Sunday, February 28, 2010

gula oh gula

bismillah
awak pernah makan gula tak?
pernah, pernah
manis tak?
manis, manis...
~_~
awak, saya nak gula tu boleh?
supaya saya boleh maniskan hati saya ni.
awak, hati saya tawar.
awak tolong saya ye.
saya rasa nak nangis,
tapi saya tak tahu kenapa,
awak, jangan pujuk saya,
nanti saya lagi nangis...
('',)
biar saya pujuk diri saya sendiri,
biar saya pujuk dengan kata2 dari Kekasih kita,
biarkan saya macam ni,
tinggalkan saya macam ni,
tinggalkan saya dengan gula tu,
saya tak perlukan yang lain,
saya nak gula tu,
saya nak rasa,
saya nak sentiasa rasa manisnya,
jangan tinggalkan saya tanpa tinggalkan gula tu bersama saya.
...
...
...
('',)

Saturday, February 27, 2010

The Arrival~sudah bersedia??

salamullahi alaik..

alhamdulillah saya dan awak semua masih diberi kesempatan untuk membuat kebaikan/ keburukan atas bumi ini (anda tentukan sendiri...life well 0r life hell we choose; hlovate)


cuma nak berkongsi, dalam kepenatan + kesakitan kepala yang teramat tadi (migrain mungkin..tak berani nak pergi cek..huhu) selepas date dengan maksu tadi...alhamdulillah Allah masih pilih pemilik hati ini untuk menghadiri majlis ilmu yang sekali kita terlepas kita tak akan dapat perkara yang sama macam majlis ilmu ni pada masa akan datang. Kenapa saya cakap macam tu? Bukan nya tak boleh datang majlis ilmu yang lain..kan ada banyak lagi...subhanallah alhamdulillah allahuakbar..memanglah..tapi boleh ke kita jamin isi yang kita akan dapat hari ini adalah sama dengan isi yang bakal kita dapat dalam majlis ilmu yang lain?...masing-masing insyaAllah boleh fikir dengan sendirikan...(kalau tak boleh jugak..boleh send email pada saya ok..)


bukan itu sebenarnya yang nak diceritakan dalam post kali ni...haa nak cerita..Font size.WWOOOOOWWWW ada panggung wayang dalam surau..huhu...jangan terkejut..ramai-ramai tengok wayang dalam surau hari ni lepas maghrib tadi (: THE ARRIVAL menjadi mangsa tontonan kami semua hari nie...surau Siti Khadijah menjadi saksi....apa content cerita ni??ermm..boleh kata bukan la cerita sangat pun..tapi more to documentary (memang documentary pun..hee)..pembongkaran tentang KEHADIRAN DAJJAL, FREEMASONRY, ILUMINATI dan kaum kerabat kepada semua tu la. Nauzubillah, saya baru je tengok sampai episod 4 dan ada banyak lagi episod yang lain-lain..walaupun baru sampai episod 4, dah macam-macam perkara yang selama ini kita rasa kebetulan je terjadi tapi sebenarnya sudah dirancang oleh mereka-mereka ni sejak dari zaman Mesir purba lagi. Tapi jangan risau semua. bawa bertenang ok... semua yang mereka rancang tu tak akan berlaku sekiranya tanpa izin kekasih saya dan awakkan (2 ; 102) mesti ada hikmah atas semua yang berlaku nie sebab semua yang berlaku bukannya secara sia-siakan (23 : 115)!!! ....

