Friday, June 28, 2013

21 : 05.

bismillah


Jiwa yang lemah, dalam saki baki masa
Terima kasih pada kasih yang tertumpah
Maaf atas sikap yang tak sempurna
<crying inside out>



______________________________________
# terlajak perahu, masih boleh diundur. Terlajak kata .... T_T
## Ucap maaf dan tahniah atas segalanya.





Tuesday, June 18, 2013

09 : 15.

bismillah

sepulang dari bengkel semalam, terngiang-ngiang kata seorang sahabat. entah dia sedar atau tidak maksud kata-katanya. maksud katanya kurang lebih begini;

"perasaan kita (persepsi) terhadap SV mungkin atas sebab kerajinan dan komitmen kita pada semua kerja kita"

sentap seketika. tak tahu nak kata apa.

tak tahu sama ada hati ingin membela diri sendiri atau sengaja mencari helah. mungkin juga mencari helah atas apa yang berlaku. di fikir-fikir, wujud kah golongan yang mahu perkara yang tak diingini berlaku dalam hidupnya?!

iyelah,

siapalah yang mahu hasil kajian makmalnya dapat lambat?
siapalah yang mahu perancangannya untuk tidak tidur dan mahu siapkan penulisannya siap dan akhirnya dia tertidur, bangkit pada paginya dengan rasa serba tak kena?
siapalah yang sudah merancang urusan makmalnya, dan akhirnya dalam sekelip mata semua lesap dalam sekelip mata?
siapalah yang mahu dimarahi atas sebab yang dia sendiri tak mahu ianya berlaku?
siapalah yang mahu penulisan tesisnya siap lambat dan di potong markah?
siapalah yang mahu di mesej oleh SV bertanyakan tesisnya sudah dihantar atau belum pada hakikatnya dia sudah terlewat menghantarnya?
siapalah yang dengan sengaja wujudkan "masalah" sengan SV?
siapalah yang mahu tarikh VIVA nya dilewatkan?
siapalah...?
siapalah...?
siapalah...?

entahlah, jauh dari sudut hati ini, tiada satu pun menginginkan perkara negatif berlaku, apatah lagi mahu cari masalah dengan SV sendiri.

semuanya, semuanya, berlaku atas izin Allah dan betul juga atas kafarah semua dosa dan silap saya selama ini dan mungkin juga sebagai pelajaran yang jarang-jarang orang lain tempuh!

syukurlah sahabat-sahabat jika punya SV memahami. kerana itu rahmat dan rahim Allah. ini juga tanda rahmat dan rahim Allah.

______________________________________

#yakin dengan apa yang berlaku punya hikmah. cepat atau lambat itu wallahu'alam.
##belajar, belajar dan terus belajar. Allah beri peluang untuk belajar.
###kata seorang sahabat, "ini semua dunia". moga yang dunia ini jadi jambatan akhirat. inshaaAllah.
####orang yang berjaya, adalah orang yang sabar apabila ditimpa ujian kepadanya. Allahu. :')


Friday, June 7, 2013

12 : 24.

bismillah

when there are a (most of) time you (I) feel like want to rebel by not doing anything.
and the only and only choice you (I) have is only to try the best that you (I) can do.
and the rest is beyond your (my) power.
the rest is only Him will decide.

"My success is only by HIM"
#believe#havingfaith

___________________________
#esok; 07062013 ---> tarikh hantar final write up thesis
##esok; 07062013 ----> exam 1st
###both are still not in a ready mode.
####the only hope I have is Allah. Only Allah! Robbi yassir wala tu'assir~