subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar
bibir tidak lekang mengukirkan senyuman. Entah kenapa hati terasa sungguh tenang sambil-sambil melakukan hobi yang entah bila bermula. Memetik kata-kata awin
Pejam celik, pejam celik tika ini sudah pun menginjak ke penghujung penghulu segala hari. Tanpa sedar sebenarnya banyak perkara yang berlansung dalam minggu ini, dalam keadaan cuaca yang tak menentu ditambah pula dengan assignment yang semua datelinenya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi di cataliystkan lagi dengan program-program kolej yang menuntut ketanggungjawaban yang akan disoal satu masa nanti!! Dalam itu terselit seribu satu macam ujian untuk hamba-hambaNya yang mengetahui yang mana ujian-ujian itu tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan hamba kepada Pencipta kita Yang Teragung
yeay!!!! itu tanda Allah concern tentang kita kawan-kawan ^_^. Risaulah sekiranya hidup kita terlalu lancar tanpa kita rasa sedikit pun teruji kerana kita bimbang sekiranya Allah sudah tidak pedulikan kita, nauzubillah. Walau dalam kesempitan masa, masih ada ruang-ruang untuk kita topup iman kita, tapi macamana? pulangkan segalanya pada Allah dalam senang dan susah, dalam suka dan duka, dalam sibuk atau lapang. Istighfar itu jalan yang terbaik, tebarkan senyuman dalam apa jua keadaan. Teringat akan perbincangan suatu malam di surau Siti Khadijah, apa penyelesaian TAGHDOB? sebab Rasulullah katakan LA TAGHDOB, LA TAGHDOB, LA TAGHDOB apabila seorang lelaki meminta nasihat ringkas daripada Rasulullah S.A.W. Apa itu LA TAGHDOB? JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH!!! itu nasihat Rasulullah S.A.W pada kita. Apakah kita mampu untuk kawal perasaan marah kita? Seorang sahabat keluar dengan suatu penyelesaian; senyum apabila berhadapan dengan masalah atau sedang marah insyaAllah hati akan turut ikut tersenyum seterusnya insyaAllah penyelesaian juga akan perlahan-perlahan hadir. Nah itu dia kuasa senyum, sedekah yang paling mudah untuk kita lakukan :).
Pengakhirannya, jangan marah dan jom senyum :)
3 comments:
hehe
ada namaku terpampar di sini.
**blushing**
suka post nie!
sejak 2 menjak nie Allah uji dgn perasaan marah..huuu
doa byk2 dan Allah akan jaga..
SENYUM!!!!
=)
btw, ape hobi baru te'ah nie?
hehe
hehe....suka suki je kan te'ah letak nama awin...huhu..ampun2!!!
insyaAllah Allah pelihara kita selagi kite tak tinggalkan Dia =)
jom :)) semua...serikan dunia dengan senyuman..weeeeeeeeeee~~
huhu..hobi baru ???blog walking maaaaaaaa~~~hak2..
rindu kamub'coz of Him...moga Allah kukuhkan ukhuwah nie sampai syurga...amiin :))
ohhhh
blog walking rupenyeeee
hehe
moga sentiasa dpt mengutip mutiara2 berguna mase jln2 tu ye?
=)
jom aminkan doa anda!!
AMENNNNNNNNNNNNN!!
=)
Post a Comment