.


pengakhirannya, documentary wajib tonton untuk semua...semoga semua dapat manfaat bukan hanya di dunia tapi nun disana alam yang kekal abadi.. *_*



nota kaki 1 : jom selawat beramai-ramai...Muhammad S.A.W (:
nota kaki 2 : alhamdulillah atas segala yang Engkau takdirkan untukku selama ini, segalanya adalah ujian untukku,
aku sedar akan itu namun nun jauh di sudut hatiku,
aku mengharapkan hatiku diisi penuh dengan rasa cinta padaMu tanpa sedikit rasa sangsi dan ragu,
tanpa sedikit pun rasa riak, ujub, takbur dalam hatiku ini.
Nauzubillah..
segala-galanya hadir dengan izinMu,
segala-galanya menguji kecintaanku padaMU...
biarkan aku selamanya berada dalam peluk, dakap eratMu ya Allah.. ;)
nota kaki 3 : jom ramai2 meriahkan Festival 1 Malaysia bertempat di Tasik Titiwangsa...weeeeeeeee~~~

Monday, February 22, 2010

IC vs OC

kimia organik
.
.
.
.
.
.
.
kimia tak organik
.
.
.
.
.
.
kimia organik
.
.
.
.
.
.
kimia tak organik
.
.
.
.
.
.
kimia organik
.
.
.
.
.
esok ada test...all da best EvH's student!!!!
may Allah make us feel free to answer all the questions tomorrow
insyaAllah
;0

Sunday, February 21, 2010

~adik-adikku...insyaAllah boleh!!

Assalamualaikkum w.b.t

Apa khabar semua? tujuan hidup. APA? SIAPA? Dan BAGAIMANA? Tujuan saya berdiri dihadapan ini adalah untuk menyampaikan…….





Cut!!...ok3…hahaha… habis sudah lakonan semula saya dari rancangan reality tv Adik-Adikku yang ditayangkan di TV1. Hati sungguh teruja apabila diri ini dihidangkan dengan rancangan reality tv yang sedemikian. Dalam keadaan sesetengah ibubapa kerisauan dengan rencah hiburan yang tidak menentu tika ini seperti b_ _ _ _ _ _ _ k_ _ _ _, hati kembali ditenangkan dengan kemunculan rancangan seperti ini hasil kerjasama banyak pihak yang mana antara tujuannya adalah untuk melahirkan DAI’E yang serba boleh di masa akan datang. Tanpa kita sedari sebenarnya masih ramai yang cakna tentang arus songsang yang berlaku namun lebih ramai yang sedar dan hanyut dalam arus songsang ini daripada yang sedar dan melakukan counterback tentang apa yang berlaku. Sebenarnya ramai adik-adik di luar sana yang sangat berbakat dalam macam-macam kebolehan seperti taranum, tilawah, hafazan, syarahan dan macam-macam lagi. Mungkin sebelum ini tidak disediakan platform untuk mereka menonjolkan bakat serta minat mereka sehingga mereka menggunakan platform yang tidak sepatutnya menyebabkan mereka hanyut dalam arus itu.

suka untuk saya katakan disini sebenarnya setiap orang dianugerahkan dengan kelebihan yang berbeza-beza antara satu sama lain malah jika dilihat pada sepasang kembar mereka juga tidak sama sebenarnya walaupun mungkin pada fizikalnya mereka serupa. Oleh kerana itu dalam sedar atau tidak sebenarnya dalam menyampaikan da’wah atau kerja kelebihan-kelebihan inilah yang patut bersama-sama dalam menjalankan kerja da’wah atau sesuatu kerja ini.Saya analogikan tubuh badan kita sebagai contoh. Dalam satu komuniti organ atau anggota badan; tangan, kaki, jantung, hati…hidup berasingan tanpa memainkan peranan atau anugerah yang telah diberikan oleh pencipta mereka maka tiadalah kita pada hari ini. Analogikan diri kita sebagai kaki, tangan, jantung dan sebagainya. Setiap daripada kita mempunyai fungsinya yang tersendiri dan seharusnya bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja atau perkara.

Saya ambil contoh appendiks yang biasa kita kaitkan dengan masalah kesihatan sebenarnya appendiks ini penting dalam perkara yang berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh, yaitu menghasilkan Immunoglobulin A (IgA). IgA merupakan salah satu immunoglobulin (antibodi) yang sangat efektif melindungi tubuh dari infeksi kuman penyakit. Nah sudah terbukti bukan appendiks yang merupakan organ yang kecil namun mampu memainkan peranannya yang tersendiri yang sudah pasti peranannya ini tidak sama dengan organ yang lain.

