Monday, January 9, 2012

2012, welcome

bismillah

Rasanya tak telambat lagi nak ucap selamat tahun baru. Selamat Tahun Baru 2012, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Flashback apa yang berlaku sepanjang tahun 2011, terlalu banyak memori dan perkara yang berlaku dan antara yang paling tak dilupakan ialah pengalaman pertama berkerja semasa cuti sem yang lepas. Hipershoe Jalan Tar dan Progress Prima banyak membuka mata saya tentang realiti dunia sebenar, sekurang-kurangnya melihat masyarakat dari satu perspektif yang lain. Di luar linkungan kehidupan selesa saya yang selama ini saya rasa sudah terlalu cukup perit. 2012, tanpa sedar dah masuk tahun ke-3 pengajian di universiti. Sekejap sahaja masa berlalu. Resolusi tahun 2011, banyak dan masih berterabur lagi dalam minda ni, masih tak sempat untuk disusun dan dihitam putihkan. Moga tahun ini, membuatkan saya berfikiran lebih matang dan terbuka. Semoga juga tahun 2012 ini menjadi tahun terbaik untuk koreksi dan menambah ilmu didada tidak kira ilmu dunia atau akhirat. Dan semoga tahun 2012 ini saya akan menjadi seorang Fatihah yang lebih baik dari segala sudut. Bertambahnya umur bermakna semakin dekatlah menghampiri kepada tarikh kematian. Moga hidup yang tersisa membantu menambah aset untuk di akhirat kelak. Selamat Tahun Baru 2012 kamoo semua. =)


jom pergi!

ps : Alhamdulillah, dapat peluang pergi Konvensyen Fiqh Ummah. Arigatou gozumaisu brother Eric!
pss : Masih dalam mood exam, Chaiyok!!! Fatihah dan untuk semua yang berexam!
psss : Doakan saya dan rakan-rakan dapat jawab exam dengan baik dan betul =)
pssss : Doakan saya dapat kerja untuk cuti yang bakal tiba nanti..he (addicted with working environment! ngee)

as salam alayk


2 comments:

wani said...

keje cuti sebulan? bagusss :)

fatih said...

yup...insyaAllah kalau dapat, kalau tak...

ada keje tak nak bagi?hee

jadi mak andam @ pengurus event ke ? :P