alhamdulillah saya dan awak semua masih diberi kesempatan untuk membuat kebaikan/ keburukan atas bumi ini (anda tentukan sendiri...life well 0r life hell we choose; hlovate)
cuma nak berkongsi, dalam kepenatan + kesakitan kepala yang teramat tadi (migrain mungkin..tak berani nak pergi cek..huhu) selepas date dengan maksu tadi...alhamdulillah Allah masih pilih pemilik hati ini untuk menghadiri majlis ilmu yang sekali kita terlepas kita tak akan dapat perkara yang sama macam majlis ilmu ni pada masa akan datang. Kenapa saya cakap macam tu? Bukan nya tak boleh datang majlis ilmu yang lain..kan ada banyak lagi...subhanallah alhamdulillah allahuakbar..memanglah..tapi boleh ke kita jamin isi yang kita akan dapat hari ini adalah sama dengan isi yang bakal kita dapat dalam majlis ilmu yang lain?...masing-masing insyaAllah boleh fikir dengan sendirikan...(kalau tak boleh jugak..boleh send email pada saya ok..)
bukan itu sebenarnya yang nak diceritakan dalam post kali ni...haa nak cerita...WWOOOOOWWWW ada panggung wayang dalam surau..huhu...jangan terkejut..ramai-ramai tengok wayang dalam surau hari ni lepas maghrib tadi (: THE ARRIVAL menjadi mangsa tontonan kami semua hari nie...surau Siti Khadijah menjadi saksi....apa content cerita ni??ermm..boleh kata bukan la cerita sangat pun..tapi more to documentary (memang documentary pun..hee)..pembongkaran tentang KEHADIRAN DAJJAL, FREEMASONRY, ILUMINATI dan kaum kerabat kepada semua tu la. Nauzubillah, saya baru je tengok sampai episod 4 dan ada banyak lagi episod yang lain-lain..walaupun baru sampai episod 4, dah macam-macam perkara yang selama ini kita rasa kebetulan je terjadi tapi sebenarnya sudah dirancang oleh mereka-mereka ni sejak dari zaman Mesir purba lagi. Tapi jangan risau semua. bawa bertenang ok... semua yang mereka rancang tu tak akan berlaku sekiranya tanpa izin kekasih saya dan awakkan (2 ; 102) mesti ada hikmah atas semua yang berlaku nie sebab semua yang berlaku bukannya secara sia-siakan (23 : 115)!!! ....
.
pengakhirannya, documentary wajib tonton untuk semua...semoga semua dapat manfaat bukan hanya di dunia tapi nun disana alam yang kekal abadi.. *_*
nota kaki 1 : jom selawat beramai-ramai...Muhammad S.A.W (:
nota kaki 2 : alhamdulillah atas segala yang Engkau takdirkan untukku selama ini, segalanya adalah ujian untukku,
aku sedar akan itu namun nun jauh di sudut hatiku,
aku mengharapkan hatiku diisi penuh dengan rasa cinta padaMu tanpa sedikit rasa sangsi dan ragu,
tanpa sedikit pun rasa riak, ujub, takbur dalam hatiku ini.
Nauzubillah..
segala-galanya hadir dengan izinMu,
segala-galanya menguji kecintaanku padaMU...
biarkan aku selamanya berada dalam peluk, dakap eratMu ya Allah.. ;)
nota kaki 3 : jom ramai2 meriahkan Festival 1 Malaysia bertempat di Tasik Titiwangsa...weeeeeeeee~~~
No comments:
Post a Comment