek ke apa ke, just cuak je la kan mana la tahu kene tolak markah ke kan. But anyhow alhamdulillah dengan berkat pagi yang hening nie dah pon selamat mengemailkan pembetulan tu dengan harapan, full mark menjadi milik kumpulan kami..hoho + kump. lain jugak ^,^.

kata melayu lama, patah tumbuh hilang berganti, owh kami memang sangat ber"nasib baik". hantar je 3 assignment tadi, assignment lain dah beratur tunggu turn sementara kaunter masih tak ditutup. 4 report + 1 presentation & toxicology debate menanti.


Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : ‘Aku berada di
dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya
ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada
dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia
menyebutKu di depan orang ramai, maka Aku menyebutnya
di depan orang yang keadaan mereka lebih baik daripada
diri mereka.’

jadi, jom kita bersangka baik dengan Allah
berfikirlah yang baik-baik, semoga apa yang berlaku mendatang adalah yang baik-baik juga
^.^

ps untuk fatih!! : siapkan those assignment within this week if possible!!
1. report mini project 
2. report fieldtrip - JKM
3. Report fieldtrip - JAS
4. Presentation + debate - Toxicology
5. report fieldtrip - KKP
+
personal things..ngeeee

Tuesday, December 13, 2011

random #3

bismillah

mak nak nie n  nie boleh??
hehe

ketam masak lemak cili padi


udang masak lemak cili padi
waahhh kecur liur nie jadik nye!!

Saturday, December 10, 2011

random #2

bismillah

bila kita terlalu mengharapkan pujian dan perhatian dari manusia yang tak sempurna, dan akhirnya ianya hanya akan berakhir dengan satu kekecewaan 

tapi, bila kita mengharapkan perhatian dari Pencipta kita yang sempurna, yang padanya terdapat 99 nama-nama indah, tidak sedikit pon rasa kecewa akan hadir dalam jiwa kita, bahkan selangkah kita rapat pada-Dia, seribu langkah Dia rapat pada kita.

itulah Allah.


ps : aku cuma insan yg lemah T_T


as salam alaik


random #1

bismillah