Wednesday, October 21, 2009

damai yang hilang



salamullahi alaik


hati terus dilanda resah
dimanakah silapnya
nota anatomy yang ditatap dari pagi
terus menjadi peneman hingga ke lewat malam
namun susah untuk terkesan dihati
di mana silapnya?
adakah kerana kurang minat
atau kerana hati ini sudah terlalu gelap untuk menerima ilmu Allah


bagai menghitung hari
peperiksaan yang bakal menjelang




terlalu payah
sehinggakan terasa terlalu terbeban dengan subjek ini


bersangka baiklah kalian dengan Allah
pujukku di dalam hati
pasti bukan masanya lagi untuk memahami subjek ini lagi


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.

(Al-Hujurat:12)



Allah sebaik-baik perangcang
rancangan Allah yang terbaik
sabarlah wahai diri
teruskanlah usaha dalam kepayahan
sesungguhnya Allah tidak menilai kejayaan
tapi Allah lebih menilai usaha seseorang itu
malah Allah lebih melihat hati mereka


mungkin juga diri terlalu leka dengan dunia
yang tanpa sempadan sekarang
hati terpaut pada perkara yang lagha
membuat hati menjadi gelap

lalu hendak disalahkan pada siapa?
diri sendiri penyebab kepada kemusnahan diri sendiri






pulang kejalan Allah itu yang terbaik

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim





















2 comments:

Hamzah Marwan said...

begitulah manusia...sudah sempurna sebaik penciptaan Dia Yang Maha Sempurna...mohonlah yg terbaik dari Allahu Rabbul Jalil...

fatih said...

ermm...insyaAllah..
Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya ...

syukran!!!