bismillah
12 Jun 2012
Derap demi derap kaki melangkah, walaupun agak malas untuk pergi ke makmal hari ini, namun gagahkan juga la. Bukan la awal mana, pukul 9.30am turun, bas dah say "bye, bye!" ==". Tunggu bas pukul 10am, sampai ke fakulti, ambik kunci makmal (tingkat 2), ambik sampel (tingkat 3), turun makmal (ground floor), switch on freeze dryer, tunggu 15 minit (bagi suhu turun), letak sampel, kemudian dah tak tahu nak kemana. Esok (13 Jun 2012) ada exam, nota satu pun tak baca lagi ("hebat2!" =="). Tapi, siapa lah saya nak menolak perancangan yang Allah dah sediakan untuk saya, istimewa, khusus, khas, dan terbaik! Mula-mula belajar dalam makmal, tapi macam awkward la pula, orang lain keluar masuk pakai labcoat, tiba-tiba duduk sorang-sorang dalam tu tanpa labcoat kemudian mengadap nota je. Takpe, pindah ke perpustakaan. Ya Allah, damai tu tak semena-mena datang. Cari port, dan mulakan belajar! =). So sweet kan Tuhan kita. Dia bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. ^_^.
Bila terfikir; "payahnya la!" Mengeluh pun ada kadang-kadang. Tapi teringat kata-kata yang selalu orang bagi motivasi tu; "To get big, do big!" dan Allah tak akan pernah menyusahkan apatah lagi membebankan hambaNya, diluar kemampuan hamba-hambaNya. Nama pun kehidupan. Tiada yang mustahil! =) Semua itu amat mudah bagi Allah, jika Dia mengkehendaki. Maka, anda janganlah cepat mengalah ye! (pujuk diri sendiri. Huhu)
***************
15 Jun 2012
Duduk di meja belajar. Terpandang bunga kahwin salah seorang coursemate yang dah sebulan ++ usia perkahwinan mereka. Cantik! :). Tahniah Cik Wani n Mr. Right. ^_^. Semoga bercinta hingga syurga. Terpandang pula kad kahwin teman satu kuliah dulu. Pejam celik, pejam celik dah lebih setengah tahun mereka mendirikan rumah tangga. Kadnya masih terlekat kemas di notis board yang dah lama tak berupdate. ==". Mereka sungguh bahagia nampaknya. Khabarnya, Si Isteri makin cemerlang akademiknya, cuma itulah, masa bersama sahabat la pula yang agak terhad. Maklum la, orang sudah ada "teman" tempat mengadu, bercerita, motivator secara official. Bahagia mendengar cerita tentang dia walaupun cuma dari orang lain. Senyum. Itu cerita mereka. Cerita saya, cerita awak, cerita kamu, cerita kalian mungkin sahaja berbeza. InsyaAllah bahagia juga, sekiranya meletakkan segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk hidup kita dan meletakkan Dia sebagai sebaik-baik perancang yang tidak pernah gagal dalam urusan perancangan hamba-hambaNya. Bukankah Dia punya kuasa yang tiada batasannya, tidak pernah mengantuk apatah lagi tidur [2 : 225].
Cerita saya?!...Hehe. =="
Melewati hari-hari exam dengan pergi ke makmal. Saya exam, orang lain exam juga. Saya ke makmal, tapi orang lain tak ke makmal. Tapi itulah yang membuatkan saya "luar biasa" kata kawan saya sambil ketawa kecil petang tadi. Badan yang penat, minda yang lelah kembali segar!. Motivasi diri kembali hadir. Betul!. Allah dah berjanji; Dia tidak akan pernah sekali-kali membebani hamba-hambaNya. Malah Dia beri ujian, agar bila hambaNya pass ujian itu dengan cemerlang, kemudian hamba itu akan jadi seorang yang lebih mantap keimanan dalam hatinya, paling tidak, hati hambaNya sudah siap untuk menghadapi ujian akan datang yang lebih hebat lagi. Malahan, ujian yang dihadirkan kepada setiap hambaNya itu merupakan sebagai satu medium untuk hambaNya kembali kepada Penciptanya; Allah dan menambahkan sahamnya di akhirat kelak. Malahan, ujian itu juga sebagai lambang kasih dan sayang antara pencipta dengan benda yang diciptanya.
Saya contohkan dengan analogi; saya cipta satu robot yang boleh memasak,untuk pastikan yang robot saya itu kompeten dan hebat untuk memasak pelbagai menu, saya akan lakukan banyak ujian atas robot saya itu. Saya buat ujian tersebut bukan kerana saya nak hancurkan ciptaan saya itu, tapi untuk pastikan robot saya itu dapat memasak apa juga jenis menu dan hidangan yang saya idamkan.
Mudahkan!.
Masya Allah. Baru saya sedar. Alhamdulillah ya Allah, kurniakan aku dengan ujian dan kesedaran ini. :').
__________________________________________________________________
Things to ponder : Tarbiyah hati agar jadi lebih kuat, macam "quartz". No?! =p
"..betapa indahnya andai anda manis, kendati dunia pahit,
alangkah enaknya anda redha, kendati manusia marah,
alangkah indahnya kalau ada pembangun antara saya dan anda,
kendati ada perusak di antara saya dengan seluruh dunia,
jika cinta anda jujur, maka segalanya menjadi ringan,
dan semua yang ada di atas tanah itu sebenarnya, adalah tanah juga.."
[penyair]
**puisi itu indah, penuh dengan rasa. ^_^
Kalau sahaja ujian itu ibarat gula,
dan manusia itu ibarat semut,
pasti dikerumuni ujian itu
hatta tidak tinggal sedikit pun!
KTSN
11 : 19 pm
06152012
^_^
No comments:
Post a Comment