Friday, September 14, 2012

Random #18

bismillah

"Moon - It is sure will show up at the right time, in the right place." :)

Ziarah seorang sahabat lewat petang tadi sebelum bertemu di "taman syurga" insyaAllah, membuka satu ruang fikir yang bukan agak baru, tapi perlu difikirkan dengan lebih kritis dan ianya mendatangkan rasa gerun dalam sudut hati yang dalam ini. Oh ye, Alhamdulillah, secara rasminya saya dah menjadi pelajar tahun akhir! ^_^. Label itu datang dengan seribu satu rasa tentang masa hadapan. Hmmm.  Semakin bertambah usia, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan dengan lebih serius. Bukan kerana masa depan secara peribadinya, tapi yang lebih utama masa depan perjalanan da'wah & tarbiyah dalam "medan" ini.

Aisyy, sahabat... ziarah mu benar-benar buat aku rasa gerun dan mahu kembali semula ke masa mula-mula kita mendaftar diri di sini dulu. ;p

_______________________________________________________________________________
#Mahu bebas dari rasa yang rasanya tidak perlu, tapi khabarnya rasa itu fitrah!
"Cinta yang terbatas ingin memiliki yang dicintai, tapi cinta yang tak terbatas hanya menginginkan cinta itu sendiri."
"Tapi cinta yang dilahirkan dalam pangkuan cakrawala dan diturunkan bersama segala rahsia malam tidak pernah puas dengan apa pun selain Keabadian dan Kelestarian; cinta itu tidak berdiri dengan hormat kepada apa pun kecuali kepada Tuhan." -- Khalil Gibran, Sayap-Sayap Patah.
##Kembali teringat tentang isi kandungan artikel  yang diminta oleh seorang sis. Indeed, it's not as easy as what we imagine!

2 comments:

faizalMS said...

selamat menempuh fasa terakhir selaku mahasiswa.manfaatkan segala peluang yang ada sebaiknya..=)

fatih said...

errkk...

baik, insyaAllah.

#segannya =="