Wednesday, August 1, 2012

13 : 52

Bismillah

Bulan pada malam 12 Ramadhan 1433H
Subhanallah!

12 Ramadhan 1433H. Sedar tak sedar sudah hampir setengah purnama Ramadhan kita rai. Amal kita, banyak atau sedikit hanya kita dan Dia sahaja yang tahu. Oh ye, keputusan peperiksaan secara rasminya boleh diambil tahu sejak 00:01 waktu Malaysia malam 12 Ramadhan 1433H. Hebat atau kurang hebatnya keputusan kita, ia punya hikmah dan alasannya yang tersendiri.

Koreksi diri bila da dapat keputusan.
Hmmm. Kurang usaha, kurang doa, banyak buat dosa, masalah hati (riak, ujub, takbur etc.) [Astaghfirullah, kena perbaiki cepat-cepat!], mungkin juga Allah nak uji redha dan tawakalnya diri ini. Atau mungkin sahaja, Allah mahu diri ini rasa nikmat-nikmatnya yang lain, yang memang infiniti tak terucap dengan kata-kata.

"Kebahagiaan hati akan datang bila kita yakin atas segala ketentuan yang berlaku itu ada hikmah dari Allah. Sangat rahsia dan tersembunyi."

Thing to ponder, keputusan peperiksaan itu hanya satu bentuk ujian buat kita. Ujian yang terang dan nyata dan keputusan peperiksaan itu juga medium terang dan nyata untuk koreksi diri. Ya Allah, banyaknya Rahmat dan Rahim Dia untuk diri ini.


Sambil-sambil buat analysis tadi terfikir sambil dok pujuk-pujuk hati;
"Erti syukur yang selalu aku dok kata tu sebenarnya Allah nak uji. Bayangkan, Allah uji dengan dapat keputusan yang tak terfikir dek akal ni, aku akan bersyukur lagi ke seperti selalu?! Nauzubillah min zalik."

"Kadang-kadang Allah hantar sesuatu untuk kita sedar akan sesuatu!"

Hebat tak hebat Allah, masyaAllah.

Alhamdulillah. ^_^

_____________________________________________________________________
"Allah sebut 3 perkara matlamat puasa; mudah-mudahan kamu bertaqwa, mudahan-mudahan kamu bersyukur, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang mendapat hidayah dari Allah..." #Mahu ketiga-tiganya!

"...perkara sunat, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat rugi. Bayangkan sedekahkan sebiji tamar, Allah gandakan pahalanya sebesar gunung Uhud!.." #Jom buat super-extra perkara sunat!

"Tukar ganti di akhirat nanti adalah pahala dan dosa, pahala akan kita guna untuk ganti dengan dosa...Ramadhan ni, bulan untuk tambah banyak-banyak pahala, supaya tak muflis di mahsyar nanti sebab dah habis pahala sebab ramai yang tuntut akibat dosa kita " -Ust. Kazim


Ramadhan ini,
perang antara iman dan nafsu,
setiap yang kita fikir dan buat,
gambaran jelas kondisi iman kita!
Boost up spirit of Ramadhan!
12 Ramadhan 1433H
13 : 46 pm
Otsu, Shiga

No comments: