Tuesday, July 31, 2012

Random #16

bismillah



"...tolong dapatkan 3 perkara utama dalam bulan Ramadhan; rahmat, keampunan, tersenarai salah seorang yang bebas dari api neraka..." Ust. Nik Bakri Nik Mat

Ramadhan, sudah menginjak ke fasa yang ke-2, fasa terpenting, adakan keampunan seperti yang kita impikan kita akan dapat?

"Bukan yang kita nak pulun siapa yang paling banyak buat amalannya, tapi Allah nak tengok siapa yang paling baik amalannya! ..tapi biarlah amalan yang banyak, banyak yang berkualiti" Ust Zuhdi Mat Piah
__________________________________________________________________________
#Jaulah ke Osaka yang lepas beri saya nafas baru tentang makhluk Allah bernama manusia. Kita mungkin punya hak untuk menilai, tapi kita tiada hak untuk menghukum.


Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR (melebihkan saudara kita kebih dari diri sendiri)…”

Ramadhan;
Nilai amalan sendiri,
adakah benar kita sudah beramal?!
Shiga, Japan.
11 Ramadhan 1433
08 : 43 pm

Saturday, July 28, 2012

Random #15

bismillah



Kalau satu masa dulu, saya pernah mengimpikan untuk jaulah, tadabbur alam untuk tambah iman. Kini, peluang itu sudah ada di depan mata. Adakah mungkin akan disia-siakan?
__________________________________________________________________________
Perjalanan kita mungkin nampak biasa, tapi bagaimana cara kita menerapkan nilai Islami, agar hati kita sentiasa merah dengan bunga iman. Ramadhan ini, moga jadi titik perubahan ke arah yang lebih hebat!

Aku tetap melangkah,
10 : 13 am
01282012
Shiga, Japan

Saturday, July 14, 2012

Ujian ini tarbiyah!

Bismillah

Menginjak ke minggu ke-2 di bumi Nippon. Jumaat ke-2 dibumi ini. Hati tertanya-tanya, pelajaran apakah yang Allah ingin ajarkan kepadaku.?! Bagai orang hilang arah. Tapi aku tahu, Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Siapalah aku untuk meragukan segalanya, sedang bumi yang aku pijak ini milik Dia, nikmat yang aku gunakan semua ini milik Dia. Tiada satu pun milik kekal.. Kasih sayang aku untuk keluarga juga Dia yang berikan. Kini, aku harus sedar, pada bila-bila masa sahaja semua ini akan diambil, mungkin tanpa sedikit pun tanda atau amaran. Dan kini, perjalanan ku di bumi Nippon yang berbaki 7 minggu lagi akan aku teruskan. InsyaAllah Dia sentiasa ada pada setiap saat aku memerlukan-Nya. Moga juga Atuk damai disana. Ketahuilah Atuk, cucu mu ini sangat mencintai dan menyayangi mu. T_T.

_____________________________________________________________________________________
#Apa yang kita pinjam, kita kena redha bila dah tiba masa untuk kita pulangkan.
##Terdetik, adakah ini ujian untuk menguatkan aku bahawa akan ada dugaan yang lebih besar selepas ini?!
###Mata merah itu rupanya punya maksud! T_T


Kalau dulu aku diberitahu, hajat seorang abah terhadap anaknya agar menjadi ustazah!
Mungkin sukar untuk ditunaikan,
namun, kalau bukan ustazah, paling tidak, aku akan berusaha menjadi seorang yang musleh, ustazah buat anak-anakku nanti!
Begitu juga atuk, pesan dia, agar aku belajar setinggi yang boleh, ilmu dunia juga akhirat,
bumi Nippon ini jadi saksi, InsyaAllah akan aku usahakan!


Dalam kenangan,
13 Julai 2012/23 Syaaban 1433H (Jumaat)
Al-Fatihah buat Atuk, Hj Razali bin Yusof.
Dari bumi Shiga, Japan ku kirimkan doa buat lelaki terhebat yang pernah aku kenal! T_T
Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wednesday, July 11, 2012

# Japan 1

bismillah

Indah?! Moga iman dan akhlak kita juga indah! ;)
Chomeiji (Biwako Quasi-National Park), Omihachiman, Shiga prefecture, Japan

Langkah demi langkah sudah diorak.
tapi ini baru pemulaan!
jika ditanya, bumi mana Islam ingin aku daulatkan?
maka aku akan katakan,
"tiada melainkan seantero alam ini!" 
Lembaran baru untuk cerita baru,
bagaimana mukadimahnya?
Indah?
Atau kusam dengan noda yang sengaja kita lukiskan?
Moga, lembaran baru ini punya mukadimah indah,
agar penghujung ceritanya juga indah,
seindah ciptaan Dia untuk hambaNya.
_______________________________________________________________________________________
#Bumi mana yang kita pijak tidak punya rahmat dan rahimNya?! Jawapannya, TIADA!


Kita bergerak bukan kerana kita mahu,
Tapi kerana kita perlu!
07112012
10 : 21am
Calux Assay Laboratory, Shiga, Japan.