Kekadang mungkin kita merasakan diri ini tiada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain namun sebenarnya kelebihan kita itu ada dan perlu diselam dan digilap ibarat sebiji mutiara yang jauh didasar lautan begitulah juga dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Usah merasa diri tidak berguna malah tingkatkan prestasi diri, yakinkan diri setanding dengan orang lain bahkan kita boleh lakukan yang lebih baik. Ini bukan bermakna ingin meninggi diri atau mencari maslahah hati, tanamkan dalam diri, pasakkan dalam jiwa kukuh-kukuh bahawa setiap insan dikurniakan dengan kelebihan masing-masing, tiada salahnya sekiranya kita selami dan gunakan kelebihan itu dijalan yang betul, jalan menegakkan Islam, jalan ke arah amar ma'ruf nahi munkar seperti dalam firman Allah yang bermaksud :

Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

~al-Imran : 110~

apa yang penting adalah setiap yang kita lakukan mestilah berteraskan keikhlasan wa Lillahita'ala.

nota kaki 1 : lusa paper kimia~~wheeee....chaiyok3!!!! semoga dipermudahkan..ameen.. ;)

Monday, February 15, 2010

OoOoOo balik kampung~~

bismillah
insyaAllah sekejap lagi da nak bertolak pulang ke kampung halaman tercinta..
selamat bercuti buat yang bercuti,
selamat bertugas buat yang bertugas,
yang penting mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan dapat TOPUPkan iman kita,
bukan senang nak dapat JANNAH nie,
ada sahaja halangannya,
kekadang terasa diri sudah lakukan yang baik-baik belaka,
tapi pernah kah kita berkira tentang maslahah HATI!!
maslahah yang paling susah diubati,
saya sendiri akui tentang itu,
astaghfirullah,

Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa tha’atik
Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa dinik
Wahai Yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati ini pada ketaatan padaMU
Wahai Yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati ini pada DinMU
nota kaki 1 : percayalah dengan gerak hati~~itu mungkin ilham dan hidayah yg ALLAH berikan padamu rebut dan peluklah ia seerat-eratnya- la tahzan ya habibati...Allah sayang kamu!!! wheeeeeeeeeeeee~~ (untukmu K._ _ _ _)
nota kaki 2 : Allah sayang saya jugak....sebab Allah da tunjukkan sesuatu di hadapan mata saya....FATIHAH SAYANG ALLAH SANGAT3!!!!!!!!~alhamdulillah.. ;)

Friday, February 12, 2010

~honey & bees~

salamullahi alaik...
alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Rabb Izzati.
atas nikmat Iman & Islam.
alhamdulillah terlalu banyak nikmat yang tidak terhitung oleh kita dalam sehari-hari menjalani hidup, mungkin ramai yang terlupa tanpa keizinanNya kita tak akan hidup seperti kita pada hari ini. Ramai juga yang tidak sedar mungkin, akan kesaksian kita dengan pencipta kita; Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran surah al-A'raf : 172 ;

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):" Bukankah Aku ini Tuhanmu? "Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)".
QS. al-A'raf (7) : 172

Saya bukan cuba untuk menambah beban dibahu sesiapa cuma sejak tika dan detik kesaksian kita pada Allah, amanah itu sudah ada untuk kita laksanakan semasa hidup kita atas bumiNya ini. Amanah itu akan disoal kelak, di suatu masa yang mana tiada siapa mengetahui tika dan saatnya. Persoalannya apa amanah itu? Mungkin ini jawapannya; Allah Ta'ala berfirman, ''Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39).

