Sunday, May 27, 2012

random #11

bismillah,

1030am

Beberapa hari lepas, tengok semula cerita KCB edisi Spesial Ramadhan episod awal-awal (1-7) dan "ter"baca salah satu novel Hlovate. Beberapa perkara penting saya dapat rasa, yang sebelum nie saya tak perasan pun bila tengok cerita KCB tu. Yang pasti dua perkara kat atas tu dah buat saya rasa "lain". Errrr. Haha

Ok, off sekejap nak pergi membasuh.
Perkara paling "rajin" untuk dibuat di hujung minggu. T_T

****************************************************************

1230pm

Fuuhhh, bajunya tak selesai lagi, masih menunggu turn mesin basuh. Tapi alhamdulillah, bilik sudah beres. Siapa yang nak datang? Silakan. Tapi untuk hari ini sahaja ye. :p . 

Sambung semula. haha. 

Saya merasakan, daripada pengamatan kasar saya dari cerita KCB Spesial Ramadhan dan apa yang berlaku (dengar) dalam dunia realiti adalah perasaan "sayang" seorang yang bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami itu "lain" jika dibandingkan dengan sayangnya seorang perempuan kepada seorang lelaki sebelum akad nikah. Betul tak? Saya bukanlah suka sangat nak menganalisis cerita atau novel tapi, tapi kali ini, cerita itu membuatkan saya merasakan bahawa masih panjang lagi dan masih banyak lagi ujian yang menanti selepas sahaja akad nikah dilafazkan. Bukan hanya tertumpu pada jihad melawan "nafsu" sebelum kahwin dan jihad dalam mencari pasangan yang paling ideal menurut panduan yang telah ada dalam Quran dan sunnah. 

Hmmm. Payahnya nak cari yang ideal, susahnya nak perangi emosi yang ada pasang dan surutnya. Cerita KCB itu sendiri menggambarkan bahawa orang yang tahu syariah, apabila terlalu dibelenggu oleh emosi, kadang-kadang boleh bertindak bertentangan dengan ilmu yang dia ada. Saya tak tahu lah pula, bagaimana dengan dunia realiti, sebab itu hanyalah cerita buatan manusia. Tapi, semua itu ilham dari Sang Pencipta, maka saya ambil pengajaran dari itu. Bagaimana pula dengan saya nanti, saya bukan lah tahu sangat syariah, apalah pula tindakan saya bila berhadapan dengan gelombang emosi dalam alam tersebut. (jauhnya fikir :P)

Berfokus kepada "mencari". Bila rasa terlebih fikir, cepat-cepat geleng-geleng kepala cakap dah tak nak fikir pasal semua nie. Tapi, haha lepas tu fikir semula. ==" . Fullstop tentang ini!!. Mari fikir tentang report lawatan, exam dan praktikal (sampel tak siap lagi, sob3).

#terfikirkalaulahdapatsuamiseorangustaz:P

Mungkin untuk post selepas ni. ;)

nota kaki 1 : alhamdulillah, dah selesai pun Majlis Makan Malam KPKI 2011/2012. Tahniah dan terima kasih pada coursemate2 yang disayangi selaku penganjur. Osem! We did a good job guys ;)) [nanti update gambar]

nota kaki 2 : ermmm saya minta maaf pada "dia". Saya tak bermaksud pun nak "tengok" T_T


2 comments:

wani said...

cerita kcb yg ramadhan tu x sama ngan muvi eh? kalau x sama nkkkk

fatih said...

yup.
tak sama.
kali nie cerita tentang after walimah. :)

boleh2, tapi ada 56 episod, tapi te'ah just ada 1-30 lebih then sambung dari episod 50-56. Mahu?

Nanti bawa pendrive ye ;)