bismillah
Mengambil ibrah dari buku-buku yang sedang berdikit-dikit untuk dikhatamkan baca. Sehingga menjadikan S____ sebagai tempat membaca (sambil buat-buat macam tengah tunggu seseorang, padahal tak tunggu siapa-siapa pun) sambil ditemani minuman Each A Cup, sangat mengasyikkan. [Senyum].
--
Melihat kepada sejarah-sejarah dakwah terdahulu, yang menjadi penentang terhebat adalah para-para pemimpin yang merasakan gah dengan kuasanya, yang angkuh dengan harta dan kedudukannya seperti kisah Namrud dan Nabi Ibrahim dan Fir'aun bagi Nabi Musa. Ketika itu juga, ambisi (keinginan/ cita-cita) untuk mencapai puncak kejayaan dan kekuasaan ini juga menyebabkan Fir'aun meluahkan kata-kata yang pada akal manusia ber-Tuhan adalah sangat tidak masuk akal dan kata-kata ini dipercayai dan menjadi senjata paling hebat untuk menutup kebenaran dan keagungan Allah sebagai Rabb.
Dan berkata Fir'aun, "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku..." --al-Qashaas : 38
Ambil sahaja contoh-contoh zaman ini, kes-kes nabi palsu, kerajaan langit, malah menolak hukum Allah dan sebagainya. Bagi yang punya rasa ke-Tuhan-an (Allah) mendengarnya sahaja sudah boleh menyebabkan ledakan gelak tawa, lucu dan lansung tidak masuk akal tapi bagi mereka yang tidak punya ilmu atau imannya cuma ibarat telur dihujung tanduk, mereka inilah yang akhirnya terjebak lantas kumpulan-kumpulan kecil ini akhirnya membesar dan membesar seperti barah yang lewat dikesan.
Berbalik kepada mereka yang punya kuasa. Kata Lord Acton "Power tends to corrupt" dan "Absolute power corrupts absolutely". Dan hampir nyata itulah yang berlaku kepada Fir'aun dan para tiran Fir'aunis: menginjak, memperbudak, menyeleweng dan mempertuhan diri. Macam familiar bukan, apakah ini yang sedang berlaku kepada sistem kepimpinan negara (Malaysia)? Moga ada sinar perubahan (dari golongan yang jujur mahu menegakkan Islam) nanti.
"Prinsip Islam untuk membebaskan manusia dari perbudakan para tiran itu disuarakan salah satunya oleh seorang prajurit bertubuh kecil dengan pedang pendek dan pakaian kasar dihadapan Rustum, penguasa de facto Imperium Sassanid Persia. "Kami dibangkitkan untuk mengeluarkan manusia dari penghambaan kepada sesamanya, menuju penghambaan kepada Khaliqnya. Dari kezhaliman agama-agama menuju keadilan Islam!" Rib'i ibn Amir nama prajurit itu. Ia yang mencela betapa menjijikkan jilatan para bawahan Rustum atasannya. Ia yang dicela sebagai anjing Arab oleh para budak Rustum. Dan ia yang dipuji sebagai manusia terhormat oleh Rustum sendiri." --hlmn. 34 & 35; Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim, Salim A. Fillah.
Apakah mampu (saya) untuk menjadi seperi Rib'i ibn Amir yang mampu menyuarakan pendirian dan menegakkan kebenaran dihadapan pemimpin sekali gus memalingkan kiblat daripada penghambaan kepada dunia dan manusia kepada penghambaan kepada Pencipta dunia dan alam ini.
Allah.
Dan semoga akhirnya, kita menjadi golongan yang diredhai Allah, dan kita pun redha pada-Nya.
"baldatun thoyyibatun, wa rabbun ghofuur"
"negeri yang baik, sedang Tuhanmu Maha Pengampun" --Saba’ : 15
*Tiran :
1. kekuasaan yg digunakan sewenang-wenang;
2. negara yg diperintah oleh seorang raja atau penguasa yg bertindak sekehendak hatinya.
________
Ps : Sedang menukar kecintaan daripada yang terkhusus (diri sendiri) kepada yang lebih umum. Bukanlah cinta hamba yang ingin diraih, tapi cinta Maha Pencipta yang lebih utama. Bangkit! INI KALILAH! [Senyum]. ;)