bismillah wa alhamdulillah
Seperti yang dijanjikan atau di'mention'kan dalam post yang lepas, gonna write something about my experienced. Urmmm sebelum ni bukanlah tak pernah pergi temuduga tapi kali ni "lain sikiittt" (pinjam trademark ISIUKM jap). Rasa nak berkerja ni sebenarnya disebabkan sudah terbiasa berkerja dulu-dulu (merujuk kepada cuti semester 4 dulu) dan juga disebabkan oleh rasa teruja bila dengar ada pelajar-pelajar luar negara yang berkerja di masa cuti musim sejuk etc. Owh, angan-angan mahu bekerja sudah bermula dari minggu belajar (study week) lagi. Angan-angan tinggi sangat, orang lain sibuk ulangkaji, saya masih ada masa lagi googling kerja kosong padahal cuti tak sampai sebulan pun dan ada program-program lain yang dah dirancang oleh "persatuan". Antara angan-angan saya yang saya rasa paling mengarut nak buat ialah nak mohon kerja sebagai pemetik strawberi di Cameron Highland. Osem kan!. Bukan setakat fikir-fikir dan angan-angan kosong, siap sudah cari di internet lagi kalau-kalau ada yang tawarkan kerja tu. Malangnya tak ada, dan punya lah semangat nak realisasikan siap dah nak telefon syarikat-syarikat yang ada ladang strawberi disana. Tapi, Fatihah, sila berpijak di bumi yang nyata!. Tak mustahil cuma kena ada usaha sikit je, tapi, tapi dan tapi bila terfikir semula, saya seorang gugurl, mungkin mustahil bagi Mak nak lepaskan kalau tak ada orang yang teman, lagipun nak tinggal dimana, nak pergi macam mana. Dari sudut agama pula, mana mungkin seorang perempuan boleh berpergian begitu sahaja tanpa muhrimnya lagi pula alasan saya untuk berpergian bukanlah kukuh, cuma mahu memenuhi idea gila saya ni sahaja. Mungkin bila dah "berteman" nanti ada peluang untuk saya, lagi osem kalau dapat peluang tu di luar negara (kan saya dah kata, angan-angan saya tinggi melangit! sambil geleng-geleng kepala = =" )
[sumber] Osem kan! ^_^ |
Erm, cerita sebenar yang nak ditaip sebenarnya cerita tentang pengalaman pergi temuduga semalam. Sempat lagi kan nak pergi temuduga untuk kerja walaupun sebulan. Hehe. Lalui perjalanan yang agak jauh juga semalam, dengan cuma berbekalkan keyakinan dan Allah sebagai pelindung saya mengorak langkah dari kolej ke tempat temuduga. Sebelum tu, saya selesaikan dulu apa yang perlu diselesaikan, pulangkan buku perpustakaan dan kena bayar denda RM0.60 = =" sebab lewat sehari dari tarikh penghantaran. Jumlah paling sedikit mungkin bagi semester kali ni. Heee. Kemudian, print resume di depan fakulti dan kena bayaran RM3.60 untuk 3 helai kertas (Urghh, agak tensi juga bila dengar harga tu, salah sendiri mungkin tak tanya dulu harga untuk print color. Sikit je kot warna yang ada!! Muka tak puas hati. Huh.) Bergerak ke pondok bas dengan muka yang tak berapa puas hati dengan gelabah sebab tak tahu nak turun kat mana walaupun tahu nak naik bas Rapid U21. 45 minit selepas tu bas sampai, naik, bayar tambang dan minta tolong dari pemandu bas tu untuk minta bagi tahu kalau dah sampai ke lokasi yang nak saya pergi. UP 4/7, Taman Ukay Perdana. Menapak 5 6 langkah dalam bas ada seorang Pak Cik tegur,
"Tak ada duit kecik ke dik?"
Saya jawab, "Eh bukan. Saya nak ke UP 4 tapi tak tahu kat mana dan minta tolong Mr. Driver bagitahu kalau da sampai nanti."
Pak Cik tadi balas, "Owh, dekat lah tu dengan pak cik, pak cik atas sikit lagi di UP 5."
Akak di sebelah yang sama-sama tunggu bas tu pon kata, "Yang dekat pasar malam tu kan, ada kedai Ali Maju... bla bla bla"
Banyak kali saya ulang, "Pak Cik nanti tolong bagi tahu ye bila dah sampai!" Banyak-banyak kali ye!!
Dalam hati saya alhamdulillah tak putus-putus sebab Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang bantu saya dengan hantar orang-orang nie. Paling kurang pon, rasa lega kerana ada orang yang saya rasa saya boleh percaya. Orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan, dalam pengalaman. I just love the quotes and I adore with the quotes, dan saya memang kaki jalan! Hehe. Banyak benda yang saya belajar sepanjang saya berada dalam bas tu. Memerhati, analisis dan fikir seterusnya dijadikan pengajaran dan teladan. Dalam kotak fikiran memang dah bersihkan siap-siap, I did this just because of Him, dapat atau tak kerja tu bukan tugas saya untuk tentukan, saya dah usaha apa yang saya termampu, dan saya tak akan menyesal sekalipun saya tak dapat kerja tu sebab ilmu sepanjang perjalanan pergi dan balik tu sudah cukup banyak dan tak ternilai dengan wang ringgit.
Sampai sahaja di tadika tersebut, saya dijemput masuk dan berjumpa dengan pengurus mungkin di tadika tersebut. Oh saya minta jawatan sebagai pembantu guru tadika :). Dijemput duduk dan disoal dengan bermacam soalan dan in english ye since the kindergarten are using little caliph methods there. Bukan calang-calang tadika ni kata kawan saya. Huhu. Selepas tu, saya diminta membaca ayat-ayat al-Quran. Saya petik kata-kata Puan interviewer semalam,
"Since we are using little caliph methods here, we wants to ensure that all teachers here at least can recite Quran well with the correct pronounciation."
Saya sedikit terkedu, tapi penuhi jugalah permintaan tersebut. Bangga sebenarnya, bukan sebab boleh baca Quran atau apa, tapi sebab bagaimana pendidikan al-Quran itu dititikberatkan tanpa menolak sains dan teknologi. Saya juga diberitahu, setiap cikgu disana diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Saya senyum bangga! Macam saya bagi tahu sebelum ni, ini adalah salah satu sebab kenapa saya sangat suka berjalan tak kira ke mana tempat sekalipun. InsyaAllah akan ada ibrah yang saya dapat. Dalam 6.45pm alhamdulillah sampai ke kolej dengan selamat. Thank you Allah for the precious experienced. :)
ps : Sedang menunggu keputusan temuduga semalam. Kalau dapat call maknanya dapat lah. Hmmm~
pss : Terpaksa tunda untuk balik kampung kepada hari esok atas sebab-sebab habit yang susah nak ubah nie = ='
psss : But towards the end, I know there is ibrah behind those thing. ^^
As salam alayk.
With love,
From JT.
No comments:
Post a Comment