Saturday, January 14, 2012

random #7

Bismillah

Melalui hari-hari peperiksaan dengan satu tabiat yang sama dan rasa yang berlainan bagi setiap kertas yang bakal dan sudah pun dilalui. Betul!. Tabiat yang sama tapi perasaan untuk melauinya itu berbeza-beza bagi setiap kertas. Satu perasaan yang sangat pelik dan jarang dirasa apabila nak ambil kertas Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran. Rasa risau, tak bersedia, nak ulangkaji @ baca nota pun rasa tak tenteram sehinggalah saya ambil keputusan untuk telefon Mak (bukan ke itu penyelesaian yang terbaik selepas kita dua'!), minta Mak doakan supaya mudah untuk ulangkaji dan mudah untuk jawab soalan nanti. Alhamdulillah, berkat doa seorang Mak, insyaAllah Allah makbulkan, perjalanan ulangkaji jadi makin mudah :). Tapi rasa gundah gulana tu masih ada. Mungkin juga sebab tak sempat habis menelaah semua nota (=_=" salah sendiri). Rupanya memang gelabah bila tengok soalan. Buat mana yang termampu, yang mana Allah izinkan. Usaha adalah usaha, tapi yang menentukan tenggelam timbul adalah Allah, Ya Muqtadir, Yang Berkuasa. Tapi itu bukan bermakna untuk berhenti dari berusaha.

sumber ] Life is full with secrets and miracles!

Ada hikmah mungkin yang Allah cuba untuk sampaikan. Berfikir dan terus berfikir. Hidup ini sebenarnya tidak semudah yang difikirkan. Terlalu banyak rahsia yang tak mampu tercapai oleh minda seorang yang bergelar manusia. Memandang peperiksaan cuma sebagai cubaan kecil yang nyata!. Terang dan jelas yang "Ok, pukul 1530 ada kertas PAP". Tak ada selindung-selindung dah. Tapi yang lebih menggerunkan adalah cubaan yang tak nyata, yang tak tahu pun itu adalah ujian dan bakal menentukan gagal atau lulus di mahsyar nanti.

Otak ligat berfikir, memerhati dan cuba menganalisis. 2012 membuka lembaran barunya dengan terhidang ujian yang nyata. Mungkin selepas ini lebih banyak ujian yang tak nyata bakal menjenguk. Bertabah dan teguhlah duhai iman. Buat sahabat-sahabat yang bakal masuk ke alam pertunangan (wink, wink jelous! jelous! haha) berkuat dan bertabahlah dalam menjalani alam bertunang. Tak semudah yang digambarkan, saya yang tak merasa ini sudah dapat menggambarkan peritnya iman dan hati dalam memastikan hubungan yang tercipta berkah dan suci dari sebarang noda demi membina masjid yang penuh dengan mawaddah dan rahmah. (Cepat-cepat buat walimah, tak sabar nak makan nasi minyak + nak travel ke Terengganu dan Kedah ni. Hehe.)

ps : mungkin sudah boleh berfikir luar dari lingkungan kanak-kanak since I'm no longer -teen (dah 2 tahun lagipun meninggalkan dunia tu). Hmmmm...
pss : Doakan tinggal satu subjek sahaja lagi. Kualiti Udara sudikah dikau menjadi teman disiang dan malamku (sambil kenyit-kenyit mata) haha.
psss : Tolong doakan segalanya yang terbaik untuk saya ya :). Arigatou gozaimasu! (Owh cita-cita saya tinggi melangit, semoga tercapailah harapnya!. Amiin)
pssss : Kamoo semua do take care :)!!

As Salam Alayk

2 comments:

dina kasyah said...

maaf ye.terasa mcm merujuk dekat org sini haha *perasan*. jgn berangan nk dtg kedah la..g ganu dulu. dtg kedah lagi 2 tahun :)

fatih said...

opss haha...kite cakap pasal k.mill laa (haha, ayat mengelat :P )

mana la tahu, balik nanti tak sampai seminggu duk rumah datang posto hantar kad jemputan kahwin sebab dah sampai masa ..haha :P

2012 juga bermakna akan menjadi pelajar tahun akhir beberapa bulan je lagi :P