"Uisy, jauh termenung? Fikir apa tu?" Tegur seorang pak cik sambil beliau mengayun-ayunkan tangannya depan mata. Dalam ramai-ramai orang di kafe tadi, respon spontan pak cik tadi memang me"nyegan"kan. Entah lah, sejak dua menjak ni banyak sangat perkara yang bermain-main dalam minda ni. Baik masalah peribadi, akademik etc. Tanpa sedar yang diri sendiri sebenarnya sedang mengelamun. Tersipu-sipu menidakkan soalan pak cik tadi. Berseorangan memang menambahkan kebarangkalian untuk fikiran jauh melayang entah ke mana. Makan minum memang tak terurus 1-2 minggu ni.
"Aisy, Fatihah! Please be nice to your ownself!"
Tapi, dalam ketidakurusan diri 1-2 minggu ini dengan "aktiviti" yang tak habis-habis, bila tak berjumpa sehari, saya jadi rindu untuk melihat wajah-wajah penenang hati para mujahid. Indah, walau tanpa secalit solekan. Sejuk, sesejuk air dingin yang menghilangkan dahaga di tengah kepanasan. Tenang, setenang air yang mengalir. Sungguh mendamaikan hati. Senyum. Moga kita tetap terus berada dalam jalan "ini". Jalan orang-orang "asing". =). Dan moga juga kita benar-benar menjadi penenang hati para mujahid!.
Kata seorang sahabat, "Besar pengertian 'wajah-wajah penenang hati para mujahid' tu!".
Saya cuma mampu senyum dengan komen itu.
Dengan kasih, kepada kekasih:
Teman, ingatkan aku tika aku lupa,
Nasihatkan aku, saat aku jatuh,
Tegur aku, masa aku salah!
13 : 06
0926272012
Temerloh Road.
1 comment:
ehh...
gambar saya pun ada dalam ni la...
awak rindu saya ea...
Post a Comment