Saturday, March 24, 2012

bittersweet

bismillah

merah mata menahan rasa
^^
"Mak, insyaAllah minggu depan orang balik rumah!"
"Wan, nak gulai tempoyak dengan sambal hitam wan masak!"
Syurga dunia penghubung syurga abadi. :)

‎"Whose Islam is the best?" Muhammad replied,"The person who doesn't harm other Muslims with his tongue or hand." [Al-Bukhari] 

Saya minta maaf.
-_-;


mode 1 : bittersweet is sweet lah! >.<
mode 2 : merancang untuk menghabiskan cuti di rumah sahaja! Muktamad!

Thursday, March 15, 2012

Survivalship of Ruz Billaban

bismillah wa alhamdulillah

Its have been quite a long time I'm not posting something here kan? Tapi bila fikir balik yang tak ada yang nak baca pun Fatih oi so, tak ada la kisah sangat. Dalam tempoh yang agak lama ni jugak la macam-macam yang di lalui, setiap hela nafas, setiap derap langkah, setiap detik fikir di benak, setiap deru angin semuanya memberi pelajaran kepada yang mahu belajar dan mencari erti hidup. Progress Prima SDN BHD, saya kembali berkerja disana sewaktu cuti semester yang lalu, rentetan dari cerita pergi temuduga dan angan-angan yang tak kesampaian tu (lalallalaaa...kelakar haha). 

Berkerja bukan perkara biasa bagi saya seorang pelajar sepenuh masa yang tak pernah terikat dengan protokol kerja etc macam saya. Tapi banyak yang saya dapat belajar. Paling kurang, "hanya orang yang merasai penatnya di sawah dapat menilai nilai setitik peluh petani" (ermm faham kan?). Saya belajar macam mana nak naik bas, kena tahu jadual bas, sampaikan ada kawan saya gelakkan saya kata yang saya duduk KL cuti sebulan ni belajar hafal nombor bas. Sentap!. Saya juga belajar macamana nak money budget sebab sumber atau modal saya memang cukup-cukup je, mana nak tambang pengangkutan, mana nak makan lagi. Semua tu saya kena fikir dan rancang. Malam-malam, penat balik dari kerja saya akan buat kira-kira berapa duit yang dah saya gunakan untuk satu hari tu, kalau tak habis guna macam yang dirancang, alhamdulillah, kalau terlebih guna, saya terpaksa fikir cara lain macam mana nak cover semula duit tadi. =) Tapi, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah sebab Allah itu sifatNya Ar-Razzaq, Yang memberi rezeki, rezeki saya dapat tak putus-putus. Allah beri sepenuhnya pertolongan pada saya. Ya Allah betapa saya sangat belajar erti syukur pada masa itu. Dan saya berharap rasa bersyukur itu berkekalan sehingga akhir hayat saya. Pencarian erti hidup saya mungkin berbeza dan tak seperti orang lain yang biasa2 sebab saya nak jadi orang yang luar biasa, jadi saya kena bergerak seperti orang yang luar biasa. Genap 3 minggu, berhenti! Sebab bakal menyambung pengajian. Dalam tika itu (semasa kerja), Forever Alone sangat signfikan dengan saya. Haha. Lagipon kalau kawan seangkatan ada pon mana yang saya rasa saya boleh buat dan pergi sendiri saya akan buat sendiri dan pergi sendiri dan mereka dah pon faham sikap saya yang satu ni. =) . Saya biasa kata "Survivalship". Tapi dalam hati terdetik juga la "bestnye kalau ada "teman" (halal ye!)". Haha. 

Tapi yang saya nak cuba sampaikan di sini ialah kalau kita rasa kita dah susah yang teramat, sebenarnya masih ramai kat luar sana yang teramat kuasa 2, 3, 10 yang lebih lebih lebih susah dari kita. Reminder untuk diri saya sebenarnya!. Satu point yang betul-betul terkesan dalam diri saya ialah belajar untuk memahami hati dan perasaan orang bawahan kita sekiranya kita ditakdirkan jadi orang atasan. Sebab saya pernah menjadi orang bawahan dan apa yang saya rasa dan ingin sampaikan pada orang-orang yang duduk diatas, "tiadanya kami (orang-orang bawahan), tak akan berjaya sesuatu kerja". Mutualisma sangat penting dalam pastikan keseimbangan dalam kehidupan. Mak saya pernah nasihatkan saya, " nanti, bila da jadi ketua, bila da rasa apa perasaan orang-orang bawah ni, bersikap adil lah dengan mereka" (lebih kurang la maksud dia) dan betul sangat2!!. Dan mak saya juga selalu cerita tentang kerja dia yang selalu kena dengar cakap ketua yang saya kategorikan sebagai "diktator". Nasihat saya untuk terutamanya bagi diri saya yang menaip nie dan siapa yang bertuah, cantik, hensem dan comel yang baca post  kali ni "please be kind and respect to every single human, things, environment yang ada di sekeliling kita, kerana InsyaAllah setiap kebaikan kita akan didoakan kebaikan dari mereka dan juga malaikat di langit yang memerhatikan kita juga akan turut mendoakan kebahagian dan ketenangan hidup kita, InsyaAllah ^.^"

AMARAN KERAS! 
(Semua yang dibawah tiada kaitan dengan semua yang diatas! 
Siapa yang tak nak baca sila tekan tanda X di kanan skrin anda ye!)

Sebelum saya publish, saya nak paste satu sajak yang mungkin boleh kata itulah gambaran hati saya buat bakal suami saya suatu hari nanti ^^. Sumber sajak ni saya dapat dari blog suami Dr. Sarah . Adore them (husband and wife and also their little boboi Izz Zamani =).

Buat Mu Bakal Suami Ku :

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu
Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak segala

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

**********************************************************
Selamat Malam.
Syukurku Pada Mu Ya Allah, Alhamdulillah
Semoga Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini.
As Salam Alayk.
>,<

Kembara di bumi Tuhan,
With Love,
fatih