Apa khabar semua? tujuan hidup. APA? SIAPA? Dan BAGAIMANA? Tujuan saya berdiri dihadapan ini adalah untuk menyampaikan…….
Cut!!...ok3…hahaha… habis sudah lakonan semula saya dari rancangan reality tv Adik-Adikku yang ditayangkan di TV1. Hati sungguh teruja apabila diri ini dihidangkan dengan rancangan reality tv yang sedemikian. Dalam keadaan sesetengah ibubapa kerisauan dengan rencah hiburan yang tidak menentu tika ini seperti b_ _ _ _ _ _ _ k_ _ _ _, hati kembali ditenangkan dengan kemunculan rancangan seperti ini hasil kerjasama banyak pihak yang mana antara tujuannya adalah untuk melahirkan DAI’E yang serba boleh di masa akan datang. Tanpa kita sedari sebenarnya masih ramai yang cakna tentang arus songsang yang berlaku namun lebih ramai yang sedar dan hanyut dalam arus songsang ini daripada yang sedar dan melakukan counterback tentang apa yang berlaku. Sebenarnya ramai adik-adik di luar sana yang sangat berbakat dalam macam-macam kebolehan seperti taranum, tilawah, hafazan, syarahan dan macam-macam lagi. Mungkin sebelum ini tidak disediakan platform untuk mereka menonjolkan bakat serta minat mereka sehingga mereka menggunakan platform yang tidak sepatutnya menyebabkan mereka hanyut dalam arus itu.
suka untuk saya katakan disini sebenarnya setiap orang dianugerahkan dengan kelebihan yang berbeza-beza antara satu sama lain malah jika dilihat pada sepasang kembar mereka juga tidak sama sebenarnya walaupun mungkin pada fizikalnya mereka serupa. Oleh kerana itu dalam sedar atau tidak sebenarnya dalam menyampaikan da’wah atau kerja kelebihan-kelebihan inilah yang patut bersama-sama dalam menjalankan kerja da’wah atau sesuatu kerja ini.Saya analogikan tubuh badan kita sebagai contoh. Dalam satu komuniti organ atau anggota badan; tangan, kaki, jantung, hati…hidup berasingan tanpa memainkan peranan atau anugerah yang telah diberikan oleh pencipta mereka maka tiadalah kita pada hari ini. Analogikan diri kita sebagai kaki, tangan, jantung dan sebagainya. Setiap daripada kita mempunyai fungsinya yang tersendiri dan seharusnya bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja atau perkara.
Saya ambil contoh appendiks yang biasa kita kaitkan dengan masalah kesihatan sebenarnya appendiks ini penting dalam perkara yang berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh, yaitu menghasilkan Immunoglobulin A (IgA). IgA merupakan salah satu immunoglobulin (antibodi) yang sangat efektif melindungi tubuh dari infeksi kuman penyakit. Nah sudah terbukti bukan appendiks yang merupakan organ yang kecil namun mampu memainkan peranannya yang tersendiri yang sudah pasti peranannya ini tidak sama dengan organ yang lain.
Kekadang mungkin kita merasakan diri ini tiada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain namun sebenarnya kelebihan kita itu ada dan perlu diselam dan digilap ibarat sebiji mutiara yang jauh didasar lautan begitulah juga dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Usah merasa diri tidak berguna malah tingkatkan prestasi diri, yakinkan diri setanding dengan orang lain bahkan kita boleh lakukan yang lebih baik. Ini bukan bermakna ingin meninggi diri atau mencari maslahah hati, tanamkan dalam diri, pasakkan dalam jiwa kukuh-kukuh bahawa setiap insan dikurniakan dengan kelebihan masing-masing, tiada salahnya sekiranya kita selami dan gunakan kelebihan itu dijalan yang betul, jalan menegakkan Islam, jalan ke arah amar ma'ruf nahi munkar seperti dalam firman Allah yang bermaksud :
Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik
~al-Imran : 110~
apa yang penting adalah setiap yang kita lakukan mestilah berteraskan keikhlasan wa Lillahita'ala.
nota kaki 1 : lusa paper kimia~~wheeee....chaiyok3!!!! semoga dipermudahkan..ameen.. ;)
No comments:
Post a Comment