bismillah
Sedar tak sedar, agak lama jugak tak bercerita di laman ni. As usual, macam-macam perkara berlaku. Hah, baru je tadi salah seorang dari kawan saya kehilangan purse di pasar malam. Innalillahi wa inna ilaihirajiun. Takziah. Macam tu jugak lah sebenarnya resam hidup, setiap apa yang ada pada diri kita sekarang ni, satu pon bukan hak milik mutlak diri kita sendiri, bila-bila masa je Allah akan ambil semula apa yang sudah dia pinjamkan pada kita. Alhamdulillah ya Allah atas segalanya yang telah Engkau pinjamkan, tak terbalas dan tak dapat digambarkan rasa syukur ni dengan hanya lafaz alhamdulillah, sebab banyak sangat333 nikmat yang Engkau telah beri dari saat ke saat. :)
Hampir setengah semester dah lalui, dan tak lama lagi Ramadhan akan menjelma (harap-harap umur dipanjangkan untuk bertemu dengan ramadhan yang bakal menjelma nie). Rasa macam nak tebus semula semua perkara yang tak sempat nak buat pada ramadhan yang lepas. InsyaAllah, sekiranya dipanjangkan usia, sekolah ramadhan yang akan datang nie akan disambut jauh dari keluarga dan di luar ruang lingkup yang biasa. InsyaAllah mencabar dan harapan; yang luar biasa ni akan mendorong kepada kuasa yang luar biasa dan transformasi yang luar biasa juga. Huhu =). Apa yang luar biasanya nie? InsyaAllah, akan datang bila semua dah selesai, akan saya khabarkan. Yang penting, doa kalian agar dipermudahkan urusan dunia akhirat amat-amat saya harapkan dan dahulukan dengan infiniti terima kasih =).
Jadinya, untuk menghadapi ramadhan yang bakal menjelma beberapa bulan je lagi ni, jom warming up dulu, bak kata orang Lipis, "paling koman pun, cepat-cepat le ganti pose mana yang tak habis ganti lagi"
(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya =P).
Sebagai ingatan bersama, senang hati saya nak kongsikan sebuah hadis yang bermaksud begini :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
^_^
As salam Alayk
Kembara mencari Tuhan,
Dari Bumi Dia~