Saya selalu berfikir, bagaimana untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain kerana kejadian kita di atas muka bumi ini bukanlah hanya untuk kita bersukaria, berseronok dengan nikmat yang dikurniakan. Namun itu bukan bermakna saya menafikan bahawa hidup ini adalah untuk dinikmati, kita nikmati hidup sambil mensyukuri nikmat yang diberi, sambil menyelam minum air tapi jangan sampai lemas. Jangan salah faham dengan "lemas" disini, sambil menyelam minum air tapi jangan sampai lemas disini saya maksudkan sebagai dalam melakukan amalan kita perlu tahu tentang sesuatu yang ingin kita amalkan itu. Perlu ada ilmu, bukan hanya jadi abid yang kuat melakukan ibadah tapi tidak memiliki ilmu yang cukup. Maka akan lebih mudah goyah imannya apabila didatangkan padanya dengan sedikit ujian, nauzubillah.

“Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.” (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)

Hadis di atas sudah terang menyatakan sunnah Rasul untuk sampaikanlah darinya walaupun satu ayat. Semua yang disampaikan Rasulullah S.A.W adalah yang bermanfaat. Rasulullah S.A.W sendiri berdoa dengan doa "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat". Apakah yang dikatakan dengan ilmu yang bermanfaat?.

Suatu ketika Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Daud, "Wahai Daud, pelajarilah olehmu ilmu yang bermanfaat".

"Ya, Allah, apakah ilmu yang bermanfaat itu?" tanya Daud. "Ialah ilmu yang bertujuan untuk mengetahui keluhuran, keagungan, kebesaran, dan kesempurnaan kekuasaan-Ku atas segala sesuatu. Inilah yang mendekatkan engkau kepada-Ku".

Maka sudah teranglah dalam kehidupan kita ini, ada kewajipan pada diri kita untuk menyampaikan ilmu tidak kiralah secara formal atau tidak, malah setiap perkataan yang terkeluar dari mulut kita ini akan dipertanggungjawabkan pada diri kita. Semoga dalam setiap ucapan kita sehari-hari memberi manfaat pada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Kesimpulannya, hidup ini saya analogikan ibarat sekumpulan lebah yang mencari madu, madu dan madu kemudian diambil dan dinikmati oleh manusia, madunya bukan sekadar manis malah mendatangkan seribu kebaikan buat manusia begitu juga dalam hidup kita hendaknya kita terus mencari ilmu, ilmu dan ilmu kemudian kita guna dan sampaikan ilmu tersebut pada semua orang, ilmu tersebut bukan sahaja bermanfaat pada semua orang malah menjadi saham untuk kita di sana nanti. Subhanallah alangkah indahnya menjadi seperti lebah bukan?.

nota kaki 1 : rujukan ;1) dari searching yang sangat banyak~ (*_*)

nota kaki 2 : feeeeeeeewwwwwwwwwww ....baru dapat rasa macamana pengalaman sebenar menulis dalam erti kata yang agak formal....bukan senang-senang je nak masuk jannah nieyh..haisy..(semoga diberi kekuatan)...

nota kaki 3 : sudah terang lagikan bersuluh..heee..semoga dapat manfaat dari semua nie ye....hah..kalau ada fakta atau penerangan yang tak berapa betul tu harap dapat la tegur ye..(saya budak yang duduk luar pagar..erk..bukan2 saya budak yang baru belajar nie)...

jazakallah (^_^)

Wednesday, February 10, 2010

G _ _ _ _ _ K @ batu loncatan~~

bismillah...buat yg pertama-tama dan yg terakhir-akhir setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat yg paling besar dikurniakan buat kita ; IMAN & ISLAM....alhamdulillah (macam nak bagi tazkirah formal plak) heee...

