Menginjak ke minggu ke-2 di bumi Nippon. Jumaat ke-2 dibumi ini. Hati tertanya-tanya, pelajaran apakah yang Allah ingin ajarkan kepadaku.?! Bagai orang hilang arah. Tapi aku tahu, Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Siapalah aku untuk meragukan segalanya, sedang bumi yang aku pijak ini milik Dia, nikmat yang aku gunakan semua ini milik Dia. Tiada satu pun milik kekal.. Kasih sayang aku untuk keluarga juga Dia yang berikan. Kini, aku harus sedar, pada bila-bila masa sahaja semua ini akan diambil, mungkin tanpa sedikit pun tanda atau amaran. Dan kini, perjalanan ku di bumi Nippon yang berbaki 7 minggu lagi akan aku teruskan. InsyaAllah Dia sentiasa ada pada setiap saat aku memerlukan-Nya. Moga juga Atuk damai disana. Ketahuilah Atuk, cucu mu ini sangat mencintai dan menyayangi mu. T_T.
_____________________________________________________________________________________
#Apa yang kita pinjam, kita kena redha bila dah tiba masa untuk kita pulangkan.
##Terdetik, adakah ini ujian untuk menguatkan aku bahawa akan ada dugaan yang lebih besar selepas ini?!
###Mata merah itu rupanya punya maksud! T_T
Kalau dulu aku diberitahu, hajat seorang abah terhadap anaknya agar menjadi ustazah!
Mungkin sukar untuk ditunaikan,
namun, kalau bukan ustazah, paling tidak, aku akan berusaha menjadi seorang yang musleh, ustazah buat anak-anakku nanti!
Begitu juga atuk, pesan dia, agar aku belajar setinggi yang boleh, ilmu dunia juga akhirat,
bumi Nippon ini jadi saksi, InsyaAllah akan aku usahakan!
Dalam kenangan,
13 Julai 2012/23 Syaaban 1433H (Jumaat)
Al-Fatihah buat Atuk, Hj Razali bin Yusof.
Dari bumi Shiga, Japan ku kirimkan doa buat lelaki terhebat yang pernah aku kenal! T_T
Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment