bismillah
Dalam perjalanan pulang dari kampung bersama dengan mak-mak sedara (saudara) semalam, singgah di satu kedai makan char kuew teow paling sedap di KL (kata oranglah). Pertama kali jugak singgah ke sana dan tak mengecewakanlah ;). Tiba-tiba soalan luar alam disoal oleh salah seorang dari mak sedara tu. Lebih kurang macam ni lah soalannya;
"Dah ada bf (teman lelaki la kot, maksudnya)?"
"(jawab tanpa suara)" laju-laju je geleng kepala ==".
"dah boleh cari dah 'kawan' nie!" respon dia kepada jawapan saya.
saya apa lagi " T_T "
Tapi, bukan tanya-tanya kosong. Tanya soalan 'berisi'. Sebenarnya, tak semua yang kita nampak menzahirkan perkara sebenar dalam hidup kita. Semua orang ada kelebihan menipu orang lain. Tak kiralah secara sengaja atau tak. Buah yang cantik diluar, tak semestinya manis di dalam. Sama macam manusia, tak semestinya senyuman manisnya diluar menandakan dia bahagia dalam hati dia.
Kisah hidup yang jadi pada orang lain, kadang-kadang Allah sengaja tunjukkan depan mata kita untuk kita ambil sebagai pengajaran dan tauladan. Bukan sebagai bahan untuk menjatuhkan orang lain. Mencari "teman hidup" bukan semudah yang disangka. Salah memilih, dapatlah "buah" yang dah ada ulat menanti busuk. Itu realiti kehidupan yang saya dapat malam tu. Bahagia sebelum kahwin, tak menjanjikan bahagia hingga ke hujungnya. Pilihlah pasangan kerana agamanya, InsyaAllah bahagia hingga ke syurga. Hidup bukan hanya pada rumah tangga atau perkahwinan, ia cuma melengkapkan separuh sahaja dari kehidupan, dan separuhnya lagi, kita kena isi dengan pengisian yang mampu membawa kita ke syurga.
#cuma post random-random ingatan bersama ^^
##moga dipermudah urusan jodoh dan dijodohkan dengan orang yang soleh. Amiinn~
Dengan kasih,
FATIH
05222012
Dari bumi Jalan Temerloh.
No comments:
Post a Comment