hmmmm...sebenarnya hati rungsing mengenangkan apa yang yg telah ditulis atas kertas jawapan g_ _ _ _ _k tadi...huisy...da agak da yg tu akan keluar..tapi........................tu la kalau Allah da tak buka jalan pada kita tak dapat jawab jugak...hmmm...muhasabah diri balik...apa yg da aku buat selama nie...Allah tak jadikan sesuatu tu secara sia-sia...pasti ada hikmah/petunjuk untuk kita pelajari...kelemahan aku yg kena ambil tindakan segera!!!..URGENT!!!!!!!!!!!!!!!!
1) study tak pernah nak serius...last2 minute baru nak serius..baru la kelam kabut nak baca semua..haisy...tak sedar diri betul la fatihah nie..dush3...
2) tak atur strategi betul2...haaa..padan dengan muka...sekali lagi..dush3...
3) mungkin niat tak betul...belajar bila tyme nak exam je..tu yg jadi macam nie..hmmm...astaghfirullah....lepas nie mulakan dengan lafaz bismillah...buat semua perkara LILLAHITA'ALA....bila gagal pun..hati tak ada la frust sangat kan....hmm teringat post dalam LANGIT ILLAHI pasal pensyarahnya yg nama Dr. 'Ala' tu...masyaAllah....itulah baru yg kita katakan cintakan ilmu kerana Allah....(semoga aku jadi macam beliau..insyaAllah)
4) mungkin hati nie da berkarat dengan minyak hitam (dosa)..sampai da tak boleh nak cuci jadi putih bersih..bukan setakat bersih..yg penting suci lagi menyucikan....eh..sapa kata tak boleh nak bersih/ suci ..... u-turn skang!!!!...

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan”
(Az-Zumar: 53,54).
haaaaaaaaaaaaa...kan da kata boleh u-turn....hmmm...bila hati da suci..baru la senang ilmu nak masukkan...insyaAllah ilmu pon berkat...belajar pun tak rasa susah...ingat lagi cerita Imam Bukhari ,beliau akan berwudhuk dan melakukan sembahyang dua rakaat setiap kali hendak menulis (menaqalkan) sesebuah Hadis di dalam kitabnya "Sahih Bukhari"...jadi..muhasabah fatihah...zaman-zaman Rasulullah, para sahabat, tabi', tabi'in...semuanya cintakan ilmu....sanggup berjalan kaki berpuluh-puluh batu demi mencari ilmu...sekarang cuma kene turun tangga lepas tu tunggu bas pergi fakulti..tu pun sebab ada dalam jadual... tu pun kadang malas lagi nak pergi kelas...astaghfirullah...hmmm..keberkatan ilmu tu terletak pada keikhlasan kita terima ilmu....dan keikhlasan tu datangnya dari niat kita...yeah!!perbetulkan niat~~~
5) ingatkan diri...mak, wan, atuk dan adik-adik kat rumah tu...pasang telinga je nak dengar cerita kejayaan anak n cucu dieorang yg sulung nie...haisy...AMANAH tu..besar tanggungjawab kamu hamba Allah NUR FATIHAH BINTI MOHD. RAFFIK....tak sedar2 diri lagi ke?????hmmm.....
Rasulullah saw. bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.”
(Ahmad dan Ibnu Hibban)
subhanallah...berat2...Ya Allah bantulah hambaMu yg lemah ini...tapi ingat Allah dah berfirman :
Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .
insyaAllah selepas kesusahan itu pasti ada kemudahan (al-Insyirah : 5-6) ...itu janji Allah...janji Allah sudah pasti akan terlaksana jika kita melaksanakan tugas kita sebagai hambaNya...bukan ibarat melepaskan batuk ditangga...menjadi muslim hanya dimulut...nauzubillah..tetapkan kami umat Islam hari ini tetap dijalanMu dalam susah dan senang...
waaaaaaaahhhhhhhh...da panjang lebar rupanya....insyaAllah esok paper mikrob!!(sempat lagi post kat sini..panjang plak tu..huhu)...takpe2...jadikan hari nie pengajaran ye hamba Allah fatihah....batu loncatan untuk jadi yg lebih baik...setiap yang berlaku tu..tidak ditakdirkan secara sia-sia...hmmm...eh..sudah2..stop3!!!....akhir kata segala yg baik itu datangnya dari Pencipta aku dan Pencipta kamu...dan yg buruk itu..jangan lah dibiarkan ianya terus jadi buruk dan seterusnya membusuk..tapi lakukan sesuatu agar tidak menjadi gunting dalam lipatan dalam hidup kita~~~wallahu'alam...(doakan fatihah nie boleh jawab soalan mikrob esok dengan lapang dada...insyaAllah..amien)

