Monday, September 14, 2009

KESAYUAN MENYELUBUNGI DIRI


subhanallah...
ya Allah hati merentih sayu...
tidak tahu akan sebabnya...
mngkin kerana terlalu banyak melakukan dosa...

hati kian sayu mendengarkan alunan zikrullah serta azan yang sayup-sayup kedengaran dari jendela bilik ku...
dimana silapnya..
hati bagaikan mahu memberontak..tapi apa sebabnya???

apa yang aku fikirkan???
semua bagaikan tidak kena..
meskipun hanya ada satu kuliah saja hari ini..

tadi petang seorang rakan memberi khabaran..
ayahnya telah menerima lamaran dari seorang lelaki..
dan sudah pun melihat gambarnya..
inikah pengakhiran hidup seoarang perempuan??
kemudian mengabdikan diri buat suami..

tanpa pernah bertemu empat mata...
melihat gambar juga tidak pernah..
apatah lagi berborak dan juga berSMS..
masih ada kehidupan yang begitu..
baru diri ini sedar..
apabila berhadapan dengan dunia yang sebenar...
dikelilingi dengan rakan-rakan yang pelbagai latar belakang...
betapa didiku ini terlalu cetek pengetahuan dan juga pengalaman...

ini baru permulaan kepada sebuah norma kehidupan...
insyaallah sekiranya dipanjangkan umur masih banyak lagi yang bakal aku lalui..
semoga yang baik dapat aku jadikan tauladan..dan yang buruk aku jadikan sempadan..
semoga aku berada dalam perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan yang mengemudi hidup setiap hambaNya..

aku hanya mampu merancang...hanya Allah yang menentukan baik dan buruknya!!!
semoga aku tabah untuk menghadapi apa sahaja yang telah ditakdirkan kepada ku..
tanpa sedikit pun rasa kesal....insyaAllah...

inni akhofullah!!!

amanah Allah


alhamdulillah..
atas nikmat udara, kelapangan, sihat (walaupun sedikit selesema), dan bermacam-macam lagi nikmat yang tidak terhitung oleh ku dan juga orang lain...alhamdulillah..

orang kata kalau tak mampu jangan ambil..
hmmm...
atas takdir Allah aku telah terima 'offer' untuk jadi exco pemasaran dan program untuk program hari interaksi...
ditambah pula dengan bermacam-macam assignment....



rasa macam dah tak sanggup dah nak terima kerja-kerja kelab...
tapi Allah da kata "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......."

"Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

insyaAllah..aku mampu lakukannya..sesungguhnya aku tidak bersendirian..masih ada Allah tempat aku bergantung dan memohon pertolongan..



lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya aidilfitri..
ini bermaksud sudah hampir kepada penghujung ramadhan...
Ya Allah rasa sungguh singkat ramadhan kali ini...
amalku dirasakan sungguh sedikit ya Allah...

masih adakah ramadhan untukku pada tahun hadapan???
ya Allah panjangkanlah umurku, umur orang-orang yang menyayangiku serta muslimin dan muslimat....

semoga kami menjadi hambaMu yang bersyukur di atas segala pemberian Mu...insyaAllah + amiin =)

Sunday, September 13, 2009




salam alaik...



hmmm ok!!

hari ini pergi sogo than jalan tar...penat2!!hee
tapi alhamdulillah seronok..walaupun pada permulaan terdapat sedikit komplikasi..
hee
dalam pada itu terselit sedikit kesedihan apabila dalam menghadapi komplikasi tue takde pun kawan-kawan yang sama-sama pergi bertanya khabar atau keadaan yang sebenar..sabar la hati.. pasti ada hikmah disebalik semua yang telah ditakdirkan terhadap hamba-Nya..
mungkin disebabkan diri ini juga ego..tidak pula bertanyakan mereka..
Astaghfirullah..jangan lah kita asyik mencari salah orang lain sedangkan diri kita juga merupakan hamba-Nya yang lemah..

bila semua da ok..penerokaan jalan tar diteruskan...walaupun pada ketika itu berseorangan..hmmm
berani jugak den sorang2 dalam lautan manusia tadi tu..tanpa kita sedari sebenarnya ada Allah bersama kita..=)alhamdulillah..

tergelak sendiri apabila memerhati dalam lautan manusia itu semua orang berpasangan sedangkan diri den seorang2 je!!!
'berpasangan'??..tidak kira lah sesama jantina ataupun tidak...muhrim ataupun tidak...
hmmmmm
mudah-mudahan semuanya merupakan pasangan yang muhrim la hendaknya..insyaAllah..
p/s : berbaik sangkalah kalian...=0

satu persoalan!!!
pelikkah jika mahu bergaya tetapi masih mengikut syariat yang telah dituntut agama????

Ya Allah hambaMu ini amat lemah imannya..maka Ya Allah bantulah Ya Allah agar aku sentiasa berada di jalan menuju ke syurga Mu..
bamtulah Ya Allah hambaMu ini melawan nafsu serta bisikan2 jahat yang sentiasa menghantui ku..hamba Mu ini tiada daya Ya Allah jika bukan atas pertolongan Mu..bantulah Ya Allah, bantulah Ya Allah, bantulah Ya Allah...hanya pada Mu hambaMu ini mengadu dan hanya Engkaulah yang mampu membantuku...

Ya Allah hamba Mu ini tahu setiap yang telah engkau takdirkan atas hambaMu adalah selaras dengan kemampuan diri mereka sendiri ya Allah, maka Ya Allah kuatkanlah hambaMu untuk menghadapinya...kuatkanlah semangat hambaMu ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..




robbi yassir wala tuassir..Ya Karim...

Thursday, September 10, 2009

permulaan sebuah norma kehidupan..

assalamualaikum..
aiseh tak tahu la plak nak tulis ape...
sebelum nie berkobar-kobar nak menulis...


disebalik melalui rutin harian yang sama pada setiap hari...sebenarnya masih ada beza antara hari-hari sebelum ini dan juga akan datang..
sama ada kita yang menyedarinya atau tidak...

cuma nak kongsi ..semalam ada forum..sebelum penceramah datang pihak urus setia pun mainkanla zikir-zikir dan lagu nasyid...memang kena la dengan tema...tiba-tiba sampai pada satu nasyid nie..tapi tak tahu la plak tujuknya...terlintas la untuk mencoretkan sesuatu...
ikhlas dari hati...

Subhanallah..=)
kerana cinta Allah kepadaku, aku berada dalm majlis ini..
kerana cinta Allah kepadaku, aku diuji dengan pelbagai ujian..tidak sedarkah aku..bahawa ujian Allah itulah tanda sayang Allah kepadaku??
kerana cinta Allah, aku merasa nikmat kasih sayang orang yang menyayangiku..
kerana cinta Allah aku dikurniakan cengan pelbagai perasaan...
kerana cinta Allah aku diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan ramadhan pada kali ini...mungkinkah masih ada lagi ramadhan untukku pada masa akan datang..

Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yang dapat aku rasai kerana cinta Allah kepadaku...
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??(surah ar-Rahman)

subhanallah alhamdulillah allahuakbar!!!