bismillah
sekali lagi diri ini dihurung rasa sedih dan kecewa
terlalu banyak adegan-adegan sedih dan kecewa diakhir-akhir semester ini
hati cuba untuk tidak meragui
akal cuba mencari jawapan
namun aku juga manusia biasa yang mahukan sebab atas semua yang berlaku
iman datang menyapa
Allah sebaik-baik perancang
pasti ada hikmah atas segala yang berlaku
bersangka baiklah dengan Pencipta mu FATIH
duhai Pencipta-ku
aku tidak kuat lagi untuk hadapi hari-hari yang mendatang dengan hati yang sedih dan kecewa
aku tidak mahu lagi menangis kerana dunia yang tak pasti ini
kurniakanlah diriku ini dengan secebis kekuatan
agar aku tidak menyimpang dari jalanMU
sesungguhnya aku ini hanya insan yang lemah
oh ya!!
mungkin juga
kerana kesempatan yang telah Engkau berikan padaku selama ini menyebabkan aku lalai pada-Mu
lalu Engkau tarik semua nikmat yang dulu pernah Engkau berikan padaku
agar aku kembali dekat dengan MU
ampunkan diriku ini YA Allah
jika itu puncanya
jika itu puncanya
terima kasih ya Allah
atas peringatan yang telah Engkau berikan padaku
kini kusedar
akulah punca segala-galanya
(T_T)
semoga kesedihan ini tak mempengaruhi mood study ku yang baru nak bermula :'(
Allah itu dekat dengan hambanya (diriku)
buktinya??
jalan2 tadi jumpa ini......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah menyembunyikan tangan-Nya
bukanlah Dia memalingkan wajah-Nya
tetapi melihat siapakah yang benar dalam meminta
dengan permintaan yang sebenarnya
bukanlah Dia memalingkan wajah-Nya
tetapi melihat siapakah yang benar dalam meminta
dengan permintaan yang sebenarnya
credit to : http://ms.langitilahi.com/
No comments:
Post a Comment