Monday, February 8, 2010

2 : 216

bismillah-dengan namaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
lakukanlah ia walaupun perit untuk kau lalui~~
2:216
Fighting is prescribed for you, and ye dislike it. But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not.
jadikanlah yg aku lalui saat ini sebagai pengerat hubungan antara diriku yang hina ini dgn Pencipta ku Yang Maha Agung
aku mohon kekuatan dariMu ya Rabb (",)

Saturday, February 6, 2010

bila hati berbicara ;)

bismilllah
salamullahialaik....
kata hati yg nak buat entry : nak buat short entry je nie..bolehla...bolehla ek..sekejap je..
kata hati yg nak study : tak boleh!!!!!!!!!!!!...minggu depan kan exam..da habis study ke???
kata hati yg nak buat entry : belum..tapi.......(sigh)
kata hati yg nak study : tak ada tapi2...da3..g study...
kata hati yg nak buat entry : hmmmmmmmmmmm...nak buat jugak!!!..tak kira laaaa~~
kata hati yg nak study : hisy..degil betul..da3..cepat3...sekejap je!!!..tp promise kene ada manfaat..ok??
kata hati yg nak buat entry : ye ke nie???yehaaaaaaaa...yabedabedu!!!!!!!...ok3...yg penting bermanfaat~~~;)..sayang lebih la kat hati yg kat sana tu...hehe

ok3...jgn layan monolog kat atas tu...short entry + bermanfaat~~..hmmm..persoalan yg sentiasa dipersoalkan..tapi kali ini wakil dari palestin sendiri yg kemukakan...kata-kata dari muslimah palestin "kami sudah korbankan harta, kehormatan, anak, keluarga, nyawa kami untuk palestin (Islam)...apa pula sumbangan anda untuk palestin??? apa yang anda akan jawab apabila di akhirat kelak Allah menyoal apa sumbangan anda untuk palestin???"..hati terkedu bila dilontarkan dengan soalan sedemikian...apa sumbangan aku untuk palestin??..apa yg bakal aku jawab di akhirat kelak????...astaghfirullahalazim~~~tak lama kemudian hati semakin tersentap apabila di akhir ucapan ketua wakil dari palestin mengucapkan "bersaksikan Allah...aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang sepatutnya aku sampaikan (lebih kurang macam tu la)"..sekarang tanggungjawabnya untuk menyampaikan pada kita sudah dilakukan..apa pula tindakan kita setelah kita mengetahui hakikat yg sebenar???..sama-sama kita renungkan... jawapannya kita ketahui sejak dari dulu lagi..adakah kita istiqomah??..tepuk dada tanya hati , tanya iman (disampaikan oleh senior yg pergi program tu tadi kat Masjid Wilayah)~~wallahualam...

nota kaki 1 : muhasabah jom~~
nota kaki 2 : exam3....betulkan niat!!!!..bukan belajar sebab nak exam..tp belajar kerana Allah~~wheee~~semoga Allah berkati perjalanan menuntut ilmu ini..insyaAllah..amien :)
nota kaki 3 : boikot3!!!.......Allahuakbar!!!..
nota kaki 4 : nak nasyid ramai2 lagi~~ pengisian maghrib isya' yg meriah..hehe jgn jelous ye!!!!

kita teristimewa~

wanita
~dehearty~
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
nota kaki 1 : USAH BERBUKA SEBELUM WAKTUNYA.. KERANA BELUM TENTU DIA ADALAH ASAL RUSUK MU!!